Thursday, November 3, 2011

Saat akad itu terlafaz


Wahai lelaki...
anganmu sering kali tak putus dari dia,gadis idamanmu...
hati tak putus mendambakan yang terbaik...
lantas mata sering jaga,
mengintai dalam senyap,
merisik dalam gelap,
merindu dalam lena,
bilakah waktu bahagia itu kan tiba...

Namun lelaki...
seringkali kau lupa...
menjadi iman bukan semudah melafaz kata-kata...
menjadi nakhoda bukan semudah mengait rambutan dijuntaian pokok...
menjadi pemimpin bukan semudah mengunyah roti yang hangit...
kerana terciptanya dirimu untuk menggalas seluruh bebanan isi dunia...
terciptanya dirimu untuk membela mereka yang lemah,
terciptanya dirimu untuk melindungi tulang rusukmu...
terciptanya dirimu penuh barakah buat seisi dunia...



Mengertilah wahai lelaki...
bahtera perkahwinan itu bukan sekadar melunas syariat,
tak jua menyatukan hati yang marak dengan cinta agungmu,
tetapi pada sebuak perkahwinan itu tergalasnya sebuah tanggungjawab yang maha berat yang cukup menggerunkan isi dunia...
kerana pada saatnya akad terlafaz dibibirmu...
kau telah meletakkan pemilik tulang rusukmu diantara pemisah syurga dan neraka!
sedarlah hakikat itu!

Ketahuilah lelaki...
langkah pemilik tulang rusukmu terletak pada dirimu!
Apa bisa...
wanita suci yang lahirnya penuh dengan didikan,
ulas bicaranya penuh santun,
alunan suara zanjinya penuh pesona,
bibirnya yang sentiasa basah dengan zikriullah,
pipinya yang tak pernah tercela, dek air mata yang menghujan di sepertiga malam...
kau heret ke lembah neraka...?

Mungkin sahaja hatimu amarah saat ini...
'Bagaimana mungkin aku mengheret mereka, sedang mereka yang wajib patuh padaku!'



Lihatlah hakikat...
Allah s.w.t Maha Adil,
dijadikan setiap yang hidup itu berpasangan...
sebagaimana siang, adanya malam...
sebagaimana cerah, adanya gelap...
sebagaimana seorang isteri wajib patuh pada si suami, sebegitulah si suami wajib memacu si isteri pada jalanan-Nya...

Pada nafkahmu,
pada keberkatan amalanmu,
pada perbuatanmu,
pada amanahmu,
pada sikapmu,
diri si dia terletak dipersimpangan syurga dan neraka...

Lahirnya si dia dari benih yang suci,
ditatang dan diasuh dengan syariat-Nya,
agar bisa menjadi bidadari-bidadari yang menghiasi syurgawi nanti...
Wahai lelaki...
Saatnya kau memetik si dia dari ladangnya,
ketahuilah...
pemiliknya tak henti gusar akan nasib untung benih yang dilahirkan mereka...
akankah ia mekar dan disayangi...
akankah syurga itu pengakhirannya...
hanya Iman didada yang merawat gusar yang tak henti menyapa hati mereka...


~Eloknya sebuah benih, kerana bajanya...selamatnya seorang isteri dari neraka jahanam, kerana barakah nafkah si suami...~





Read more: http://cutadashofdiverse.blogspot.com/2011/10/saat-akad-itu-terlafaz.html#ixzz1cbLJPBGS

Sunday, September 25, 2011

Hakikat hati manusia

renungan bersama...
Manusia - Eh, dah subuh dah? Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu .... Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz ... ... ... ...

Manusia - Nak makan, laparlah ?? Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah.... Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? ..

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye? Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat.. Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!

Manusia - Alamak, dah lewat! Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..... Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran.. .. Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.

Manusia - Eh, eh.... tak boleh tengok ini, berdosa... Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui ! Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia.. Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? ..

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu.. Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa.. Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. . Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. .... (kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok! Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu .... Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?

Manusia - Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?. Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu... Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu....

Sekarang anda mempunyai 3 pilihan : 1... Anda - Patutke aku biarkan teks ini tetap di sini..
2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal (sebarkan ini) 3. Syaitan - Tak payahlah sebuk2 biar je disini..kalo boleh delete je.

