Saturday, May 28, 2011

.Do Appreciate Us Because We Are Women.

"SOLEHAH women SMILE in trouble, gather STRENGHT from DOA, and grow BRAVE by ISTIGHFAR and SOLAT.."




















.WE ARE STRONG BECAUSE WE ARE WOMEN.








Wednesday, May 25, 2011

Selama mata terbuka...

Mata yang celik tidak semestinya terbuka.. Mata yang terpejam tidak semestinya tertutup.. Begitulah hakikat kita manusia. walaupun mata yang bundar beralis lentik,namun belum tentu dapat melihat keagungan ciptaan Ilahi. kalaupun ia melihat namun tidak terpahat di hati.. begitu juga mata yang terpejam,gelip gelita dari kecantikan dan keindahan duniawi,namun mereka yang memandang dengan mata hakikat, terus celik dan mengagumi indahnya Islam yang begitu suci..

Selama ini, Si Dia sudah seringkali memberikan kita gerak hati nan suci,supaya mendekati Ilahi.. Namun kita sering mengendahkan seruan itu,menanti perubahan pada suatu masa yang masih belum pasti. ungkapan 'aku nak berubah tapi xkuat lagi' sentiasa meniti di bibir hamba, tanpa menyedari bahwa kita sedang bertangguh dengan Pencipta! Allah tidak memberikan hidayah kepada insan yang tidak bersedia. Allah tahu kita mampu, tapi kita tidak percaya diri.. takut untuk mengorbankan keseronokan dunia dari mencari akhirat yang kekal abadi..

Pabila ana melihat dari dimensi yang berbeza dari pandangan yang dahulunya kabur.. ana melihat sungguh banyak pertolongan yang Dia hulurkan.. saat ana hampir terjatuh ke dalam jurang nan berduri,Dialah Allah yang mengangkat ana kembali pada jalan yang Dia redhai. semakin hari kasih sayang itu semakin bercambah,hidup dan mengeluarkan buah-buah iman di dada hamba. Aku syukur pada-Mu Tuhan..

Saat ini,ana merasakan Allah sangat menyayangi ana.. Dia menghadiahkan ana seorang rakan yang solehah di tempat kerja. kami makan bersama,solat berjemaah bersama, dan membincangkan tentang apa sahaja! kisah hidup,cinta dan segalanya~ yang akhirnya membawa kepada rasa kagum dengan kebesaran Allah.. owh,ana suke lah kawan ngan akak ni!! masa tengah buat keje dia akan psg zikir2,bacaan quran n kdg2 khutbah pon ade. solehah kan dia?? ana ada terbaca blog dia.. dia juga menantikan seseorang yang soleh untuk mendampingi dirinya,yang ana rasa selayaknya buat dia. dia pesan pada ana 'macam mana nak bina baitul sakinah kalau jalannya bengkang bengkok' dan dia pun suka baca buku 'PEMILIK CINTAKU SELEPAS ALLAH & RASUL'! kami berkongsi minat yang sama,pendirian yang sama insyaAllah.. moga2 diriku sekuat dirinya..

Tadi dia bercerita tentang cinta yang terpendam! sesungguhnya ia tidak mudah.. lama dia memendam rasa. last2 tahun ni lelaki tu jemput ke majlis pernikahannya.. Ya Allah.. semoga ana tidak di uji sebegitu!! peritnya dan pedihnya hanya Allah yang tahu. hanya pada Allah dia serahkan segalanya.. Tiada sesiapa yang tahu dia memendam rasa. SubhanAllah.. Katanya,mungkin tiada jodoh antara mereka. Bagi ana, Allah mungkin telah ciptakan sesusuk peribadi yang lebih hebat buat dirinya! insyaAllah..

Sebenarnya.. Allah memang sayangkan kita.. setiap hari,setiap masa,setiap ketika, Dialah yang lebih rapat dan paling memahami kita.. tapi sudahkah kita bersedia untuk menerimanya cinta-Nya? dan bersediakah kita untuk membuka mata melihat segala bukti cinta-Nya pada kita? kerana itulah mata yang terbuka belum tentu mampu melihat keagungan cinta-Nya. hidayah Allah perlu dicari,ia tidak datang bergolek. hidayah umpama cahaya, ia tidak masuk ke kamar yang tertutup jendelanya.

