Tuesday, February 15, 2011

" Tiada sehari yang berlalu..
Tanpa ku mengingatimu..
Rindu padamu sentiasa menggambarkan kasih dan sayangmu..
Semalam daku bermimpi
di dalam hujan ku berlari
Memanggil-manggil nama mu
Nama mu yang sempurna
Ku harap dan ku berdoa
Semoga dapat bersua denganmu
Tiada kata yang dapat ku gambarkan
Perasaan yang ku alami
Cinta ku ini tiada berbelah bagi "


''Ya Allah..jadikanlah hamba-Mu ini menyintai orang yang beriman dan orang yang beriman menyintaiku''


Inginku titipkan naskah ini buatmu bakal imamku..
Moga2 ianya tidak berlandaskan nafsu semata..
Aku tidak tahu bagaimana untuk memulakan bicara,
kerana aku sudah terlalu rindu hingga tiada kata yang bisa mengungkapkan bicara hati ini..

Bakal imamku..
aku terpanggil untuk merungkai segala isi hati ini kerana aku khuatir tidak mempunyai kesempatan untuk meluahkan apa yang terbuku di hatiku..
aku tidak tahu adakah aku bisa menjadi surimu..
mungkin aku terpaksa pergi dahulu.. atau mungkin juga dirimu yang terdahulu dipanggil Ilahi..aku tidak tahu..


Bakal imamku..
andainya kau tahu betapa aku mengharapkan dikau seorang lelaki yang soleh
supaya dapat menuntunku untuk menjadi wanita yang solehah
maafkan daku jika meminta sesuatu yang tidak layak buatku
namun aku cuma bisa mengharap dan memperbaiki diriku
agar aku selayaknya digandingkan denganmu
dalam sujudku,dalam doaku,
aku turut mendoakan yang terbaikmu buatmu selepas kedua ibu bapaku
walaupun tidak aku tahu siapa gerangan dirimu,
namun aku yakin.. kau ada.. dan juga turut merinduiku..

"dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenis mu sendiri,supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya,dan dijadikan-Nya di antara mu kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir’’

Bakal imamku..
jika aku bersiap2 untuk solat..aku mengharapkan kau terlebih dahulu menunaikannya sebelum aku..
kerana engkau nanti yang akan menjadi imamku..
jika aku sedang membaca..aku mengharapkan kau punya ilmu lebih dari aku..
kerana engkau nanti yang akan mendidikku..
jika aku ingin melelapkan mata..aku mengharapkan kau sedang bermunajat kepada Yang Esa..
kerana engkau nanti yang akan mengejutkanku untuk bertahajud bersama..
jika aku sedang bergembira..aku mengharapkan kau turut merasa bahagia..
kerana engkaulah sumber kebahagiaanku..

Bakal imamku..

andai kau tahu..ada satu hasratku jika dapat bersamamu..

aku ingin pergi kemana sahaja dan bisa terbang bebas denganmu..

kerana sekarang aku tidak mampu untuk menikmati saat itu..

aku ingin menjaga batas-batasnya sebelum yang halal tiba..

agar kemanisan berumah tangga tidak tawar sebelum waktunya..



Bakal imamku..
kadangkala persoalan ini menerjah ke dalam kotak fikiranku..
apakah layak untuk aku mengharapkan dikau yang berperibadi soleh..
sedangkan aku masih belum solehah..
namun fitrahku amat memerlukanmu, untuk memperbaiki diriku..
juga melengkapi segala kekuranganku..
sekali lagi maafkan daku jika tidak sempurna buatmu..

'' Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati(kami), dan jadikanlah kami pemimpin orang-orang bertaqwa''
Bakal imamku..
aku tidak tahu siapa dirimu..di mana dirimu..dan jua keadaanmu..
malah aku tidak mahu tahu selagi belum sampai waktu..
kerana mungkin jika aku terlebih dahulu mengetahuinya,akan timbul fitnah di hatiku..
fitnah dari syaitan yang sentiasa mendera hati manusia yang bercinta..
biarlah aku menikmati cinta halalmu kelak,tanpa rasa bersalah dan berdosa..
berikan aku masa untuk mempersiap segalanya..
agar kita bisa bercinta sampai syurga..diiringi redha Pencipta

Rasulullah bersabda:
"kebahagiaan manusia itu terletak pada tiga perkara,dan kesengsaraannya terletak pada tiga perkara pula. Antara kebahagiaannya ialah memiliki isteri solehah"

Semoga aku mampu memberikan dirimu kebahagiaan itu..
insan yang tercipta dari rusuk kirimu
Salma

Wednesday, February 9, 2011

Nasihat Syeikh Al- Tantawi Buat Puterinya

Wahai puteriku… aku seorang bapa yang sedang memasuki usia lima puluh tahun.


