Tuesday, May 25, 2010

Aku Ditunangkan!


Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada.

Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.

Aku hanya seorang Insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.

Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.

Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.

Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.

"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"

Aku menjawab tenang.. "Warna putih, bersih..."

"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."

"Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."

Ibu angguk perlahan.

Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah. Malam Pertama... Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.

Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.

"Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"

Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.

"Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."

Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.

"Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!"

Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.

"Bila enti menikah?"

Aku tiada jawapan khusus.

"Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..." Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.

"Jemput ana tau!" Khalilah tersenyum megah.

"Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak!" Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.

"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."

Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu...

"Usah berlebihan ya..."

Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.

"Insyirah, jom makan!"

Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.

"Tafaddal, ana puasa."

Sahabiah juga semakin galak mengusik.

"Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"

"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."

Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.

.......................................

"innalillahi wainna ilaihi rajiun..."

"Tenangnya... Subhanallah. Allahuakbar."

"Ya Allah, tenangnya..."

"Moga Allah memberkatinya...."

Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.

Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.

Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah.
Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.
Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku.

Dalam sedar tidak sedar...

Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku... Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.

"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."

Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian...

"Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?"

Ibu tenang menjawab... "Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."

"Allahuakbar..." Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.

"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."

Ibu angguk, tersenyum lembut... "Ini nak, bukunya." Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'.

"Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis... Khalilah tak tahu mak cik."

"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan..."

Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.

"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu."

* Kisah ini bukan kisah ana (Insyirah), ianya kisah KITA (semua yang sedang membaca/tak) *

Mulai hari ini, jangan bersoal tika melihat ana memakai cincin. Kerana, ana sudah bertunang! Bertunang dengan kematian, tidak tahu bila ana akan dinikahkan dan tidak tahu bagaimana rezeki di malam pertama. Tetapi, sekurang-kurangnya apabila sudah dirisik dan bertunang, kita sama-sama akan mempersiapkan diri sebaik-baiknya walaupun bukan yang terbaik untuk hari pernikahan dengan KEMATIAN. Wallahua'lam.

Cukuplah kematian itu mengingatkan kita... Cukuplah kita sedar kita akan berpisah dengan segala nikmat dunia. Cukuplah kita sedar bahawa ada hari yang lebih kekal, oleh itu sentiasalah berwaspada. Bimbang menikah tergesa-gesa, tahu-tahu sudah disanding dan diarak seluruh kampung walau hanya dengan sehelai kain putih tak berharga.

thanx to nur laishalaha latib =)

Thursday, May 20, 2010

Dari renung mata itu



Dari renung mata itu,
Ada hati yang berduka,
Dari senyum tawa itu,
Ada jiwa yang bergelora.

Walaupun baru menginjak usia remaja,
Namun hati itu,
sering dilukai,sering dibenci,
Terpana oleh kata2 yang menujah ke pangkal jiwa.
Dunia seakan-akan tidak bercahaya,
Sorotan kehidupan terpalit noda dengan benci dan dendam,

Ahh..mengapa dia yang menjadi mangsa?
Saat paradigma tidak lagi bernyawa,
Nafsu amarah menjadi raja,
Menular dalam pangkal rasa.
Hatinya dirobek tanpa rasa hiba oleh pengganas durjana!!

Kasihan anak itu,
Tiada punya hak untuk bersuara,
Bumi berputar seakan-akan melenyapkan rasa bahagia,
Senyum tawanya ibarat pentas lakonan,
Pengimbang rasa gembira.
Jauh di lubuk hatinya,dia sengsara,
Di mana kasih sayang yang di cari?
Apakah masih ada ruang untuknya?
Untuk sama2 mengecapi nikmat dunia?

Yahudi yg kejam telah membunuh jiwa itu!
Yahudi yg kejam telah menjahanamkan Negara itu!
Yahudi yg kejam telah melenyapkan harapan itu!

Allah ada berfirman dalam surah al-baqarah ayat 120
‘orang-orang yahudi dan nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka’

malulah kalian jika masih boleh bersenang atas penderitaan mereka
ayuh!!
bangkitlah pemuda!
moga bisa menjadi pejuang agama.
jangan!
jangan biar agama kita dihina lagi!
jangan biar saudara kita ditindas lagi!
jangan biar negara kita dijajah yahudi!