Bagaimana caranya untuk mendapatkan hidayah Allah? persiapkan diri untuk berkorban. ianya perlukan pengorbanan,pengorbanan yang pahit pada mulanya namun manis selamanya..tingkat kan ilmu agama.berhijrah tanpa ilmu ibarat musafir tanpa peta. hala tujunya kabur,mungkin tiba ke destinasi tetapi perjalanannya lebih sukar. Untuk memastikan hidayah itu kekal bersama kita, bergaullah dengan insan2 yang soleh dan solehah, hadiri majlis ilmu,agar dikau tidak goyah. selangkah sahaja kita berkorban di jalan Allah, seribu langkah Allah menuju kita,menuntun dan mempermudahkan segala! bukti sudah ada di depan mata. pandanglah dengan mata hakikat. kerana itulah orang buta masih mampu melihat cahaya!

Saturday, May 21, 2011

Batas Pergaulan.. Begitu halus cara Allah mendidik hati..




Hindari Ikhtilat..ianya boleh terjadi melalui pandangan,isyarat dan percakapan.. batas pergaulan di antara kaum Adam dan Hawa. Ianya perlu diperhalusi,perlu dibatasi, kerana Adam sememangnya akan tertarik kepada Hawa, dan Hawa semestinya akan jatuh cinta pada Adam. Ini untuk mengelakkan Adam terjatuh hatinya pada Fatimah, atau Hawa terjatuh hatinya pada Ali. Maksudnya, hatinya tersalah diberikan kepada orang yang bukan berhak untuk mendapatkan hati itu.


Sudah menjadi kebiasaan bagi kita, batasan lelaki dan perempuan hanya dilihat dari sudut pandangan tidak boleh bersentuhan. Itu basic yang dapat dilihat. Tapi ada yang lebih-lebih lagi basic, yakni pandangan mata (tatap menatap,usha mengusha,jeling menjuling) dan juga perhubungan (borak2,lepak2,msg2,koling2 dn sbgnya)


Kadang2 kita merasakan bila orang tu dah rapat dengan kita, atau kita menganggap dia sebagai hanya rakan, kawan sekolah lama atau alah… dengan dia ni,xkan jatuh hati punye! Jadi,kita melayan dia sama seperti kita melayan sahabat2 sejantina dengan kita. Sebenar-benarnya, xkiralah siapapun dia, serapat atau sebaik macam mana pn kita dengan dia, jika kita berlainan jantina, batasan itu harus dijaga!

Hati ini bukan kita yang mengatur,mahu cinta pada siapa, mahu benci pada siapa. Bahkan hati ini sentiasa diintai oleh syaiton untuk disesatkan. Cara syaiton itu sangat halus,sedikit-sedikit ia merosakkan hati. Kita mungkin tidak sedar,atau kita mungkin memikirkan kita sudah menjaga pergaulan itu sebaiknya tapi kita mungkin sedang atau telah terjerumus dalam tipuan syaiton.



Jika kita tahu,cara Allah itu lebih halus lagi. Allah telah mencegahnya dari akar umbi! Adalah diharamkan bagi muslimin dan muslimat untuk bermesejan (paham2 lah ye) atau koling2 tanpa ada perkara yang benar2 penting atau terdesak. Kenapa terjadinya hal2 seperti kawan jatuh hati pada kawan?? Sebab kita dah rapat sangat,dh biasa msg2,walaupun Cuma kawan, tp xmustahil ada hati yang tertawan.



Bila dah jadi macam tu,mulalah timbul rasa benci atau xsuka atau geli pulak. Yelah,sebab sbelum ni kawan, tetibe c kawan ni luah prasaan pulak. Ini terjadi pada sahabat ana sendiri. Jika enti membacanya, harap enti menemui penyebab dan jalan keluar darinya.