Usia muda telah aku lewati aku tinggalkan kenangan, impian, lamunan-lamunan dengan segala ujian-ujian dunia. Dengarlah ucapan dan kata-kataku. Ucapan-ucapan haq yang aku sampaikan secara jelas dan mudah.


Wahai puteriku…banyak aku menulis, sering juga aku menyeru dan mengajak umat untuk menegakkan akhlak, menjunjung budi pekerti mulia, membanteras segala bentuk kerosakan jiwa dan mengendalikan nafsu syahwat untuk melawan dan membanteras keruntuhan moral.


Semua itu berterusan aku sampaikan, aku tulis dan khutbahkan… sehingga pena yang aku gunakan menjadi tumpul dan lidahku kelu. Namun tetap tiada hasil yang aku perolehi kemungkaran tetap berleluasa tanpa kita mampu untuk membanterasnya.




Di setiap pelusuk negara perbuatan mungkar terus kita temui, semakin banyak dalam pelbagai bentuk. Wanita semakin berani dan tidak malu-malu untuk membuka auratnya. Tubuhnya ditonjol-tonjolkan, pergaulan bebas muda-mudi bertambah menjolok. Semua itu bergerak melanda negara demi negara, tanpa satu negara Islam yang mampu mengelak.




Sebagai contoh negara Syria yang terkenal dengan keserasian akhlak yag sangat ketat menjaga kehormatan diri dengan menutup auratnya, sekarang masya-Allah!! Para wanitanya berpakaian terbuka mempertontonkan lengan dan paha, punggung dan dada. Kita gagal, dan aku kira kita tidak akan berjaya. Tahukah engkau apa penyebabnya? Sebabnya ialah sehingga hari ini kita belum menemui pintu ke arah pemulihan dan kita tidak tahu jalannya




Wahai puteriku, pintu pemulihan ada di hadapanmu. Kunci pintu itu ada di tanganmu. Jika engkau yakin padanya dan engkau berusaha unuk memasuki pintu itu, maka keadaan akan berubah menjadi baik.




Engkau benar puteriku, bahawalah kaum lelakilah yang mula mula melangkah menempuh jalan dosa bukan wanita. Tetapi ingat, bahawa tanpa kerelaanmu dan tanpa kelunakan sikapmu, mereka tidak akan berkeras melangkah laju. Engkaulah yang membuka pintu kepadanya untuk masuk.




Engkau berkata kepada pencuri : “Silakan masuk”…dan setelah engkau kecurian barulah engkau tersedar. Ketika itu barulah engkau berteriak ..”tolong….tolong…aku kecurian.”


Seandainya engkau tahu bahawa lelaki itu adalah serigala dan engkau adalah kambing, pasti engkau akan lari seperti larinya kambing dalam ancaman cengkaman serigala.


Sekiranya engkau sedar, bahawa semua lelaki adalah pencuri, pasti engkau akan berhati-hati dan sentiasa menjaga diri seperti waspada seorang yang kikir terhadap pencuri.


Jika yang dikehendaki oleh serigala dari kambing adalah dagingnya, maka yang diinginkan lelaki adalah lebih daripada itu. Lelaki meinginkan lebih dari sekadar kambing……dan bagimu lebih buruk daripada kematian kambing itu.


Lelaki menghendaki yang paling berharga darimu…iaitu harga diri dan kehormatanmu. Nasib seorang gadis yang diragut kehormatannya lebih menyedihkan daripada nasib seekor kambing yang dimakan serigala.




Wahai puteriku….Demi Allah, apa yang dikhayalkan oleh pemuda ketika dia melihat gadis ialah gadis itu bertelanjang dihadapannya tanpa pakaian.


Aku bersumpah lagi: “Demi Allah, jangan percaya terhadap kata kata sebahagian lelaki, bahawa mereka memandangmu kerana akhlak dan adab. Berbicara denganmu seperti sahabat dan apabila mencintaimu hanyalah sebagai teman akrab”. Bohong …bohong …demi Allah dia berbohong. Seandainya engkau mendengar sendiri perbualan antara mereka, pasti engkau takut dan ngeri.”


Tidak akan ada seorang pemuda melontarkan senyumannya kepadamu berbicara dengan lembut dan merayu, memberikan bantuan dan layanan kepadamu, kecuali akan ada maksud-maksud tertentu. Setidak-tidaknya isyarat awal bagi dirinya bahawa itu adalah langkah awal.




Apakah sesudah itu puteriku?

Friday, October 22, 2010

Assalamualaikum.. salam sejahtera buatmu bakal-bakal jenazah sekalian..hee..(btoi la kan?)

Post untuk kali ni lme dh tulis cme xsempat nk ngepos je.mklumla postmen cuti bersalin. (^_^)

Memandangkan skunk ni tgh study week,so nak xnak knelah study kan..
Ble dh borink2 n penat tu,ingtkan nkla wat past year yg dh didownload dr student portal,tp ntah cmne bleh terronline plak.hehe..

