Thursday, November 3, 2011

Saat akad itu terlafaz


Wahai lelaki...
anganmu sering kali tak putus dari dia,gadis idamanmu...
hati tak putus mendambakan yang terbaik...
lantas mata sering jaga,
mengintai dalam senyap,
merisik dalam gelap,
merindu dalam lena,
bilakah waktu bahagia itu kan tiba...

Namun lelaki...
seringkali kau lupa...
menjadi iman bukan semudah melafaz kata-kata...
menjadi nakhoda bukan semudah mengait rambutan dijuntaian pokok...
menjadi pemimpin bukan semudah mengunyah roti yang hangit...
kerana terciptanya dirimu untuk menggalas seluruh bebanan isi dunia...
terciptanya dirimu untuk membela mereka yang lemah,
terciptanya dirimu untuk melindungi tulang rusukmu...
terciptanya dirimu penuh barakah buat seisi dunia...



Mengertilah wahai lelaki...
bahtera perkahwinan itu bukan sekadar melunas syariat,
tak jua menyatukan hati yang marak dengan cinta agungmu,
tetapi pada sebuak perkahwinan itu tergalasnya sebuah tanggungjawab yang maha berat yang cukup menggerunkan isi dunia...
kerana pada saatnya akad terlafaz dibibirmu...
kau telah meletakkan pemilik tulang rusukmu diantara pemisah syurga dan neraka!
sedarlah hakikat itu!

Ketahuilah lelaki...
langkah pemilik tulang rusukmu terletak pada dirimu!
Apa bisa...
wanita suci yang lahirnya penuh dengan didikan,
ulas bicaranya penuh santun,
alunan suara zanjinya penuh pesona,
bibirnya yang sentiasa basah dengan zikriullah,
pipinya yang tak pernah tercela, dek air mata yang menghujan di sepertiga malam...
kau heret ke lembah neraka...?

Mungkin sahaja hatimu amarah saat ini...
'Bagaimana mungkin aku mengheret mereka, sedang mereka yang wajib patuh padaku!'



Lihatlah hakikat...
Allah s.w.t Maha Adil,
dijadikan setiap yang hidup itu berpasangan...
sebagaimana siang, adanya malam...
sebagaimana cerah, adanya gelap...
sebagaimana seorang isteri wajib patuh pada si suami, sebegitulah si suami wajib memacu si isteri pada jalanan-Nya...

Pada nafkahmu,
pada keberkatan amalanmu,
pada perbuatanmu,
pada amanahmu,
pada sikapmu,
diri si dia terletak dipersimpangan syurga dan neraka...

Lahirnya si dia dari benih yang suci,
ditatang dan diasuh dengan syariat-Nya,
agar bisa menjadi bidadari-bidadari yang menghiasi syurgawi nanti...
Wahai lelaki...
Saatnya kau memetik si dia dari ladangnya,
ketahuilah...
pemiliknya tak henti gusar akan nasib untung benih yang dilahirkan mereka...
akankah ia mekar dan disayangi...
akankah syurga itu pengakhirannya...
hanya Iman didada yang merawat gusar yang tak henti menyapa hati mereka...


~Eloknya sebuah benih, kerana bajanya...selamatnya seorang isteri dari neraka jahanam, kerana barakah nafkah si suami...~





Read more: http://cutadashofdiverse.blogspot.com/2011/10/saat-akad-itu-terlafaz.html#ixzz1cbLJPBGS

Sunday, September 25, 2011

Hakikat hati manusia

renungan bersama...
Manusia - Eh, dah subuh dah? Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu .... Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz ... ... ... ...

Manusia - Nak makan, laparlah ?? Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah.... Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? ..

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye? Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat.. Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!

Manusia - Alamak, dah lewat! Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..... Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran.. .. Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.

Manusia - Eh, eh.... tak boleh tengok ini, berdosa... Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui ! Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia.. Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? ..

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu.. Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa.. Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. . Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. .... (kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok! Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu .... Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?

Manusia - Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?. Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu... Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu....

Sekarang anda mempunyai 3 pilihan : 1... Anda - Patutke aku biarkan teks ini tetap di sini..
2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal (sebarkan ini) 3. Syaitan - Tak payahlah sebuk2 biar je disini..kalo boleh delete je.

Thursday, September 15, 2011

Istikharah cinta


"JIKA SEORANG HAMBA ALLAH MENAHAN KEINGINANNYA

DARI SESUATU YANG HARAM (KERANA ALLAH),MAKA

ALLAH AKAN MEMBERIKAN SESUATU YANG DIINGININYA

ITU MENGIKUT JALAN YANG HALAL"



Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh do'a

Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukmu
satu nama teman setia
Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu
diistikharah cinta.