Dalam usaha ingin meminang atau merisik itu sendiri, bonda kita Khadijah telah menunjukkan contoh teladan yang terunggul, yakni dengan menggunakan orang tengah. Tidak secara langsung atau direct kepada si pemilik cinta. Kerana apa?? Kerana ingin menjaga hati dan juga mengelakkan fitnah. Mampukah kita untuk mengelak dari rindu-rinduan terhadap orang yang kita sayang? Kita mungkin belum cukup kuat untuk menghindari semua itu. Justeru, ambillah langkah berjaga-jaga dari awal,dengan tidak saling berhubung. Walaupun untuk bertanya khabar. gunalah orang tengah. insyaAllah dengan cara itu, kasih sayang dan cinta akan makin membara, kerana hati akan terpelihara, dan Allah pasti akan memelihara cinta orang-orang yg saling mencintai kerana Dia. Jika benar saling mencintai kerana-NYa, jagalah batasan ini. tiada cara yang lebih sempurna dari cara yg ditetapkan Ilahi. Yakinlah!



Kita tidak akan resah dalam penantian, atau khuatir si dia dikebas orang. Kita akan lebih tenang dan yakin akan taqdir Tuhan. Hati akan lebih terdidik. Sebelum ini, ana masih belum menjaga batasan ini. Ana juga msg2 dan berkomen2 d fb dgn sahabat2 muslimin yg mrupakan sahabat lama atau baru dgn ‘mesranya’ iaitu dgn ber’smiley’ dan ‘huhu haha hehe’ sbagainya. Ana begitu terpukul pabila seorang sahabat ana di kem hri tu mengatakan, kalau perempuan tu suka msg2 dengan lelaki ditambah dgn smiley, huhuhahahehe dn sbgainya, orang lelaki ni dh boleh agak macam mna peribadi perempuan tu.


Mungkin untuk kelihatan sporting dn peramah oleh kawan2 atau memang sifat penyayang wanita, kita akan terbiasa dgn cara seperti itu. Tapi haruslah dijaga, jangan terlalu mesra dengan kaum muslimin. Panahan syaiton sungguh berbisa,panahan itu tidak bermata, siapa terkena pasti buta! Jangan sampai kita buta untuk mendapatkan cinta Sang Pencipta, yg jauh lebih agung dari cinta manusia.

Seterusnya jarak antara muslimin dan muslimat. Dalam apa2 aktiviti sekalipun.sukan, riadah, presentation, apa2 je lah. Yang ana perhatikan pergaulan dalam persatuan2 yang tidak islamik,sbgai contoh ketika jungle trekking. Sang adam konon berlagak gentlemen dengan mendaki bersama2 sang hawa, tolong pegangkan tangan bile tempat tu licin, jalan dekat2, tolong buang ranting2 yang menghalang laluan. Sang hawa pulak, wahhh suwiiiitnye die….. aduyai.. berbeza dengan persatuan islamik. Bile jungle trekking, muslimin memang sgt gentlemen,dengan menjaga jarak. Mereka jauhhh di depan dan ada sedikit jauhh di belakang. Itu pun sebab nak jaga muslimat jugak. Jaga jarak anda, hati juga pasti terjaga. kalau kereta d jalan raya pun,kene jarak 2 meter dari kereta depan. takut2 xsempat brek. ha tengok! kereta pun jaga jarak tau!


Sebenarnye boleh aje pompuan ni jaga sama2 pompuan. Saje gatai je nak lelaki jugak konon2 concern psl mereka. Sejak bergaul dengan insan2 solehah macam ni lah ana terbuka luas bijik mata. Sebelum ni mungkin belum begitu menjaga. Sebab konon2nya sudah rapat atau biasa dengan mereka. Ha,ini bahaya!!



Antara rakan-rakan universiti, sahabat2 di maktab, kawan2 di poli atau yang sama2 praktikal skali, jangan anggap kita sudah rapat memberi satu lessen untuk kita bergurau seenaknya. Ingat, syaiton tanpa jemu mencucuk racun berbisa dalam hati manusia. Sebab itulah pencegahan itu penting!