Tapi nk dijadikan crita, tyme tgh online tu ade sorang sahabat sy bagitau yang group ‘I’M PROUD TO BE A MUSLIM’ tu sbenanye org non-muslim yang punye. Photos2 kt ctu mmg terrrsangatlah dasyat! Smuanya menghina islam. Komen2 pn ble bace rse mcm nk putus urat perut. YA ALLAH,sangat dasyat!

Dorg sengaja buat macam tu sbb nk sakitkan hati kita umat islam hinggakan mungkin ada di antara kita yang terlupa untuk berhikmah dengan mereka. Kita pun dok mencarut sama cam depa. Sape yg xmarah kalau orang hina2 agama kita, hina Nabi kita, tp kita xboleh nk balas dengan hinaan jgk.

Sabda Nabi Muhammad s.a.w :

"barangsiapa yang melihat kemungkaran,hendaklah dia mencegahnya SECARA BERHIKMAH dengan tangannya(kuasa),jika tidak mampu cegahlah dengan lisan, dan jika tidak mampu juga,cegahlah dengan hati.yang demikian itu adalah selemah-lemah iman"

Ingin ditegaskan d sni,SECARA BERHIKMAH(mcm debate plak.hee)

‘balaslah keburukan dengan kebaikan’

Bila tengok gamba2 dan komen2 dari depa, nmpk sgt yang dorg dh tersalah erti pasal agama kita. dorg cakap islam pengganas, cakap bukan2 psl Nabi Muhammad juga mempermainkan nama ALLAH. Sungguh sadis!

Mereka xtau islam itu sangat indah jika dihayati,
Mereka xtau islam mampu memberikan mereka ketenangan yang abadi,
Mereka xsedar bahwa mereka semakin jauh dari tujuan mereka di sini(dunia),
Mereka xsedar bahawa mereka sedang menipu diri sendiri,
Mereka xmahu nk selami dan kenali islam dengan cara hakiki.

Jelaslahlah kepincangan dalam kehidupan mereka, hidup dalam kegelapan, terperangkap dengan tipu daya syaitan-botol arak bergelimpangan, menjadi hamba nafsu-wanita bukan setakat berpegangan tangan,sakitnya hati mereka-kekotoran terpenjara dalam hati, hingga gelaplah hati untuk menerima cahaya islami.

Surah faatir:27-28

‘Tidakkah engkau melihat bahwa Allah menurunkan hujan dari langit, lalu kami keluarkan dengan air hujan itu buah-buahan yang berlain-lain jenis dan rupanya; dan di antara gunung-gunung pula ada yang mempunyai jalur-jalur serta lorong-lorong putih dan merah, yang berlain-lain warnanya(tua dan muda), dan ada juga yang hitam legam; Dan demikian pula di antara manusia dan binatang-binatang yang melata serta binatang-binatang ternak, ada yang lain-lain jenis dan warnanya? Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut(melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hamba-Nya hanyalah orang-orang yang berilmu.’

Nak menghayati islam adalah dengan ilmu. Nak ilmu kena belajar. Kalau kita tengok umat islam sekarang,sangat2 jauh terpesong dari ad-deen islam. Dari segi pakaiannya,pergaulan bebas!,budaya hedonism dan smuanya lah. Ape je yg ikut cara islam?! ramai orang tau,ramai orang prnah blajar,ramai orang ambek exam pendidikan islam, tapi ramai ke yg nak hayati?
Kerana kesilapan umat islam itu sendiri menyebabkan agama kita dibenci, agama kita dicaci. Ya,ini akhir zaman. Zaman yang padanya islam terasa begitu asing.

Sabda Rasulullah menerusi riwayat Imam Ahmad bahawa:

‘ISLAM BERMULA ASING DAN IA AKAN KEMBALI ASING. MAKA BERUNTUNGLAH ORANG YANG GHURABA(ASING)’

Allah telah berfirman:

Hendaklah tiap-tiap orang memerhatikan apa yang diusahakannya untuk hari esok(hari kiamat)
(Al Hasyr: 18)

Ketahuilah wahai manusia! Sesungguhnya nafsu yang memerintahkan kejahatan itu lebih memusuhimu daripada iblis.
Maaflah jika ana sedikit beremosi,mungkin sebab terkejut dengan komen2 PEDAS LAGI MENYENGAT dari NON-MUSLIM. Mereka xkan Nampak indahnya islam jika kita sendiri telah mencemari kesucian agama kita. bersyukurlah kerana diberi nikmat iman,jangan sekali-kali biarkan ia hilang dari pandangan.

Sy juga seringkali melakukan kesilapan,ya seringkali! Sbab sy seringkali lupa pada janji terhadap ILAHI. Janji yang setiap hari perlu saya perbaharui.