♥♥♥bersabarlah selagi cinta itu belum halal buatmu.Allah pasti

menggantinya dgn cinta yg lebih baik setelah halal nanti. ♥♥♥

Tuesday, September 13, 2011

izinkan aku kembali

kembalikan hati itu,
jangan biar ia kaku,
jangan biar ia membeku..

tunjukkannya jalan pulang,
semoga ia tidak hilang,

aku mahu seperti dulu,
saat hidayah meresap di kalbu.

aku rindu rasa itu,
saat tarbiyyah menguatkan aku..

aku takut tanpa mujahadah,
imanku makin goyah..

Ya Allah,
izinkan aku kembali,
mencari ke manakah hilangnya hati,
sebelum ia mati..

Sunday, July 17, 2011

awas dgn si batu api & si kaki kipas


KISAH SI BATU API

situasi 1:

M: aku rase nk brubahla.. dh xnak kapel2 ni..lgpn aku rasa xtenangla..
S: weyy,jgnla clash!! ko xksian ke kat mamat 2 yg cinta mati kat kau.. sng2 je kau nk tinggalkan dia
M: aku bukan ape,cuma rasa xtenang. dh lama aku hilang ketenangan dlm hati aku.. bila buat papepn msti tringat kt dia.. smpai solat aku pn still lagi dk pikir dye.. smpai bila ak nk mcm ni?? spttnye wktu solat 2 aku ingt Allah.. mengagumi kebesaran Dia..
S: rilekk la.. jgnla tangkap leleh plak kt cni.. kau muda lg. xrocks la remaja xbercinta.. nnt msti kau sunyi.. xleh nk kuar2 dating,sms cintan cintun,koling2 smpai brasap tlinga..
M: aku tau permulaan 2 mgkn payah,tp lama2 nnt okla.. aku btol2 nk brubah ni..
S: eleh,kalau stakat hangat2 tahi ayam bwat pe.. aku yakin kau pasti xkn leh tahan punye hdup tnpa dia!! kalau ye pn kau clash,ko akn patah blk kt dia.. cayalah ckp aku!
M: 2la..aku xkuat lg..sbab tu skrang ni aku suka kwan dgn bdk2 baik.. dorg blh tlg bg aku kekuatan..
S: abes tu aku ni kau nk campak mane?? mntg2 nk brubah trus nk tinggalkan aku..padahal slame ni akula yg knalkan kau dgn pakwe kau tu.. aku la yg tlg arrangekan date korg hari2.. aku yg tlg cover line kalo korg nk bwat pape.. ko jgn xingt smua tu!!!!
M: time kasihla sbb dh bnyk rosakkan aku!! aku nk berhijrah!! smoga Allah bantu aku!!

situasi 2:

M: cantiknye dye pakai jubah.. sopan sgt aku tgk
S: cantik ape nye.. mcm org kg je.. nk jalan pn susah..
M: ko ni xbaik tau.. sejukkk mata aku tengok.. aku dh rimasla pki ketat2 ni..nk duduk pn seksa..
S: pki cmni la cantik.. up to date.. ko xmalu ke pki cmtu?? xsexy la babe.. cane nk pikat mamat macho 2 kalau pki jubah tutup2. ahahaha..n xkan ko nk kuar shopping,jalan2 pki cmtu.. serabut aku tengok!!
M: kalau kawan dgn kau ni,lg truk aku adela.. orang nk berubah pn dok kutuk2!! dhla.. aku dh bosan hidup camni!! aku nakkan ketenangan!!

KISAH SI KAKI KIPAS

situasi 3:

M: aku nak pgi kursus tajhiz jenazah la hari ni.. sekurang2nya program2 macam ni boleh mndekatkan aku dgn Allah..
S: bagusnye kau ni..suke join program2 mcm ni..bukan senang nk cari pompuan mcm ni skrg..msti kau pn akan dapat lelaki soleh nanti..
M: ish,kau ni..mngampu plak.. aku join ni pun sbab aku nk dekatkan diri aku dgn Dia.. aku bahagia hidup macam ni..
S: yeke sbab Dia kau eksaited sgt ni?? ke sbab mamat tu? cuba kau tengok dia tu.. solehnya...dahla hensem.. sesuai dgn kau.. tengokla dia jap.. tu haa..
M: mane blh aku usha2 mcm tu,aku kene jg pandanganla.. xpasal2 rosak hati aku.. aku buat ni smata krna Allah.. bkn sbab manusia..
S: ala kau ni,usha sket pn xblh.. xkan kau xnak tgk indahnya ciptaan Allah tu.. soleh weyy.. bkn calang2 org tu,ustaz! hensem plak tu
M: astagfirullah.. cukup2lah kau nk bolak balik kan hati aku.. aku xnak tertipu.. aku takut lari dari tujuan aku datang sini.. n utk pengetahuan kau,aku datang bkn sbab sape2. ni memang taktik kau je kan nak pesongkan niat aku..
S: ala kau ni,xsporting lahh.. xkan usha skit pn xblh...
M: xboleh!!! aku nak menjaga hati!! jgn kacau aku lagi!!