Ana juga sedang memperbaiki batas pergaulan ana dengan muslimin. Mungkin sebelum ini belum begitu sempurna, insyaAllah Allah telah menunjukkan jalan. Ternyata Allah itu sayang pada kita. sebab tu Dia buat peraturan2 macam ni. Kalaulah semua orang menghindari ikhtilat,pasti xkan ada orang kapel ataupun kes2 buang bayi. Iya kan?? Renungkan akan perintah Tuhan. Kenapa ia perlu dilaksanakan. Fikirkan,tanyalah iman. Sudah terjagakah batas pergaulan kita?

Thursday, May 12, 2011

Setelah Ku Dipaling

Hampir aku hanyut kerana rindu
Pada harta yang pasti reput
Dan lenyap di sini
Hampir aku lupa pada yang Kekal
Kejahilan menyelubungi jiwaku

Sekelipnya mata hilang semua
Yang hanya ku pandang
Yang hanya milik-Mu

Yang hanya ku idam
Di dalam pandangan-Mu
Bersama mereka terdahulu

Sungguh aku cari cahaya itu
Untuk menyuluh kelam ini
Setelah ku dipaling
Sungguh aku hina menagih secebis
Keampunan-Mu setelah aku malu

Sekelipnya mata hilang semua
Yang hanya ku pandang
Yang hanya milik-Mu
Yang hanya ku pinta
Harapan keampunan
Hati ini telah ku lukai

Sebaiknya manusia Kau ciptakan
Hinanya angkara diri sendiri
Sedegup jantung terleka
Dibuai arus dunia
Selangkah kau menghampiri kehancuran

Sungguh aku cari
Cahaya itu
Untuk menyuluh
Setelah ku dipaling



Tahulah aku bahawa tiada satu pun milikku.. semuanya cuma pinjaman sementara dan pasti akan kembali kepada Pemiliknya.. kita ditempatkan di dunia untuk diuji siapa yang paling teguh imannya.. bukan untuk dipertandingkan segala kemewahan, kecantikan dan kekuasaan yang fana..

Monday, May 9, 2011

Wahai Saudariku yg Ku Cintai Kerana-Nya





Untuk Saudariku Yang Ku Cinta KeranaNya..

Saudari, Kalian adalah tulang rusuk yang hilang ,

Jika kalian dalam penantian , maka

Jadikan penantian itu jalan menuju Keberkatan.

Menanti bukan bererti berdiam diri , atau

menunggu tanpa erti.



Kalian adalah bidadari yang di cari.

Sebelum pemilik tulang rusuk datang menjemput ,

Isilah masa penantianmu dengan Taqwa , Sabar , Doa , dan Tawakkal.

Al-Haya’ (malu) yang menjadi perisai bagimu akan membuatmu segan untuk mengungkap perasaan.

Cinta yang tak mampu kau ungkap..

Cinta yang hanya kau dakap dalam diam..

Kerana mungkin kau tak seberani KHADIJAH..



Izinkan saya berdialog dari hati ke hati.

Saudariku, kamu mungkin jauh lebih paham tentang yang ingin saya sampaikan ,

Namun , tiada salahnya jika kita sama-sama mengimbasnya kembali ,

Atau setidaknya, menasihati diri saya sendiri ..



Beberapa tips mengisi penantian dengan proses yang berkat untuk hasil yang berkat :

1) Sentiasa mendekatkan diri kepadaNya.

Taqarub Illalah! Kerana Dialah Sang Pemilik Hati , Yang Menguasai Hati dan Maha Tahu Segala Isi Hati.

2) Persiapkan bekal kerana perjalanan itu jauh.

Tholabul’ilmi never ending!

3) Percantik diri dengan mempercantik lahir dan batinmu.

4) Perbaiki diri kerana InsyaAllah di seberang sana dia pun sedang sibuk memperbaiki dirinya

Yakinlah…!! Bahawa Wanita yang baik hanya untuk Lelaki yang baik pula… …

5) Saudari… Jaga hijabmu agar sentiasa terpelihara..

6) Jaga Izzahmu kerana engkau adalah calon bidadari syurga.




Buatlah syair , puisi , atau surat cinta untuk sang belahan jiwa.