Jika seorang hamba mahu merenungi umurnya yang telah lanjut untuk mencari akhirat, maka renungan itu dapat mencuci hati. (dipetik dari buku PENENANG JIWA-IMAM AL-GHAZALI)

Sabda Nabi:
‘berfikir sesaat lebih baik dari ibadah setahun’

p/s: fikir2 dan renungkan dan SELAMAT BERAMAL (^_^)

Saturday, October 9, 2010

Satu Cinta

Tatkala aku terlalu mendambakan cinta manusia, aku telah kehilangan cinta Pencipta..
Kerna cinta manusia itu melalaikan sedangkan cinta Pencipta begitu mendamaikan..
Lalu aku tersedar dari lamunan yang panjang dan kembali ke pangkuan jalan..
Andai jarak yang memisahkan dua insan,pastinya pahit yang dirasakan..

Namun,andai jarak memisahkan aku dengan Dia,keindahan rindu-rinduan semakin menebalkan keimanan..
Dalam pencarianku mencari ketenangan..aku menemui SATU CINTA YANG ABADI..


Ku memohon dalam sujudku pada-Mu
Ampunkanlah s’gala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku… Keimananku…

Engkau satu cinta
Yang s’lamanya aku cari
Tiada waktu ku tinggalkan
Demi cintaku kepada-Mu
Walau seribu rintangan
Kan menghadang dalam diri
Ku teguhkan hati ini
Hanya pada-Mu
Ku pasrahkan…

Oh Tuhan… s’lamatkanlah hamba ini
Dari segala fatamorgana dunia
Oh Tuhan… jauhkanlah hamba ini
Dari hidup yang sia-sia







Saturday, September 4, 2010

Air Mata Tafakur Ramadhan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Salam Ramadhan,salam penuh berkah..
dah lame sangat rasenye xupdate blog ni,mungkin sbb sibuk je memanjang.. =)

Entry kali ni ana nk kongsikan satu kisah yang sgt best yg pnah ana bce kt internet.
Bacalah dengan mata hati,moga2 kau bertemu dengan apa yang dicari. insyaAllah..


Najwa melangkah longlai menuju ke kampus. Bukan kerana penat tubuhnya, tetapi terasa jiwanya ada sesuatu yang tidak kena. Najwa terasakan dirinya ibarat belon yang tak cukup udara, tekanan atmosfera luar yang lebih tinggi memenyekkan belon itu. Ramadhan telah berlalu, separuh daripadanya. Najwa mengkontemplasi saat-saat lepas di dalam Ramadhannya kali ini, apakah yang telah dicapainya. Ditakdirkan Allah assignment di universiti sangatlah banyak, yang kadang-kadang dia tidak mampu untuk iltizam dengan tilawah Al-Quran 1 juzuk sehari. Mahupun ingin berlama-lama di atas sejadah, kerana perbincangan di sana sini. MP3 player berisi ayat-ayat Al-Quran oleh Sheikh Mishari al Efasy menjadi peneman jiwanya yang terasa kosong.

“Ya Allah, jangan jadikan aku orang yang mensia-siakan bulan mulia ini..” Najwa mengeluh sendirian.

Penat juga dia mengenangkan, kenapa pula kelopak matanya tersangat kering. Dia juga letih mengenangkan, kenapa apabila dia membaca kalamullah tidak tersentuh jiwanya. Najwa teringat surah Al-Anfal ayat 2 :

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah apabila disebut nama Allah, bergementarlah hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya,bertambahlah iman mereka dan kepada Tuhan mereka sahajalah mereka bertawakal!”

Najwa mengulangi doa yang diajarkan Rasulullah SAW:
“Ya Allah, hanya rahmatMu yang aku harapkan. Jangan tinggalkan aku sendirian walau dengan kadar sekelip mata. Perbetulkan segala urusanku. Laa ilaha illa anta(Tiada Tuhan selain Engkau)”
(Riwayat Abu Dawud, Ahmad)

Najwa singgah duduk di atas kerusi di bawah pokok. Musim bunga kali ini dirasakan tidak membunga-bungakan iman di dalam hatinya. “Ya Allah hanya rahmatMu yang aku harapkan”.Dalam hati Najwa mengulangi doanya itu. Tiba-tiba terdetik di dalam hatinya: Benar-benarkah hanya rahmat Allah yang dia harapkan? Benarkah hanya kepada Allah dia berharap, benarkah dia berharap Allah mengiringinya di dalam setiap urusannya.

Najwa teringat suatu peristiwa, semasa Najwa mengajak beberapa juniornya untuk mengikuti program agama mingguan. Dia terasa sangat gembira kerana melihat wajah adik-adik yang ingin mendekatkan diri kepada Allah. Pada hari tersebut, Najwa dipertanggungjawabkan untuk menyampaikan tazkirah.