Ku berdoa,
Semoga anak itu pantas meredah ranjaunya,
Kerna nanti,
Hati2 yang sarat dengan kebencian itu,
Tidak akan pernah lena,
Ibarat api yang marak,
Membakar setiap isi jiwa yang penuh noda,
Perjuangan belum selesai.
Ingatlah,
setiap titis air mata dan luka di jalan Allah
Kan menjadi saksi pengorbanan!

Ketahuilah,
ketika kau berduka,
Aku tetap ada,untuk merasai luka,
Aku selalu ada,untuk berkongsi tawa,
Kerana aku,masih tetap jua menyayangimu,
Biarpun aku nanti, Aku terpaksa pergi menghadap Ilahi,
Ingatlah,
hanya jasad yang dibawa mati,
Kasih suci ini kan sentiasa kekal abadi
buatmu palestin tercinta!

inginku kirimkan pesan buat sahabat tercinta..

mungkin nanti bila kita menginjak ke alam pekerjaan,dunia akan terasa semakin mencabar,semakin menggugah iman.Yahudi sudah semakin menguasai ekonomi dunia.jika kita masih mahu bekerjasama dengan mereka,duduk d bawah kepompong mereka,menguasai harta yg berjuta,menyumbang kepada pembangunan mereka,tidakkah kalian merasa malu?? Percayalah, adakah kita akan merasa aman saat saudara2 kita menderita? kita bekerja bukan untuk mencari wang semata namun juga untuk mendapat keredhaan-Nya.
mungkin ada sstengah keperluan kita yg sumber utamanya dari produk2 mereka yg mana kita tidak bisa mmbuat pilhan.Tapi dari segi pekerjaan,kita bisa membuat pilihan bukan?

aku ini cumalah hamba yg hina,lagi lemah dan tidak berdaya.cumanya, aku terasa terpanggil untuk berkongsi rasa ini kerana tugas ini sememangnya tanggungjawab yg terpikul di atas bahu stp insan bergelar mujahidin.jika bukan kita siapa lagi????
semoga perkongsian ini mendapat berkah dan redha Ilahi,Pencipta sekalian alam.
amin..

Wednesday, May 19, 2010


Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

Anggaplah ini adalah kisah hamba Allah yang sedang mencari cinta-Nya..

Seorang insan kerdil bernama khazinatul asrar-khazanah yg tersembunyi- sedang berkira2 untuk mengikuti satu program yg dianjurkan oleh badan dakwah di universitinya. Malam sebelum program dia diserang demam panas yg sedikit sebanyak melunturkan semangatnya utk mengikuti kem trsbt. Namun baginya,itu mungkin ujian dari Allah untuk mendidik imannya.dia masih ingat akan pesan ayahandanya,untuk berbuat kebaikan kita akan senantiasa diselubungi dengan dugaan,hanya iman dan keyakinan yg kuat pd Allah shj mmpu mmbntu kita menempuh sgla dugaan itu.Dikuatkan semangat yang lemah,diteguhkan iman yg goyah,dia pergi semata untuk mencari redha tuhannya!

Dengan izin Allah, dia berjaya menghadapi hari2 di sana,mengikuti program dengan baik.syukur yg xterkira. Dengan anugerah itu,Allah sekali lagi ingin mentarbiyah imannya. Begitu Allah sgt mengasihi orang2 yg berjuang di jalan-Nya. Ditakdirkan Allah,dia dipilih untuk bersama seorang non-muslim di dlm kumpulannya. Tersentuh hati nuraninya tatkala insan itu benar2 ingin mengenali islam. Begitupun orang islam sendiri tidak mendalami ajaran yg murni ini apatah lagi mengamalkannya,sedang insan itu terasa terpanggil untuk menghayati islam. Amatlah besar tanggungjawab khazinatul asrar,menyebarkan dakwah dengan cara yg paling berhikmah utk menarik insan itu kembali kepada fitrahnya iaitu islam.

Ukhuwah semakin erat,bersulam cinta kepada Pencipta yg Satu.bermula dari acara makan dalam talam.sungguh! itulah pengalaman yg paling berharga! Suapan pertama adalah untuk sahabat. makanan yg sedikit terasa sudah kenyangnya.indahnya ukhuwah itu. mereka saling mengenali dan berkongsi segala suka duka di sana.