Thursday, September 15, 2011

Istikharah cinta


"JIKA SEORANG HAMBA ALLAH MENAHAN KEINGINANNYA

DARI SESUATU YANG HARAM (KERANA ALLAH),MAKA

ALLAH AKAN MEMBERIKAN SESUATU YANG DIINGININYA

ITU MENGIKUT JALAN YANG HALAL"



Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh do'a

Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukmu
satu nama teman setia
Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu
diistikharah cinta.


♥♥♥bersabarlah selagi cinta itu belum halal buatmu.Allah pasti

menggantinya dgn cinta yg lebih baik setelah halal nanti. ♥♥♥

Tuesday, September 13, 2011

izinkan aku kembali

kembalikan hati itu,
jangan biar ia kaku,
jangan biar ia membeku..

tunjukkannya jalan pulang,
semoga ia tidak hilang,

aku mahu seperti dulu,
saat hidayah meresap di kalbu.

aku rindu rasa itu,
saat tarbiyyah menguatkan aku..

aku takut tanpa mujahadah,
imanku makin goyah..

Ya Allah,
izinkan aku kembali,
mencari ke manakah hilangnya hati,
sebelum ia mati..

Sunday, July 17, 2011

awas dgn si batu api & si kaki kipas


KISAH SI BATU API

situasi 1:

M: aku rase nk brubahla.. dh xnak kapel2 ni..lgpn aku rasa xtenangla..
S: weyy,jgnla clash!! ko xksian ke kat mamat 2 yg cinta mati kat kau.. sng2 je kau nk tinggalkan dia
M: aku bukan ape,cuma rasa xtenang. dh lama aku hilang ketenangan dlm hati aku.. bila buat papepn msti tringat kt dia.. smpai solat aku pn still lagi dk pikir dye.. smpai bila ak nk mcm ni?? spttnye wktu solat 2 aku ingt Allah.. mengagumi kebesaran Dia..
S: rilekk la.. jgnla tangkap leleh plak kt cni.. kau muda lg. xrocks la remaja xbercinta.. nnt msti kau sunyi.. xleh nk kuar2 dating,sms cintan cintun,koling2 smpai brasap tlinga..
M: aku tau permulaan 2 mgkn payah,tp lama2 nnt okla.. aku btol2 nk brubah ni..
S: eleh,kalau stakat hangat2 tahi ayam bwat pe.. aku yakin kau pasti xkn leh tahan punye hdup tnpa dia!! kalau ye pn kau clash,ko akn patah blk kt dia.. cayalah ckp aku!
M: 2la..aku xkuat lg..sbab tu skrang ni aku suka kwan dgn bdk2 baik.. dorg blh tlg bg aku kekuatan..
S: abes tu aku ni kau nk campak mane?? mntg2 nk brubah trus nk tinggalkan aku..padahal slame ni akula yg knalkan kau dgn pakwe kau tu.. aku la yg tlg arrangekan date korg hari2.. aku yg tlg cover line kalo korg nk bwat pape.. ko jgn xingt smua tu!!!!
M: time kasihla sbb dh bnyk rosakkan aku!! aku nk berhijrah!! smoga Allah bantu aku!!

situasi 2:

M: cantiknye dye pakai jubah.. sopan sgt aku tgk
S: cantik ape nye.. mcm org kg je.. nk jalan pn susah..
M: ko ni xbaik tau.. sejukkk mata aku tengok.. aku dh rimasla pki ketat2 ni..nk duduk pn seksa..
S: pki cmni la cantik.. up to date.. ko xmalu ke pki cmtu?? xsexy la babe.. cane nk pikat mamat macho 2 kalau pki jubah tutup2. ahahaha..n xkan ko nk kuar shopping,jalan2 pki cmtu.. serabut aku tengok!!
M: kalau kawan dgn kau ni,lg truk aku adela.. orang nk berubah pn dok kutuk2!! dhla.. aku dh bosan hidup camni!! aku nakkan ketenangan!!