Usai tazkirah tersebut, Siti, salah seorang juniornya berkata kepadanya, “Best la tazkirah kak Najwa…” Najwa terasakan dadanya kembang keseronokan. Najwa tersentak. Kelopak bunga spesis Rhododendron berterbangan ditiup angin. “Oh… Di situlah silapnya…. Benarkah aku hanya mengharapkan rahmat Allah dari amal yang aku perbuatkan? Rupa-rupanya, aku masih seronok dengan pujian. Sedangkan aku tak tahu, sama ada amal itu masih diterima Allah atau tidak…. Ya Allah, benar-benar kali ini…. Hanya rahmat Engkau sahaja yang aku harapkan… Lebih baik sekiranya manusia benci aku atas usaha aku, asalkan Engkau tidak marah kepadaku” Najwa mengenangkan, rahmat Allah sudah semestinya tersangat besar.

Allah, Dialah Tuhan yang telah menyelamatkan Najwa daripada lemas di dalam paya busuk jahiliyah. Allah, Dialah Tuhan yang telah melahirkan perasaan malu dalam dirinya, lalu perasaan malu itu menyelamatkan Najwa dari percampuran bebas lelaki dan perempuan. Dengan perasaan malu itu juga, pakaiannya semakin sopan menepati cirri-ciri muslimah. Allah, Dialah Tuhan yang telah memilihkan teman-teman seperjuangan yang saling memperingatkan kepada kesabaran, keimanan dan mengajak kepada amalan soleh.

Najwa teringat lagi, apabila dia sibuk mengendalikan sebuah program semasa cuti musim bunga. Masya-Allah, Allah telah beri dia keizinan untuk berlari ke sana ke mari, kelam kabut, berpenat-penatan untuk memikul tugasan dakwah. Allah telah beri peluang untuk dia mujahadah. Tapi, dia kelam-kabut dalam solatnya kerana ingin mengejar urusan “dakwah”nya. Dia tidak dapat iltizam dengan tilawah Al-Qurannya. Dia tidak sempat berhenti seketika untuk muhasabah amalan-amalannya. Tiba-tiba Najwa tersentak lagi…

“Mengapakah kamu suruh orang lain mengerjakan amal kebaikan, sedangkan kamu melupakan diri sendiri, padahal kamu membaca Al-Kitab ?Maka tidakkah kamu berfikir?” Najwa teringat Surah Al-Baqarah ayat 44. Ya benar… Dia telah melupakan dirinya sendiri. “Ya Allah, benar-benar kali ini… Aku mengharapkanMu jangan tinggalkan aku bersendirian bersama urusan-urusanku… Walau pada kadar sekelip mata,” Najwa berharap. Sesungguhnya manusia itu pelupa sifatnya. Manusia itu zalim terhadap dirinya. Hanya atas rahmat Tuhan Yang Maha Penyayang yang mampu menghindarkan manusia daripada menzalimi diri mereka sendiri. Manusia jua mudah terasa dirinya serba cukup. Mudah sahaja terasa bahawa dia tidak memerlukan sesiapa untuk membantu urusannya. Kerana dia mempunyai kepandaian, kekuatan fizikal dan kelebihan untuk mengendalikan urusan hariannya.

Tetapi, manusia lupa… Di belakang sesuatu urusan, Allah, Tuhan yang Maha Mengetahui sedang memerhatikan apa yang manusia perlakukan. Malah, Dia mengetahui apa yang berada di benak fikiran dan lubuk jiwa insan. Najwa terkedu… “Hah! Termenung apa tu!” Najwa disentakkan oleh temannya, Hayati. “Awak ni, terkejut saya tau!” Najwa mencebik. “Alah… Maaflah… Assalamualaikum” Hayati tersengih sambil memberi salam. “Awak dah sampai ke negeri China ke tadi Najwa? Maaflah ganggu kembara angan-angan awak” Hayati memang terkenal dengan sifat suka menyekat. Walaupun begitu Hayati memang seorang yang sangat tajam pemerhatiannya. Najwa sengih sahaja.

Najwa bertanya kepada Hayati, “Kaifa imanuki?(Apa khabar iman kamu?)”. Hayati senyum, “Alhamdulillah… Alhamdulillah… I hope to stay in Ramadhan all the time!” Najwa sambung lagi, “Kongsi la tips. How to benefit this Ramadhan?” Hayati melarikan anak matanya ke kiri dan ke kanan. “Err… Saya tak pandai la bab-bab kasi tips ni. Tapi saya nak share something. Tazkirah yang saya dengar dari seorang Sheikh semasa solat terawikh kat mussollah”. “Surah Al-Ma’un ayat 4-5. Dalam ayat 4… Allah mencela orang yang bersolat. Pelik ye, kenapa pula bila kita bersolat, yakni beribadah tetapi kita masih dicela oleh Tuhan kita. Awak rasa kenapa, Najwa?” Hayati bertanya.