situasi 4:

S: cantiknya kau pakai camni.. sopan je.. aku tengok makcik kat masjid tadi xhabes2 dok pandang kau.. msti nak buat menantu..
M: ish mane ade.. aku pakai mcm ni sbab Allah suruh aku tutup aurat.. bukan sbab nk mngorat.. ntah2 mkck 2 pndang tmpt lain..
S: x...dia mmg pndang kau.. mane xnye,orang lain sume dk berfesyen yg ntah pape tu,kau plak still pilih nak pakai tutup camni.. bukan senang tau.. aku tengok kau ni ayu je,kalau jd model muslimah pn ok gak.. gayakan jubah2,tudung2.. ok wat
M: ke situ plak dye.. perempuan tu kan dihiasi dgn sifat malu..mana malu aku kalau dipertontonkan mcm tu. biarlah kecantikan aku utk suami aku je..
S: hurm... baguslah kau ni..msti ramai lelaki soleh nak kan kau.. yela,perempuan solehah utk lelaki soleh.. eh,tu budak persatuan kau kan?? dye pndang sini tadi.. msti dye kagum dgn kau.. sopan,tutup aurat..ntah2 dye ade hati kat kau
M: Ya Allah.. aku tutup aurat ni smata2 atas perintah Allah.. aku selesa macam ni.. xterdedah sana sini.. aku rasa terjaga.. jilbab aku ni secara xlangsung menghijab hati aku dari perkara2 keji..aku tenang,aku bahagia.. kalau aku tutup2 ni sbab manusia,bila manusia 2 dh xde msti aku bukak2 blk. buat ape mcm 2.. rugi!! xde sikitpn pahala aku dpt.. aku buat smua ni sbgai bekal aku kat sana nanti.. n aku yakin budak persatuan aku tu smua mnjaga pndangan.. ko xpayah nak fitnah dia.. kalaupn dia syok kat aku,biarlah Allah yg menentukan.. aku xnak pkir smua ni.. menyesakkan dada aku je.. Allah lebih layak utk aku cintai.. semoga hanya pandangan Allah yg aku cari..
S: baru "kipasss" sket dh istiqfar... cuba layan "kipasan" aku ni skaliiiii je.... huh

-------------------------------------------------------------------------------------------------
hurm..agak2la kan.. sape batu api dan kaki kipas di atas?? dia dekat je dgn kita.. dan dia xkan pernah jemu untuk menyesatkan kita. dialah IBLIS!!
mereka mmpunya berbagai strategi utk menyesatkan kita.. dipetik dari buku "RASULULLAH S.A.W BERTANYA,IBLIS MENJAWAB, karya al ustaz shaari che in..berikut adalah dialog antara Nabi Muhammad s.a.w dgn iblis..

soalan kedua dari Nabi Allah:

Nabi Muhammad s.a.w: wahai iblis,bagaimanakah cara kamu bertindak terhadap makhluk Allah??

berkata iblis: "Ya Nabi Allah, aku dengan makhluk Allah ada beberapa cara dan tektik yg aku gunakan mengikut keperluan semasa.

saya cuba bongkarkan tektik dia yang kelima (berkaitan dengan situasi2 di atas)

"berkata iblis: Ya Nabi Allah, apabila mereka terlanjur melakukan maksiat dan setelah fikiran mereka kembali normal lalu mereka berasa takut kepada Allah s.w.t, dan mereka insaf serta hendak bertaubat. lalu mereka melakukan ibadah,maka di masa itu aku akan mencari tektik baru yg seboleh2nya supaya mereka tidak meneruskan niat suci mereka itu.. aku akan membisikkan kepada mereka supaya menangguhkan hingga ke satu masa lain,kerana mereka masih muda dan umur masih panjang lagi.. (BATU API)

ketahuilah berapa banyak umatmu yg aku perdayakan dan aku menyuruh anak buahku dari kalangan jin dan syaiton supaya dapat mencari sebanyak-banyaknya anak adam utk bersamaku.. kalau mereka melakukan amal pula, maka aku akan masuk kedalam hati mereka,dan membuat mereka itu riya' dalam melakukan amalannya dan sum'ah serta juga takabbur,ujub,sombong akan dirinya yg banyak melakukan ibadah kepada Tuhannya.. dia akan ku buat dia memandang orang lain tidak sama dengan kebaikan yg ada pada dirinya..(KAKI KIPAS)

ketahuilah bahwa hasutan ini akan sentiasa berjalan siang dan malam"