KISAH SI KAKI KIPAS

situasi 3:

M: aku nak pgi kursus tajhiz jenazah la hari ni.. sekurang2nya program2 macam ni boleh mndekatkan aku dgn Allah..
S: bagusnye kau ni..suke join program2 mcm ni..bukan senang nk cari pompuan mcm ni skrg..msti kau pn akan dapat lelaki soleh nanti..
M: ish,kau ni..mngampu plak.. aku join ni pun sbab aku nk dekatkan diri aku dgn Dia.. aku bahagia hidup macam ni..
S: yeke sbab Dia kau eksaited sgt ni?? ke sbab mamat tu? cuba kau tengok dia tu.. solehnya...dahla hensem.. sesuai dgn kau.. tengokla dia jap.. tu haa..
M: mane blh aku usha2 mcm tu,aku kene jg pandanganla.. xpasal2 rosak hati aku.. aku buat ni smata krna Allah.. bkn sbab manusia..
S: ala kau ni,usha sket pn xblh.. xkan kau xnak tgk indahnya ciptaan Allah tu.. soleh weyy.. bkn calang2 org tu,ustaz! hensem plak tu
M: astagfirullah.. cukup2lah kau nk bolak balik kan hati aku.. aku xnak tertipu.. aku takut lari dari tujuan aku datang sini.. n utk pengetahuan kau,aku datang bkn sbab sape2. ni memang taktik kau je kan nak pesongkan niat aku..
S: ala kau ni,xsporting lahh.. xkan usha skit pn xblh...
M: xboleh!!! aku nak menjaga hati!! jgn kacau aku lagi!!

situasi 4:

S: cantiknya kau pakai camni.. sopan je.. aku tengok makcik kat masjid tadi xhabes2 dok pandang kau.. msti nak buat menantu..
M: ish mane ade.. aku pakai mcm ni sbab Allah suruh aku tutup aurat.. bukan sbab nk mngorat.. ntah2 mkck 2 pndang tmpt lain..
S: x...dia mmg pndang kau.. mane xnye,orang lain sume dk berfesyen yg ntah pape tu,kau plak still pilih nak pakai tutup camni.. bukan senang tau.. aku tengok kau ni ayu je,kalau jd model muslimah pn ok gak.. gayakan jubah2,tudung2.. ok wat
M: ke situ plak dye.. perempuan tu kan dihiasi dgn sifat malu..mana malu aku kalau dipertontonkan mcm tu. biarlah kecantikan aku utk suami aku je..
S: hurm... baguslah kau ni..msti ramai lelaki soleh nak kan kau.. yela,perempuan solehah utk lelaki soleh.. eh,tu budak persatuan kau kan?? dye pndang sini tadi.. msti dye kagum dgn kau.. sopan,tutup aurat..ntah2 dye ade hati kat kau
M: Ya Allah.. aku tutup aurat ni smata2 atas perintah Allah.. aku selesa macam ni.. xterdedah sana sini.. aku rasa terjaga.. jilbab aku ni secara xlangsung menghijab hati aku dari perkara2 keji..aku tenang,aku bahagia.. kalau aku tutup2 ni sbab manusia,bila manusia 2 dh xde msti aku bukak2 blk. buat ape mcm 2.. rugi!! xde sikitpn pahala aku dpt.. aku buat smua ni sbgai bekal aku kat sana nanti.. n aku yakin budak persatuan aku tu smua mnjaga pndangan.. ko xpayah nak fitnah dia.. kalaupn dia syok kat aku,biarlah Allah yg menentukan.. aku xnak pkir smua ni.. menyesakkan dada aku je.. Allah lebih layak utk aku cintai.. semoga hanya pandangan Allah yg aku cari..
S: baru "kipasss" sket dh istiqfar... cuba layan "kipasan" aku ni skaliiiii je.... huh

-------------------------------------------------------------------------------------------------
hurm..agak2la kan.. sape batu api dan kaki kipas di atas?? dia dekat je dgn kita.. dan dia xkan pernah jemu untuk menyesatkan kita. dialah IBLIS!!
mereka mmpunya berbagai strategi utk menyesatkan kita.. dipetik dari buku "RASULULLAH S.A.W BERTANYA,IBLIS MENJAWAB, karya al ustaz shaari che in..berikut adalah dialog antara Nabi Muhammad s.a.w dgn iblis..