“Alah, mana la saya tau… Awak citer je la” Najwa malas berfikir. “Okey lah, kalau kita tengok ayat 5, Allah cakap “iaitu orang-orang yang lalai di sekitar solat mereka”.. Kalau tengok perkataan Arab ‘an solaatihim, bukannya fi solaatihim. Maksudnya, Allah cela orang-orang yang lalai di sekitar solatnya, iaitu di luar solatnya dia lalai. Ia bukan merujuk kepada orang yang lalai semasa solat mereka. Seolah-olah, orang tu telah lari dari tujuan solatnya kerana solatnya masih tidak dapat melindungi dirinya daripada berbuat maksiat apabila dia selesai solat. Itu sebab Allah cela”.

“Macam kitalah, kalau dok dalam usrah, kita asyik cerita pasal kena amar ma’ruf nahi mungkar… Tapi kalau di luar usrah, kita tak buat pun apa yang kita perkatakan tu… What is the purpose of the usrah to begin with?” Hayati berkata. Hayati menyambung lagi, “Awak ni macam ade problem je…” Najwa melarikan pandangannya, “Hmm… Biasalah, hati kurang sihat”. Hayati berkata lagi, “Alhamdulillah… Awak masih dapat rasakan sama ada hati awak baik ke tidak. Rasullullah SAW pernah bersabda, siapa yang dalam saat imannya rendah, tetapi masih berpegang kepada Sunnah baginda, sesungguhnya dia telah mendapat petunjuk”. “Iman kita memang ada turun dan naik. Tapi di saat down ni, sebenarnya Allah nak kasi clue kepada kita. Betapa seronok dan indah apabila iman kita baik. Allah nak beritahu kita bila kita tengah down ni, bahawa Allah rindu dengar kita merintih dan mengadu kepadaNya… Sepertimana ada satu Hadith Qudsi, Allah berfirman “wahai malaikat, turunkanlah musibah ke atas hambaKu, kerana Aku rindu mendengar dia merintih kepadaKu”

"Awak tau Najwa… Asalnya, kita tak perlu pun mengadu kat Allah dosa-dosa yang kita buat atau kejahilan yang kita buat… Sebab Allah memang dah tau pun. Tapi Allah suruh kita doa dan mengharap kepadaNya, supaya kita lebih akrab kepada Allah” Hayati mengusap-usap kepala Najwa. Najwa menyeka air mata. Ah! Akhirnya basah juga kelopak matanya! Benarlah, bertafakur lebih baik daripada solat 1000 rakaat. Kini, Najwa terasa kalbunya lebih ringan. Mudah-mudahan langkahnya selepas ini mengharungi saat-saat terakhir Ramadhan diterima oleh Allah.

Duhai sahabat..
Ramadhan kian berlalu pergi...
Perginya bersama2 kemeriahan terawih di masjid,perginya bersama kegembiraan swaktu berbuka,perginya bersama2 ketenangan swaktu sahur, dan perginya diiringi keberkatan malam lailatul qadar..
Perginya Ramadhan bersama kemeriahan,kegembiraan,ketenangan dan juga keberkatan yang telah Allah kurniakan buat kita hamba-Nya..
Sudahkah kita berjaya mendapat semua nikmat2 itu?
Ramadhan kian berlalu pergi..moga perginya meninggalkan kesan yang mendalam dlm lubuk hati kita..insya ALLAH..Ameen Ya Rabb.

Wednesday, June 30, 2010

yang ni, korang kene bace!

ckgu nak ajar cene nk wat rangka karangan:

Pendahuluan:

Rutin wajib kami sekeluarga tyme balik solat isyak ialah masuk dapur.sekeluarga 2 bunyi macam ramai je,padahal aku ngan mak ayah je..hee..sampai je umah,tuka2 baju trus je dok dapur..ayah nak buat air la.(ayahku mmg terer wat air,kalah kopitiam!)mak kadang2 makan nasik sebab b4 pgi solat mak makan sikit dlu,aku pun tumpang sekali padahal tadi dh makan banyak..cenelaa nak ikut sunnah nabi..hurm..

Yang klakarnye,nak tersedak aku tyme mak cakap ‘eh dah nak dekat pkol 10’.mane xnye,dahla kuat,tibe2 plak 2.haha..barula aku ingat malam ni ade halaqah sentuhan qalbu..dorang suke bebenor program 2..so cpt2la aku punggah smua stok2 makanan bawak p dpan tv.(buah je pun)

Mule2 tgk tajuk macam bese2 je.. IKON..pastu stat ngan ust jemputan 2 (aku xingt name ape,sori ye ustaz.tapi mukamu tetap mnjadi poojaan hatiku)..cara ustaz 2 ckp pn dh mcm nak nangis..duh..sendu plak aku rase..untuk cover muka aku yg ntah pape sbb tahan nangis 2,aku pun buat2la khusyuk salin ape yg ustz 2 cite..