Curahkanlah segala perasaanmu selama dalam

penantian, tentang cinta dan rindu..

meskipun saat ini kau tak tahu untuk siapa suratmu kau tujukan.

Allah sedang merahsiakan…

Tapi , yakinlah.. Sang Sutradara Kehidupan sudah mempersiapkan yang terbaik untukmu..

.

Berikanlah surat itu apabila saat waktunya tiba..

Biarlah waktu yang bicara , kerana waktu tak pernah berdusta.

InsyaAllah, virus Cinta yang mencuba merosak komputer hati kamu semua di masa penantian ,

akan terscan oleh anti virus Iman dan syiar Cinta untuk dinanti..

Dan InsyaAllah pula,, ta’aruf kedua , ketiga , keempat dan ta’aruf – ta’aruf berikutnya di mahligai rumah tangga ,

akan semakin berbunga dengan adanya syiar-syiar indah perekat Cinta…

Jangan buat penantianmu sia-sia.

Bersegera, namun jangan tergesa-gesa,

.

Sebelum ijab Qabul keluar dari Lisan ”Si Pemilik Cinta”‘ ,

hati-hatilah menempatkan perasaanmu,

kerana boleh jadi, Cintamu Salah Kau Alamatkan..!

.

Bila yakin telah tiba , teguhkan didalam jiwa,

Kesabaran menjadi bunga,

Sementara waktu berlalu,

Penantian tidak berakhir sia-sia…



Saat Perjalanan adalah pencarian diri,

Laksana Zulaikha menjalani hari,

Sabar menanti Yusuf sang tambatan Hati,

Di penantian Mencari diri,

Bermohonkan ampunan,

Di pertemukan…



Sumber: Wahai Saudariku Yang Ku Cinta KeranaNya Paradigma MUKMIN

Apa Khabar Jodohku?



Apa khabar jodohku? Sihatkah kamu? Berat rasanya kelopak mataku tertutup. Bagaimana dengan kamu? Apa kamu selalu terbangun disepertiga malam terakhir? Dan apakah mulutmu terasa menerus -menerus berzikir dimalam hari?


Jujur aku rindu kamu, wahai jodohku..

Tapi saat ini belum saatnya untuk kita bertemu, bukannya aku tak mahu, atau aku tak rindu. Tapi sememangnya kerana perjalanan kita masih panjang. Dan masih banyak kewajipan yg harus kita penuhi sayang. Kadang – kadang aku berfikir, apa nanti saat subuh tiba kau akan membangunkanku? Mengajakku bertafakur dan bersujud kepada-Nya?


Berat hati ini menantikanmu, gelisah pula hati ini memikirkanmu. Apa kau selalu hiasi langkahmu dengan kebaikan-kebaikan? Dan apakah nanti saat zuhur tiba, kau akan meninggalkan kesibukanmu sementara, untuk menghadapNya?


Jodohku, sihatkah kamu?

Kalau aku berada disamping mu saat ini, mungkin aku akan merawatmu dengan penuh kasih sayang.


Jodohku sabar dan tenanglah..

Aku disini masih bersabar menanti mu, Hatimu tidak terluka kan? senyumlah.. kerana aku yakin kebahagiaan akan selalu menyertai kita, Jikalau detik ini hatimu sedang terluka, berwuduklah.. dan mendekatlah diri kepada-Nya. Tetapi disini aku berharap kamu baik-baik saja..


Jodohku, aku rindu..

Bilakah kita akan bertemu? Begitu banyak hal yg ingin ku ceritakan kepadamu. Begitu banyak pula harapanku untuk menantikan nasihat – nasihat mu. Hati ini kosong.. dan hati ini tak sabar menanti kehadiranmu yang kan membalut dan menyembuhkan luka dihatiku.


Jodohku…

Adakah kau juga rindu padaku? Bagaimana dengan Quran mu? Sudahkah kau baca diantara maghrib dan isyak? Apa yang kau fahami dari surah itu? Ceritakanlah kepadaku.. Aku sedia mendengar, dan begitu juga dengan keluhanmu, aku sedia mendengarnya..


Apa perubahan yang kau lakukan dari hari ke hari sayang? semakin baikkah?