soalan kedua dari Nabi Allah:

Nabi Muhammad s.a.w: wahai iblis,bagaimanakah cara kamu bertindak terhadap makhluk Allah??

berkata iblis: "Ya Nabi Allah, aku dengan makhluk Allah ada beberapa cara dan tektik yg aku gunakan mengikut keperluan semasa.

saya cuba bongkarkan tektik dia yang kelima (berkaitan dengan situasi2 di atas)

"berkata iblis: Ya Nabi Allah, apabila mereka terlanjur melakukan maksiat dan setelah fikiran mereka kembali normal lalu mereka berasa takut kepada Allah s.w.t, dan mereka insaf serta hendak bertaubat. lalu mereka melakukan ibadah,maka di masa itu aku akan mencari tektik baru yg seboleh2nya supaya mereka tidak meneruskan niat suci mereka itu.. aku akan membisikkan kepada mereka supaya menangguhkan hingga ke satu masa lain,kerana mereka masih muda dan umur masih panjang lagi.. (BATU API)

ketahuilah berapa banyak umatmu yg aku perdayakan dan aku menyuruh anak buahku dari kalangan jin dan syaiton supaya dapat mencari sebanyak-banyaknya anak adam utk bersamaku.. kalau mereka melakukan amal pula, maka aku akan masuk kedalam hati mereka,dan membuat mereka itu riya' dalam melakukan amalannya dan sum'ah serta juga takabbur,ujub,sombong akan dirinya yg banyak melakukan ibadah kepada Tuhannya.. dia akan ku buat dia memandang orang lain tidak sama dengan kebaikan yg ada pada dirinya..(KAKI KIPAS)

ketahuilah bahwa hasutan ini akan sentiasa berjalan siang dan malam"

-------------------------------------------------------------------------------------------------

semoga setelah tahunya kita tentang strategi iblis ni nak menghasut kita, sedikit sebanyak akan memberi kita petunjuk untuk menangkis segala pujukan dan dorongan yang dibawa oleh iblis dan bala tenteranya.. mereka akan mencari kelemahan kita,dan cuba utk mnjatuhkan kita melalui kelemahan kita tu.. mintalah pertolongan dari Allah.. kita juga harus bermujahadah!!
ingatlah firman Allah:

"JANGAN KAMU (WAHAI UMAT ISLAM) MENGIKUT LANGKAH2 SYAITAN,SEBAB SYAITAN ITU ADALAH MUSUH YG WAJIB DIPERANGI"
(surah Fathir, ayat 6)






Monday, July 4, 2011

kenapa setelah berkali-kali istikharah hati tetap xtenang?

buntu..sangat buntu untuk memilih satu di antara dua. keduanya mempunyai kelebihan masing2. jika dipilih yang sudah pasti digenggaman,bagaimana pula dengan pilihan yg satu lagi yang sudah lama menjadi impian. adakah ianya akan menjadi impian xkesampaian?? bukan mudah untuk memilih.sungguh bukan mudah.keputusan itu ku lakukan setelah bertanya orang2 yang lebih berpengalaman,smuanya untuk mencari jawapan di sebalik ketidaksenangan hatiku setelah istikharah..

ya,bukan sekali,bukan dua kali,tp dh banyak kali aku istikharah. kebiasaannya,aku akan mendapat alamat melalui mimpi. ini pertama kali istikharah ku alamatnya melalui gerak hati. hati tidak tenang dengan keputusanku,walaupun setelah meminta pandangan orang lain dan mereka brsetuju denganku,tapi kenapa hatiku masih ragu2 dengan keputusan itu????

