Tuesday, February 15, 2011

" Tiada sehari yang berlalu..
Tanpa ku mengingatimu..
Rindu padamu sentiasa menggambarkan kasih dan sayangmu..
Semalam daku bermimpi
di dalam hujan ku berlari
Memanggil-manggil nama mu
Nama mu yang sempurna
Ku harap dan ku berdoa
Semoga dapat bersua denganmu
Tiada kata yang dapat ku gambarkan
Perasaan yang ku alami
Cinta ku ini tiada berbelah bagi "


''Ya Allah..jadikanlah hamba-Mu ini menyintai orang yang beriman dan orang yang beriman menyintaiku''


Inginku titipkan naskah ini buatmu bakal imamku..
Moga2 ianya tidak berlandaskan nafsu semata..
Aku tidak tahu bagaimana untuk memulakan bicara,
kerana aku sudah terlalu rindu hingga tiada kata yang bisa mengungkapkan bicara hati ini..

Bakal imamku..
aku terpanggil untuk merungkai segala isi hati ini kerana aku khuatir tidak mempunyai kesempatan untuk meluahkan apa yang terbuku di hatiku..
aku tidak tahu adakah aku bisa menjadi surimu..
mungkin aku terpaksa pergi dahulu.. atau mungkin juga dirimu yang terdahulu dipanggil Ilahi..aku tidak tahu..


Bakal imamku..
andainya kau tahu betapa aku mengharapkan dikau seorang lelaki yang soleh
supaya dapat menuntunku untuk menjadi wanita yang solehah
maafkan daku jika meminta sesuatu yang tidak layak buatku
namun aku cuma bisa mengharap dan memperbaiki diriku
agar aku selayaknya digandingkan denganmu
dalam sujudku,dalam doaku,
aku turut mendoakan yang terbaikmu buatmu selepas kedua ibu bapaku
walaupun tidak aku tahu siapa gerangan dirimu,
namun aku yakin.. kau ada.. dan juga turut merinduiku..

"dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenis mu sendiri,supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya,dan dijadikan-Nya di antara mu kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir’’

Bakal imamku..
jika aku bersiap2 untuk solat..aku mengharapkan kau terlebih dahulu menunaikannya sebelum aku..
kerana engkau nanti yang akan menjadi imamku..
jika aku sedang membaca..aku mengharapkan kau punya ilmu lebih dari aku..
kerana engkau nanti yang akan mendidikku..
jika aku ingin melelapkan mata..aku mengharapkan kau sedang bermunajat kepada Yang Esa..
kerana engkau nanti yang akan mengejutkanku untuk bertahajud bersama..
jika aku sedang bergembira..aku mengharapkan kau turut merasa bahagia..
kerana engkaulah sumber kebahagiaanku..

Bakal imamku..

andai kau tahu..ada satu hasratku jika dapat bersamamu..

aku ingin pergi kemana sahaja dan bisa terbang bebas denganmu..

kerana sekarang aku tidak mampu untuk menikmati saat itu..

aku ingin menjaga batas-batasnya sebelum yang halal tiba..

agar kemanisan berumah tangga tidak tawar sebelum waktunya..



Bakal imamku..
kadangkala persoalan ini menerjah ke dalam kotak fikiranku..
apakah layak untuk aku mengharapkan dikau yang berperibadi soleh..
sedangkan aku masih belum solehah..
namun fitrahku amat memerlukanmu, untuk memperbaiki diriku..
juga melengkapi segala kekuranganku..
sekali lagi maafkan daku jika tidak sempurna buatmu..

'' Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati(kami), dan jadikanlah kami pemimpin orang-orang bertaqwa''
Bakal imamku..
aku tidak tahu siapa dirimu..di mana dirimu..dan jua keadaanmu..
malah aku tidak mahu tahu selagi belum sampai waktu..
kerana mungkin jika aku terlebih dahulu mengetahuinya,akan timbul fitnah di hatiku..
fitnah dari syaitan yang sentiasa mendera hati manusia yang bercinta..
biarlah aku menikmati cinta halalmu kelak,tanpa rasa bersalah dan berdosa..
berikan aku masa untuk mempersiap segalanya..
agar kita bisa bercinta sampai syurga..diiringi redha Pencipta

Rasulullah bersabda:
"kebahagiaan manusia itu terletak pada tiga perkara,dan kesengsaraannya terletak pada tiga perkara pula. Antara kebahagiaannya ialah memiliki isteri solehah"

Semoga aku mampu memberikan dirimu kebahagiaan itu..
insan yang tercipta dari rusuk kirimu
Salma

Wednesday, February 9, 2011

Nasihat Syeikh Al- Tantawi Buat Puterinya

Wahai puteriku… aku seorang bapa yang sedang memasuki usia lima puluh tahun.