Aku berharap seperti itu, Jodohku.. Disetiap langkahku dan seusai solatku..
Ku bisikkan AL-Fatihah untukmu, agar kau selalu berada dijalan-Nya..

Sabarlah sayang, waktu-waktu ini bukanlah waktu yang lama.. Jangan sampai kau tersalah jalan sayang..


Jodohku..

nantilah aku, dengan perbagai kebaikan yang nantinya akan membawa Rahmat untuk kita, Jagalah dirimu dari hal-hal yang dilarang agama. Kerana aku mencintaimu secara tulus & ikhlas


Jodohku..

Bersiaplah kau untuk mencintaiku scara tulus dan mahu menerima segala kekuranganku. Dan membenarkanku dikala aku salah. Sayang… berusahalah membahagiakan orang tuamu… dengan menjaga sikapmu dan tuturkata mu.. Aku yakin kau adalah orang yang sabar, orang yang cekal membesarkan anak – anak kelak Jangan pernah merasa keseorangan.. kerana aku disini masih setia menantimu..


Jodohku..

kalau siang sudah berlalu.. pejamkan matamu dengan buaian doa, begitu juga ucapan doa dariku yang selalu menyertaimu…

Semoga ALLAH selalu menjadikan kita dijalan yang benar. Amin…


Jodohku..

Tak terasa penatku menaip pada keyboard ini, memang benar ini adalah tanda kerinduanku kepadamu,

Ingatlah sayang.. Aku selalu ada untukmu.. Untuk itu jangan pernah kau merasa sendiri atau sepi.. Semoga kerinduanku ini akan terjawab, seiring berjalannya waktu.

Salam hormatku dan sayangku untukmu….


Sumber: Apa Khabar Wahai Jodohku Paradigma MUKMIN

Saturday, May 7, 2011

Akan ku merindui saat itu…


sungguh aku menyayangi kamu


Sekejap rasanya ana duduk di rumah walaupun inilah tempoh yg paling lama ana tinggal kat rumah sejak2 tinggal di asrama. Yelah,dri form 1 duk asrama,balik pn tyme cuti je.itupun xdela lama sangat. Tahun ni Alhamdulillah lama ana boleh dduk rumah. Bila dihitung, dh 5 lima bulan lebih ana duduk rumah. Ni lah untungnya mintak praktikal kat Kelantan. dapat plak kat KB. Sungguh ana xmenyesal. Walaupun dpt tawaran prkatikal kt kl,yg tmpatnya lbih establish dri kt klantan ni, tp ana bersyukur. Bnyk hikmahnya yang tersirat. Untung pulak dpt majikan yg sgt3lah baik. Tengss bos! ^_^

Ayahanda of kosla gembira bukan kepalang bila anak bongsu dia ni nk praktikal kt klantan,boleh ddk umah lama katanya. Yelah,kesian jgak kt mama ngan abah..duduk berdua je kat rumah tu.
Jadi bermulalah episode ana,abah dan mama tinggal bersama-sama lagi. Setiap pagi sebelum pergi kerja, mama akan sediakan breakfast,abah akan tolong buatkan air. Hehe.. inilah sebenarnya yg ana nak sgt.bukan ape, rindu nak rase zaman skolah rndah dlu. Pagi2 makan oat dgn madu,abah ngan mama sediakan. Hepi sgt. Jujurly rasa mcm bdk skolah balik. Ade jgk kdg2 mama membebel ckap ank dara pn nak kene dorg sediakan lg breakfast tpi ana biakan je. Biarkan diriku menikmati kembali saat2 indah dlu dan berangan kononnya baru drjah satu! hee.. form 1 dh tercampak kat perak,sedih tau. Smua nak kne sedia sndri. Dahla anak bongsu. So bagi can la kali niii je…….

Cium tangan cium pipi,pergi kerja. Minggu first abah yang hantar dlu, bg biasakan dgn jalan. 2nd week terpaksa pgi sndri tp mmg nak pown. Sbb rase mcm WANITA BERKERJAYA je tyme tu.haha.. drive kete pagi2 sambil dengar alunan nasyid yg mnyentuh kalbu. Pasang kuat2 takut2 ngantuk. Dalam 7.40 bertolak so 8 lbih smpai la dari pasir puteh nan indah ni.