Ya Allah..Alhamdulillah..setelah Engkau mentakdirkan aku untuk berada di landasan ini, cahaya hikmahMu telah benar2 meresap ke dadaku dan membuka mataku untuk melihat hikmah di sebalik takdir ini..

hari jumaat lalu,keputusan untuk ke degree dh keluar. Alhamdulillah,smuanya berjalan seperti yg dirancang dan kos yg dapat pun Alhamdulillah,selari dengan kehendak. dulu sewaktu nak buat keputusan kos mane yg nak dipilih,buntu yg amat sangat hingga menyesakkan dada.. kalau dipilih untuk sambung food science n technology ni,cuma 2 years n a half which is to be exact, 5 sem je lg. chances utk dpt pn sgtla tinggi. tp hati.. dan impian...nak sgt smbung degree in dietetic n nutrition.. tringin! sangat... sampaikan waktu blaja dlu,dh ade sket2 blja psl nutrition,owh jatuh cinta dgn subjek tu bwat kesekian kalinya. hati telah tekad,yeah degree in dietetic n nutrition! nota2 nutrition tersimpan kemas dalam file,dengan harapan akn digunakan tyme degree nnt! tapi... i have to sacrify 4 years or maybe if im lucky enaff to proceed with 3 years n a half. lama tuuuuu....

nanti nak kene smbung master lagi kalau nak apply lecturer scheme kt uitm. master in research bak kata mdm marina,bout 3 years. kalau master in cos 2 years full tyme insyaAllah dh boleh habis.. ok,bnyk lg yg nk kne plan sebenanye. so,kalau proceed jgk dgn nutrition,ble nk abes blaja n keje?? b4 bwat keputusan tu,dlm 4/5 org lecturer tmasuk ktua program sy kol.huhu..dorg stuju kalau sy ambek diet sbb based on miss rohasmizah, "ok2 sesuai i tgk u jd dietician.. mse pg progrm dgn ank2 yatim utk projek nutrition class dlu,pndai u consult budak2 tu." wah,berbunga2 dlm hati. oke,kol mdm marina plak.. jawapannya sama.. " i pun suka nutrition,ok la kalau u nak smbg kos 2. i rase ok dgn u since u sng communicate dgn orang.diet ni kte kene bnyk consult people bout eating habits smua tu besides kene bwat clinical test kt lab" haa..lg2 jawapan yg merujuk kpd....DIETETIC!

setelah dikompilekan semua jwpn,bwat graph utk tau critical limits kat mane utk determine kos ape yg ptt ambek(haha),dietetic n nutrition lh jawapannya.. istikharah tetap xtinggal,even dh mntap dgn kputusan lps dh interview sana sini... tapi,kenapa hati tetap xtenang setelah berkali2 istikharah??? alamatnya,hanya melalui gerak hati yang berkeluh kesah tidak menentu.tidak tahu dimana silapnya..

pikir punye pikir,doa punye doa,lalu ku ubah pilihan yg telah di buat. dan dgree in science(food science n technology) mnjdi pilihan pertama. setelah itu,hati menjadi tenang serta merta. akal bingung,kenapa tibe2 rasa lega?? istikharah lagi..hati menjadi makin mantap dengan pilihan yang dibuat,akal juga telah dapat menerima reasons di sebalik kenapa,kenapa dan kenapa smua ni terjadi.

insyaAllah,menurut perancangan, nak ambek minor islamic food law. nnt kami akn di 'divide' into 2 groups, yg islamic food law dgn yg biasa. yg islamic ni subjek dya mkin bnyakla,blja psl usul fiqh,hadis2 psl mknn ni,halal haram,third languange arab dn sbgainya. senior ckp ustaz ustazah yg ngajor sporting abes. pesan senior trsayang,xrugi dik kita ambik kos ni. lgpn makanan kan jd darah daging. dn mncari mknn halal tu fardu bg kita.

ye memang,skrg n i TERLALU bnyk penyelewengan dlm bab2 mknan. mse blja dlu pun,ade dh skit2 yg dibongkarkan oleh lecturer. premis yg nmpk halal tp still ada bnda2 kotor yg diguna. makanan yg dicmpur alcohol as a preservative n additional flavor. kalau kek tu,cmpur alcohol utk bwat dye lg lembut n thn lama n rsa sjukkk je bile makan. tin2 tomato paste n anything yg acidic akn disalut dgn lemak bab* to prevent tin tu dr berkarat.lg2 product luar negara,harus diteliti tnda halalnya.kalau x,besar kemungkinan adalah lemak bab* tu. in all over the world,bab* yg plg tinggi permintaan,sir food chemistry ckp. dlm hati,ingtkan ayam(smbil membayangkan kelazatan ayam golek)
terkejutkan dgn statement2 panas,ya sgt terkejut!! itu baru sikit..bnyk lg sbenanye..huhuu.. Alhamdulillah dh berpesan2 kt family n kawan2.