Namun dalam kesibukan menjalani program2 yg telah diatur,dia bagai tiada masa untuk menghitung amal sendiri,tiada masa untuk menghitung amal sehari-hari sehinggalah dengan takdir Allah jua,satu malam yg penuh barakah, telah memberinya kesempatan bagi merenung amalnya untuk dibawa mati.

Malam itu,seorang ustaz membawa mereka di tengah2 kepekatan malam. Beliau membawa mereka ke satu pelayaran yg mana kapalnya hampir karam.mereka terpaksa merayu kepada kapten kapal (fasilitator) untuk memberi mereka peluang untuk terus hidup. Di situ mereka ditanya akan APA TUJUAN HIDUP DI DUNIA?? Terasa menggigil seluruh saraf pabila mendengar persoalan itu,persoalan yang belum terjawab,persoalan yg masih ragu.Mereka terpaksa berlari dari kapal untuk mendapatkan kapten sehinggalah jawapan mereka diterima. Tuhan saja yg tahu betapa hancur hati asrar tatkala jawapannya ditolak mentah2.
KAMU TIPU!!! Airmata itu mengalir laju tanpa dipinta.melihatkan sahabat yg tersedu dalam esakan menambah kepiluan hatinya. asrar merenung dalam2,apa sebenarnya tujuannya dihidupkan.

Kali ke3 dia menemui kapten,menceritakan segalanya bersaksikan Tuhan dan alam ciptaan-Nya. Tangis mereka bersatu,digenggam erat tangan itu,merenung hakikat kejadian..dia bermuhasabah.bukankah itu yg dipinta dalam doanya sewaktu di sana?? Masa untuk merenung amal sehari-hari.malam itu menjadi saksi bisu yg akan bersuara di akhirat nanti,setiap titis airmata akan menjadi bukti keinsafan. Hakikatnya, Kapten hanyalah sebagai pengantara kerna hakikat perjanjian itu adalah di antara dia dengan Tuhannya. Moga cintanya tidak palsu.

Hari hari yg mendatang terasa makin indah,melewati lorong-lorong sunyi dan sepi yg sudah ditinggalkan.kini tujuan hidupnya adalah mencari redha tuhan,tiada yg selain-Nya.Hari terakhir mereka di sana,terasa begitu berat hatinya untuk berpisah dari sahabat terutama Amanda.semoga engkau mendapat hidayah dari Ilahi kerna aku hanya bisa menunjukkan jalan,menuntun dengan harapan engkau berjaya menikmati rasa indah nikmat bertuhan.itulah harapan insan bernama khazinatul asrar,tulus dan suci hatinya. Mereka bertemu dan berpisah di jalan Allah,kerana Allah yg Esa.

‘Sesungguhnya Engkau Tahu Bahwa Hati Ini Telah Berpadu,Berhimpun Dalam Naungan Cintamu.Bertemu Dalam Ketaatan,Bersatu Dalam Perjuangan,Menegakkan Syariat Dalam Kehidupan.Kuatkanlah Ikatannya,Tegakkanlah Cintanya,Tunjukilah Jalan Jalannya,Terangilah Dengan Cahayamu,Yang Tiada Pernah Padam,Ya Rabbi Bimbinglah Kami’

Begitulah doa rabithah menenangkan hati mereka akan hakikat bertemu dan berpisah kerana Allah.
Buat sahabat yg dikasihi,moga kisah ini dapat memberi manfaat dalam perjuanganmu mencari redha Ilahi. Carilah cinta Ilahi sebelum mencari cinta manusia yg tiada pasti. Yg baik itu datang dari Allah dan yg buruk itu datang dari kelemahan saya sendiri.

Ranjau Kehidupan

Selaut pujian Alhamdulillah buat Allah S.W.T yang memilih saya sebagai asbaab untuk berkongsi kisah ini. Penyayangnya Allah S.W.T dengan segala kekuatan yang diberikan-Nya. Subhanallah Alhamdulillah waLailahaillallah Allahuakbar…

Daku menulis sekadar ingin berkongsi suatu kisah yang diharapkan dengan izin Allah akan bisa membuka jalan bagi insan kerdil yang sedang mencari keredhaan-Nya. Apa yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu dari kelemahan diriku sendiri,insan yang lemah lagi hina.

Menyingkap firman Allah dalam surah ADZ DZAARIYAAT,ayat 55 yang membawa maksud :

“Dan tetaplah memberi peringatan,kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman.”