Bile petang pulak,singgah bli makanan ringan b4 balik. Almaklumlah perut dh lapo tyme2 tu. Dan jalan tentunya sgt JEM!! Sejam lbih jgk bru smpai. Penat dn ngantuk. So skali lg muzik atau koleksi kaset2 ceramah abah dijadikan halwa telinga. Sampai je rumah terussss ke meja makan. Memang kami makan macam asrama.pkol 6 tu makan dh. Ape lagiii..kdg2 beg pn tertinggal dlm kete.lapo sgt..hehe..

Lepas makan kena cepat2 mandi sbab nak pgi masjid pulak. Maghrib n isyak lgpun msjid ibrahimi ni tiap2 malam ad kuliah. Setiap malam pasti terisi. Ada mngajar kitab feqah, kitab tauhid, sirah nabawiyah dan juga tafsir al-quran. Smuanya mengikut giliran msg2. Inilah sbabnya abah nak sgt ana dok umah,blh pgi masjid. Lgpun Alhamdulillah kt klantan ni,masjid masih meriah dgn jemaah,bukan hanya tesergam indah namun kosong tanpa tarbiyyah. Tapi 1 je yg kurangnya,xramai anak2 muda pgi masjid. Mane smua muda mudi pejuang agama? Atau tyme tu tgh berjuang kat jalan raya?? Anak2 muda pasir puteh,ana ingin mengajak kamu smua pergilah masjid Ibrahimi ni. Lgpun kan smua U cuti pnjg skrg smpai bulan 9.manfaatkan masa yg ada. Bia makcik2 pakcik2 kelabu mata nak pilih calon mnantu. Ini x,yang sikit ni laaa yang nak di asaknya.

Fasa seterusnya iaitu balik masjid. Abah kompem2 dh pgi dapur bwat teh tarik. Mama ckap dh jadi tabiat dye. Bila bunyi sudu dan gelas bersatu,semasa ayahanda mngacau teh susu,boleh dengar dri jarak sebatu,rasanya sgt sodaap xcukup satu! Episode kedua d dapur berlaku.ala2 supper gtu. Then, Kalau rasa nak ambik angin,kami akan duduk kt beranda dn tutup lampu. Suasana disinari lampu jalan dpan rumah dn keindahan sang bulan yg menyaksikan kami anak beranak. Saboo jelah! Rutinnya ialah urutan tiga serangkai.haha.. sang anak mengurut si bapa, si bapa mengurut si ibu dan si ibu mengurut sang anak itu. Hahaha.. tapi kalau ada halaqah sentuhan qalbu, abah akn cepat2 bwat air(wajib), mama dan ana akan get ready dpan tv. Ble tang sedih tu,smua pun xpandang muka org lain,mungkin malu kot2la mata dan hidung mula brair2.pakej lengkap 2 in 1. Nama pun sentuhan qalbu kan. Since mama ni kuat loyar buroknye, so dye akn wat lawak tibe2 yg akan meneutralkan keadaan. Tu kot sbab abah bkenan dlu ^_^

Hmm..Ana tido sorg2,yela mane ade adek badek lain.yg lain sume dh tido ngan suami isteri kt rumah msg2. Kedengaran sedikit cemburu d ctu.hehe..Kdg2 bila buang tebiat, ana tido ngan abah mama. Saje nak bermanja. Hehe.. kalau malam2 tibe2 pintu dikuak n berdirilah sang anak dengan bantal dan selimutnya lalu membentang toto di penjuru katil owh,sungguh memalukan sbgai ank dara. Ahaha..Tapi xpe,dorg ok je,lgpn dorg dh ‘bersara’. Hee.. rasenye kalau dh anak bongsu tu, matang mcm mana pun dya,jiwa keanak-akan tu akan totaaap bersarang di lubuk hati. Har3. Xptut xptut.. ana Cuma manfaatkan kesempatan yg ada.