Usia muda telah aku lewati aku tinggalkan kenangan, impian, lamunan-lamunan dengan segala ujian-ujian dunia. Dengarlah ucapan dan kata-kataku. Ucapan-ucapan haq yang aku sampaikan secara jelas dan mudah.


Wahai puteriku…banyak aku menulis, sering juga aku menyeru dan mengajak umat untuk menegakkan akhlak, menjunjung budi pekerti mulia, membanteras segala bentuk kerosakan jiwa dan mengendalikan nafsu syahwat untuk melawan dan membanteras keruntuhan moral.


Semua itu berterusan aku sampaikan, aku tulis dan khutbahkan… sehingga pena yang aku gunakan menjadi tumpul dan lidahku kelu. Namun tetap tiada hasil yang aku perolehi kemungkaran tetap berleluasa tanpa kita mampu untuk membanterasnya.




Di setiap pelusuk negara perbuatan mungkar terus kita temui, semakin banyak dalam pelbagai bentuk. Wanita semakin berani dan tidak malu-malu untuk membuka auratnya. Tubuhnya ditonjol-tonjolkan, pergaulan bebas muda-mudi bertambah menjolok. Semua itu bergerak melanda negara demi negara, tanpa satu negara Islam yang mampu mengelak.




Sebagai contoh negara Syria yang terkenal dengan keserasian akhlak yag sangat ketat menjaga kehormatan diri dengan menutup auratnya, sekarang masya-Allah!! Para wanitanya berpakaian terbuka mempertontonkan lengan dan paha, punggung dan dada. Kita gagal, dan aku kira kita tidak akan berjaya. Tahukah engkau apa penyebabnya? Sebabnya ialah sehingga hari ini kita belum menemui pintu ke arah pemulihan dan kita tidak tahu jalannya




Wahai puteriku, pintu pemulihan ada di hadapanmu. Kunci pintu itu ada di tanganmu. Jika engkau yakin padanya dan engkau berusaha unuk memasuki pintu itu, maka keadaan akan berubah menjadi baik.




Engkau benar puteriku, bahawalah kaum lelakilah yang mula mula melangkah menempuh jalan dosa bukan wanita. Tetapi ingat, bahawa tanpa kerelaanmu dan tanpa kelunakan sikapmu, mereka tidak akan berkeras melangkah laju. Engkaulah yang membuka pintu kepadanya untuk masuk.




Engkau berkata kepada pencuri : “Silakan masuk”…dan setelah engkau kecurian barulah engkau tersedar. Ketika itu barulah engkau berteriak ..”tolong….tolong…aku kecurian.”


Seandainya engkau tahu bahawa lelaki itu adalah serigala dan engkau adalah kambing, pasti engkau akan lari seperti larinya kambing dalam ancaman cengkaman serigala.


Sekiranya engkau sedar, bahawa semua lelaki adalah pencuri, pasti engkau akan berhati-hati dan sentiasa menjaga diri seperti waspada seorang yang kikir terhadap pencuri.


Jika yang dikehendaki oleh serigala dari kambing adalah dagingnya, maka yang diinginkan lelaki adalah lebih daripada itu. Lelaki meinginkan lebih dari sekadar kambing……dan bagimu lebih buruk daripada kematian kambing itu.


Lelaki menghendaki yang paling berharga darimu…iaitu harga diri dan kehormatanmu. Nasib seorang gadis yang diragut kehormatannya lebih menyedihkan daripada nasib seekor kambing yang dimakan serigala.




Wahai puteriku….Demi Allah, apa yang dikhayalkan oleh pemuda ketika dia melihat gadis ialah gadis itu bertelanjang dihadapannya tanpa pakaian.


Aku bersumpah lagi: “Demi Allah, jangan percaya terhadap kata kata sebahagian lelaki, bahawa mereka memandangmu kerana akhlak dan adab. Berbicara denganmu seperti sahabat dan apabila mencintaimu hanyalah sebagai teman akrab”. Bohong …bohong …demi Allah dia berbohong. Seandainya engkau mendengar sendiri perbualan antara mereka, pasti engkau takut dan ngeri.”


Tidak akan ada seorang pemuda melontarkan senyumannya kepadamu berbicara dengan lembut dan merayu, memberikan bantuan dan layanan kepadamu, kecuali akan ada maksud-maksud tertentu. Setidak-tidaknya isyarat awal bagi dirinya bahawa itu adalah langkah awal.




Apakah sesudah itu puteriku?