Daku ingin sekali menjadi air yang mengalir,yang bisa memberi manfaat kepada orang lain walaupun dengan hanya tinta dan pena. Moga Allah meredhainya.
Kisah ini diceritakan oleh sahabatku mengenai perjalanan hidupnya,sahabatku fillah..

~ Hatinya senantiasa meronta-ronta,mencari ketenangan dan kebahagiaan.. Dia mencari sinar hakiki itu..Namun, dalam pencariannya dia telah terjerumus dalam lembah yang tentu sekali amat mengecewakan. Allah mengujinya dengan cinta lelaki. Disapanya cinta itu. Baginya dengan cinta itu dapat memberinya kebahagiaan-dicintai dan mencintai lelaki yang dicintainya. Tentu sekali sungguh indah namun bukan itu caranya. Dia berhasil mendapat cinta itu namun ianya seakan-akan melenyapkan rasa bertuhan. Dimana silapnya? Hingga diri makin hanyut dalam gelombang cinta nafsu.Dan akhirnya tewas dan kecewa. Yakinlah pada janji Allah!

Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga)
[An Nur: 26]

Dia menyedari akan hakikat itu dan memutuskan untuk meninggalkan cinta lelaki.Namun dia masih belum menemui cinta hakiki itu. Dia menjalani hidupnya bersama teman2 seperjuangan,berkongsi suka dan duka,bergelak ketawa bersama,menangis juga bersama.Namun mengapa masih ada yang belum cukup untuk memberinya kebahagiaan. Dia meyakini akan adanya cinta Ilahi tetapi dia tidak kuat untuk berkorban demi cinta itu. Kerna sesungguhnya di akhir zaman ini,memilih cara hidup islam ibarat mengenggam bara api.Dia belum bersedia untuk berkorban!

'maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya'
[ As Syams: 8-10]

Dengan izin Allah yang Maha Penyayang..Dia telah membuat percaturan yang bakal mengubah kehidupannya.Dia memilih untuk berkorban.Ya,dia berkorban! Sekali dia melangkah sebagai mujahidah,Allah telah mempermudah jalan baginya. Benarlah, jika kita meninggalkan sesuatu demi Allah, Allah akan membalasnya dengan sesuatu yang lebih baik. Kini hidupnya makin bermakna,lebih bermatlamat yakni menuju cinta Ilahi. Allah menemukannya dengan sahabat yang sama2 mencari cinta Allah,Allah tautkan hati-hati mereka pada jalan Allah.

Dia juga ditemukan dengan sahabat lamanya yang sangat2 inginkan mereka sama2 menjadi para mujahidah.Pada saat pertemuan itu, mereka tidak lekang dari memuji Allah,bercerita tentang keagungan Allah yang mempertemukan mereka,serta saling menasihati sebagai wardah untuk mencuci hati. Barulah dia mengerti akan kemanisan persahabatan kerna Allah. Bertemu dan berpisah kerana Allah,dengan izin Allah. Air mata ini tidak dapat tertanggung lagi.Sungguh besar nikmat yang Allah berikan kepada hamba-Nya.. Ukhuwah fillah!

Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: "Tuhan kami ialah Allah" kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan: "Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih; dan gembirakanlah mereka dengan jannah yang telah dijanjikan Allah kepadamu
[Fussilat:30]

Hatinya tidak lagi merasa sepi. Tidak lagi keseorangan tika ramai,tidak lagi menangis dalam tawa,tidak lagi terseksa. Cukuplah Allah yang menaungi hatinya yang selalu lara. Cintanya hanya untuk Allah,tiada yang kedua,tidak mungkin boleh dikongsi dengan cinta selain-Nya.

Duhai sahabat,andai kau memilih untuk berjuang di jalan Allah,teguhkan hatimu,jangan ragu2 lagi. Ingatlah pertolongan Allah pasti akan tiba. Allah tidak pernah menzalimi hamba-Nya melainkan kita yang menzalimi diri kita sendiri. Bagi orang bukan islam,hidup ini adalah ujian untuk menentukan ke manakah jalan hidup mereka dan bagi muslim dan muslimah itu pula,kehidupan adalah ujian untuk mempertanyakan kesejatian iman dan ihsannya. Dan tika kamu merasa lemah, mohonlah kekuatan dari-Nya. Allah itu dekat, yakin pasti!