Bila weekend plak kami berkebun. Konon2nya lah. Xde ape sgt pun, Cuma bersihkan kawasan rumah. Rumah kat kampong,mcm ni lah. Ada sedikit tanah,diusahakan. Abah lengkap beruniform pekebun.dengan trek,bju lgn pnjg,glove,topi,stoking n kasut. Mantobb! Okeh,get ready!! Tp xsampai setengah jam tgok2 dh terlentang dalam rumah. Hahaha..

Itulah rutin kami bertiga sehari-hari. Kawan2 banyak kali jugak ajak duk rumah sewa yg dekat dgn tempat keje,save masa,save duwit minyak. Bos pn slalu gk meng’asak’ pekerja dye ni duk umh sewa tapi maaf, sbab2 knape tawaran itu ditolak telah dijelaskan dengan panjang lebar di atas. w/pun bulan terakhir praktikal 2 duk jgk rumah sewa. Hurm.. sbbnye,kawan2 baru tmpt praktikal dh rapat sgt+rase penat bwak kete ptg2,slalu ngntuk. Lg bahaya kan bwk kete smbil ngantuk? So terpaksalah~

pejam celik pejam celik..Sekarang ni dunia praktikal dah dekat sebulan ana tinggalkan. Cuti masih pnjang sbab bulan 9 bru smbg balik pengajian. Tapi ana dah ada tugasan. Tanggungjawab untuk bantu abang kt shah alam. Dye tengah kekurangan staf sekarang ni dan perlukan part tyme worker. Xdak org lain dh, adik dye ni lah. Tp xpe,blaja berdikari n cari duwit sndri. Abang bayar gaji,bukan xbagi. Apa salahnya mencuba+ abah bg bawak keta. So.. Nantikan episode seterusnya wanita bekerjaya 2.. ^_^

Skarang ni ana dh kt shah alam balik untuk kerja. smalam bru smpai..Ahh,sungguh sedih. Ana tau abah pn sedih. Tyme makan dye slalu cakap nnti tinggal la dye ngan mama balik macam dlu….lgpn nil ah 1stttt tyme dpt duk umah lameeee sgt. Sape xsdeyh tapi biasanya ana akan gelak je n bwat mcm biasa. Kalau dilayan prasaan tyme tu maunye nasi jd bubur sbab ada kuah tambahan. Huk2..

Walaupun excited nak kerja n berdikari konon2nya, tapi ana sedihla sbab terpaksa tinggalkan mereka berdua lagi. Diakui ana lah sumber kebahagiaan mereka. Chewaaah! Haha.. padahal slalu gak kene bebel ngan mama tapi best ape. Kat asrama xde yg nak bebel cmtu.hihi.. bebel2 sayang.. ^_^


Ya Allah.. Kau berilah masa untukku agar bisa menjadi permata hati mereka. Anak yg benar2 solehah,yg mnjadi penyejuk hati dunia akhirat. Sungguh masih banyak yg belum sempurna. Aku Cuma punya mereka sbagai hartaku di dunia. Kau pinjamkanlah harta ini lama sedikit. Agar nanti aku akan Berjaya menjadi penyebab mereka ke syurga…. Amin…

OH TUHAN BERI KEKUATAN IMAN
KEPADA KEDUA AYAH DAN IBUKU
KAU AMPUNKAN SEGALA KELEMAHAN
SEMOGA MEREKA SENTIASA DALAM BIMBINGAN-MU
SETIAP DETIK, SETIAP SAAT,
BERADA DALAM RAHMAT
AYAH & IBU
INI IMPIANKU
INGIN MENJADI ANAK YANG SOLEHAH
MENOLONG AYAH
MEMBANTU IBU
TERUS BERBAKTI DI NEGERI ABADI




p/s: hidup kami Cuma biasa2, tiada harta yang melimpah ruah tetapi Alhamdulillah kami bahagia. Terkadang kita kecewa dengan apa yang kita ada,kerana kita sering melihat pada orang yang lebih senang dari kita. cuba kita melihat ke bawah,masih ramai insan yang tidak bernasib baik seperti kita. terimalah hidup kita seadanya dan bersyukurlah..