Isi kandungan:

Sewaktu di padang mahsyar nanti,tatkala semua umat manusia dihimpunkan untung dihitung amalan,semua manusia akan mengharapkan syafaat dari Nabi Muhammad S.A.W..waktu tu Allah akan buka suara neraka bilamana neraka memanggil manusia2 yg akan dihumban kedalamnya..saat itu,terduduklah semua manusia,menangis dan merayu kepada Allah..saat itu,walau kita ada pahala 70 orang nabi sekalipun kita xkan pernah yakin dapat mengatasi neraka jahannam tersebut..

Namun pada waktu itu..akan ada seorang insan mulia yang sangat2 mencintai kita.dialah Nabi Muhammad S.A.W..Nabi akan bagi syafaat pada kita umat baginda,kita yang sangat2 dicintainya,yang selalu dicari2 baginda..baginda selalu bertanya pada Jibril. “wahai Jibril,mana umatku,mana umatku??” Sejauh mana kita mencari cinta baginda?? Sejauh mana sayangnya kita pada Nabi kita?? Waktu kita meniti titian sirat,Nabi lah yang paling berdebar hatinya..lebih bimbangnya dari seorang ibu yang mengandung dan melahirkan! Besarnya kasih sayang Nabi pada kita.tapi apa yg kita balas?? Begitu Rasulullah mencintai kita,walaupun kita tidak pernah memikirkan baginda..kerna kita lalai dengan nikmat dunia sementara..kita selalu memikirkan kekasih kita.. “oh,dialah yg mmbuat kita bahagia,dialah segalanya,dialah itu, dialah ini” hingga kita lupa ada insan yg sangat2 mencintai kita,yang telah lama kita abaikan..dia ialah Rasulullah..

Ada satu kisah dimana baginda duduk bersama para sahabat..kemudian baginda bertanya ‘wahai sahabat,tahukah kalian siapa yang paling mulia di sisi Allah?
Sahabat menjawab,Para Malaikat ya Rasulullah..Nabi mnjawab memang mereka mulia kerana mereka sentiasa bertasbih kepada Allah.tapi bukan itu yang ku maksdkan..kemudian ada pula yang menjawab Para Nabi..Baginda menjawab Para Nabi memang mulia kerana Nabi lah yang mengutuskan risalah Allah di dunia tapi bukan juga itu yg aku maksudkan..sahabat terdiam..lalu ada seorang bertanya,adakah kami para sahabatmu? Nabi memandang wajah sahabatnya satu per satu dan tersenyum..memang kamu mulia kerana kamulah yang membantu aku dalam perjuangan ini..namun ada yang lebih mulia dari itu..


Tiba2 baginda tunduk dan menangis..sahabat tertanya2 mengapa baginda menangis..lalu Nabi mengangkat wajahnya hingga terlihat wajah baginda yang berlinangan air mata..Baginda kemudian menjawab.. “mereka adalah manusia2 yang lahir selepas kewafatan aku,mereka sangat mencintai aku,mereka tidak pernah melihat aku,mereka tidak pernah bersamaku sepertimana kalian tapi mereka selalu rindu padaku.mereka yang mulia itu adalah UMATKU!!”

SUBHANALLAH..Sudahkah kita benar2 mencintai Rasulullah sebagaimana baginda mencintai kita? Atau kita lebih memilih kekasih kita,keluarga kita atau juga sahabat2 kita lebih dari kita memilih dan memuliakan Rasulullah?? Sudahkah ada air mata yang berlinang tatkala merindui baginda?? Atau hanya air mata tatkala kita bersengketa bersama sang kekasih yang cintanya tidak mungkin pernah mengatasi cinta baginda terhadap kita..

Penutup:

Sebelum ni,aku xpernah rasa btol2 tersentuh macam ni ble dengar tentang sirah Nabi..aku bace sirah Nabi tapi xpernah rasa macam ni..aku rase malu sangat sebab aku selalu melupakan seorang insan yang begitu mencintai aku..benarlah,kita umat yang paling mulia tapi kitalah yang paling lalai..ramai lagi yang masih hanyut dengan dunia..mengikut syariat islam ibarat menggenggam bara api..hanya yg benar2 kuat saja akan bisa bertahan..
banyak yang kita boleh dapat dari program2 macam ni..so,tgklah halaqah sentuhan qalbu,selasa,10 malam,tv 9 dekaaaat di hati.. =)

Last2,stok makanan yang bawak depan tv xtermakan pun..xsampai ati nak makan..huhu..

Aku menulis dengan harapan bisa berkongsi sedikit pengalaman,agar aku dan teman2 turut beroleh keberkatan dari Tuhan,juga syafaat dari Baginda S.A.W,yang sangat kita dambakan di dunia dan juga di hari pengakhiran..

Wednesday, June 23, 2010

ayahku dan papadom?! memang serasi!



Inginku titipkan sesuatu buat teman, tentang kisah pengorbanan seorang insan,kasihnya mekar seumpama bunga-bungaan indah di taman,menabur budi tak minta dikenang..