jadinya,moral of the story..nampak xhikmah kenapa akhirnya food science yg Allah takdirkan padahal dari kecik lagi nak jd pakar pemakanan (mksdnye kene ambek dietetic la).. xsmua yg kita nak kite dapat. Allah lebih mengetahui apa yg terbaik untuk kita. food scientist pn oke,yg penting isu makanan halal harus diketengahkan!! xboleh lg dipandang enteng!!

"dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu,padahal ia baik bagi kamu. dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu,padahal ia buruk bagi kamu. Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu) sedangkan kamu tidak mengetahuinya" -Al baqarah:216

(semua yg kita hajati pun,xsemestinya kita dapat. biarlah kita mendapat apa yg kita perlu,bukan hanya yang kita mahu. namun berdoalah agar apa yg Allah mahu selari dengan apa yg kita mahu juga.andai takdirnya bukan begitu,Dia lebih tahu)

manela tau suatu hari nanti boleh menyumbang kpd perkembangan makanan halal kt malysia ni. halal yg benar halal,tnpa was2 lg. kesian kt orang awam yg xterdedah dgn benda2 ni smua. mereka xde medium nk dirujuk atau xmeluas lg sbenanye. in food science,blh jgk blaja nutrition sket2 tp dlm dietetic xde blaja isu halal haram ni(smbil tersenyum simpul). ow,ni dya link HALAL HAB MALAYSIA.http://www.halal.gov.my. tgklah ape2 uyg boleh dirujuk. sekian..

salam hikmah dari sy. Assalamualaikum.. (^_*)

Thursday, June 30, 2011

Masih Ada Yang Sayang


Kita sering mendongak ke langit yang tinggi,mengagumi dalam hati seraya berhajat untuk terbang ke sana. dalam hati merintih kenapa masih di bawah,kenapa masih tidak mampu untuk terbang jauh,hingga terkadang terlupa untuk mensyukuri apa yang ada. kenapa tidak ditundukkan kepala,merenung dan melihat kepada yang lebih bawah. apakah kamu atau mereka yang lebih beruntung? usah dibanding dengan mereka yang berada di atas,usah dikeji mereka yang lebih parah,usah dipersoal nasib diri hingga membenarkan hati bertanya kenapa? kenapa? kenapa?

"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?"

Berulang kali Allah tegaskan.. sesungguhnya kita tiada jawapan untuk itu,kerana nikmat Allah tidak terhitung. walau segala pokok menjadi pena,malah seluruh lautan menjadi dakwat,tidak akan habis nikmat Allah untuk ditulis,dicatat.


Aku malu pada Allah jika aku masih tidak mampu melaksanakan tugasku sebagai anak yang soleh. sedangkan mereka yang sudah kehilangan ibu dan ayah,sentiasa berdoa dan berharap untuk diputarkan waktu agar dapat berbakti lagi.

RUMAH PENYAYANG HEMBUSAN KASTURI


disini mereka menumpang kasih


masih ada yang sayang

3 ciptaan Allah yang sangat comel. kak shaa ni sesuai jd kakak angkat dorang (^_*)


lihatlah mereka. apakah mereka atau kita yang lebih beruntung? kita masih mampu tinggal dirumah sendiri,masih punya ibu bapa untuk berkongsi rasa hati,sedangkan mereka?


para mujahidin soleh. Allah menyayangimu dik.. Semoga mereka bakal menarik ibubapa mereka ke syurga. Amin


anak-anak ini perlukan kasih sayang dan belaian dari kita,sebagai kakak dan abang mereka. cuma secebis kasih,mereka tidak meminta lebih,apatah lagi menagih kasih.cukuplah jika kasih sayang itu sama2 diagih.