Suatu ketika…

Aku dibesarkan dengan penuh kasih sayang,ditatang dimanja oleh ibubapa tersayang(maklumla anak bongsu la katekan,adik bradik laen jangan perasan,ini bukan kisah kalian)hehe..
Ayahku sangat2la strict,lagi2 anak perempuan.dye jaga siang dan malam,mak mengandung dye yang mengidam,smpaikan instinctnye mgalahkan orang pompuan.

Pernah sekali kawan2 ajak tengok wayang,aku pun ikutla sebab ingat nak jalan2,sambil bli stok makanan. Sampai sane nk tgk cte si adnan,tapi usha2 PAPADOM pun boleh tahan.ape lagi kami semua pun layaaaan…
Pelik btol post kali ni,same je irama kat blakang..haha..okey,back 2 cte PAPADOM..memang sebijik ngan ayah teman,Cuma xsampai mintak keje kat uitm,nak spy anak trsayang..hehe..tapi xpe abah,ima dh janji nak jd anak soleh,ima nak jadi harta mama ngan abah yang paling berharga,dunia akhirat.. Ya Allah,tunjukkanku jalan..


Dari stat skolah rendah,guru besar,cikgu, sampai pak guard pun jadi kawan.bukan ape senang nak bawak kete masuk dalam,bagi parents org laen sekolah kawasan larangan..haha..kalau boleh nak anta biar sampai btol2 kat depan..mule2 dulu naek van tp xsampai sebulan,sbb pening nak kne brebut ngan kawan,last2 ayah yang antakan..hikhik..

Masuk plak sekolah menengah,awal2 form 1 dh berjauhan,risaula dye xtido malam.hari2 tepon sebab kangan..yela,dari Kelantan pergi ke perak,jauh 2 bukan senang!
Aku dah cube nak ubah gaye tulisan,tanpe ade kiasan2,tpi apekan daya idea mencurah2 ke tangan! Haha..


Ble anak gadis dye dah besar sket,besela lumrah ade jantan yang bkenan.ntah mane dapat tepon umah,kol2 abah yg angkatkan..nasebla korang….kne jawab soalan..soklan dye xsusah cme macam polis soal tahanan.. Name sape? Dok mane? Ayah keje ape? Nak cakap ape? Sebijik2 macam dialog afdlin dalam cte PAPADOM..maybe ayah aku dalam diam,dia bikin skrip filem..

Ni stat part sdeyh sket..lulus pmr dgn cemerlang,dapat masuk mrsm bitara bukan calang2..niat awal 2 nak try fight dalam parlimen,angan2 nak try jadi badan wakil plajar..sbb b4 ni badan disiplin..aleh2 kita cme dok nolong org wat skrip ngan praktis nak brtanding ngan pihak lawan..patutnye aku join skali,curahkan segala bakat terpendam..haish!
Di situla bermula zaman kejatuhan..ianya disebabkan lemahnya iman..terpengaruh ngan budaya2 yang menyimpang..hingga lupa pada Tuhan yang menciptakan.. Ya Allah…aku lalai dalam ujian yang Kau berikan..

Namun kini aku dah faham..ape yg Allah takdirkan penuh dengan hikmah dan pengajaran..semuanya pun dh tertakluk dalam al-quran..moga2 kesilapan lalu memberiku erti baru dalam kehidupan..yang paling penting NO COUPLE IN ISLAM..aku dah sedar tyme 2 bahwa aku semakin menjauh dari Tuhan,tapi aku boleh plak ignore je bialakan..makin lame hati pun jadi hitam.. Ya Allah susahnye nak dapat peringatan.. andai ku bisa undur kembali masa,akan ku perbetulkan segala kesilapan..tapi xbaik menyesal dengan segala ketentuan,ape yg Allah rancang adalah yg terbaik jika kita fikirkan.. aku bersyukur kerana Allah memilihku untuk kembali pada jalan yang tiada keraguan..hanya cintaMu yang ku dambakan..mogaku beroleh segala keberkatan..

Sekarang dah masuk university tempatan,orang laen fly jauh2 sambung plajaran,aku masih lagi disini..sdeyh jugakla kalau nak diikutkan,mestila jeles ngan teman2 seperjuangan..namun, perjuangan perlu diteruskan..



aku bersyukur Tuhan,
dalam pencarian aku mencari lazatnya cinta berTuhan,
Kau kurniakan aku teman2 yang juga Engkau sayang,
Buat membantuku berpesan-pesan tika kealpaan,
Kau juga kurniakan aku kejayaan,Yang tidak pernah aku impikan,
Aku bersyukur Tuhan,
Kau kekalkan aku dalam jalan yang Engkau redhoi..
Aku bersyukur Tuhan,
Kerna Kau mengurniakan ibubapa yang juga mencari redho-Mu dalam kehidupan,
Moga Kau berkati kehidupan mereka,lebih dari segala nikmat yang Kau berikan,
Sesungguhnya,tiada apa yang kami harapkan,
Melainkan cinta-Mu Ya Rahman..