-------------------------------------------------------------------------------------------------

semoga setelah tahunya kita tentang strategi iblis ni nak menghasut kita, sedikit sebanyak akan memberi kita petunjuk untuk menangkis segala pujukan dan dorongan yang dibawa oleh iblis dan bala tenteranya.. mereka akan mencari kelemahan kita,dan cuba utk mnjatuhkan kita melalui kelemahan kita tu.. mintalah pertolongan dari Allah.. kita juga harus bermujahadah!!
ingatlah firman Allah:

"JANGAN KAMU (WAHAI UMAT ISLAM) MENGIKUT LANGKAH2 SYAITAN,SEBAB SYAITAN ITU ADALAH MUSUH YG WAJIB DIPERANGI"
(surah Fathir, ayat 6)






Monday, July 4, 2011

kenapa setelah berkali-kali istikharah hati tetap xtenang?

buntu..sangat buntu untuk memilih satu di antara dua. keduanya mempunyai kelebihan masing2. jika dipilih yang sudah pasti digenggaman,bagaimana pula dengan pilihan yg satu lagi yang sudah lama menjadi impian. adakah ianya akan menjadi impian xkesampaian?? bukan mudah untuk memilih.sungguh bukan mudah.keputusan itu ku lakukan setelah bertanya orang2 yang lebih berpengalaman,smuanya untuk mencari jawapan di sebalik ketidaksenangan hatiku setelah istikharah..

ya,bukan sekali,bukan dua kali,tp dh banyak kali aku istikharah. kebiasaannya,aku akan mendapat alamat melalui mimpi. ini pertama kali istikharah ku alamatnya melalui gerak hati. hati tidak tenang dengan keputusanku,walaupun setelah meminta pandangan orang lain dan mereka brsetuju denganku,tapi kenapa hatiku masih ragu2 dengan keputusan itu????

Ya Allah..Alhamdulillah..setelah Engkau mentakdirkan aku untuk berada di landasan ini, cahaya hikmahMu telah benar2 meresap ke dadaku dan membuka mataku untuk melihat hikmah di sebalik takdir ini..

hari jumaat lalu,keputusan untuk ke degree dh keluar. Alhamdulillah,smuanya berjalan seperti yg dirancang dan kos yg dapat pun Alhamdulillah,selari dengan kehendak. dulu sewaktu nak buat keputusan kos mane yg nak dipilih,buntu yg amat sangat hingga menyesakkan dada.. kalau dipilih untuk sambung food science n technology ni,cuma 2 years n a half which is to be exact, 5 sem je lg. chances utk dpt pn sgtla tinggi. tp hati.. dan impian...nak sgt smbung degree in dietetic n nutrition.. tringin! sangat... sampaikan waktu blaja dlu,dh ade sket2 blja psl nutrition,owh jatuh cinta dgn subjek tu bwat kesekian kalinya. hati telah tekad,yeah degree in dietetic n nutrition! nota2 nutrition tersimpan kemas dalam file,dengan harapan akn digunakan tyme degree nnt! tapi... i have to sacrify 4 years or maybe if im lucky enaff to proceed with 3 years n a half. lama tuuuuu....

nanti nak kene smbung master lagi kalau nak apply lecturer scheme kt uitm. master in research bak kata mdm marina,bout 3 years. kalau master in cos 2 years full tyme insyaAllah dh boleh habis.. ok,bnyk lg yg nk kne plan sebenanye. so,kalau proceed jgk dgn nutrition,ble nk abes blaja n keje?? b4 bwat keputusan tu,dlm 4/5 org lecturer tmasuk ktua program sy kol.huhu..dorg stuju kalau sy ambek diet sbb based on miss rohasmizah, "ok2 sesuai i tgk u jd dietician.. mse pg progrm dgn ank2 yatim utk projek nutrition class dlu,pndai u consult budak2 tu." wah,berbunga2 dlm hati. oke,kol mdm marina plak.. jawapannya sama.. " i pun suka nutrition,ok la kalau u nak smbg kos 2. i rase ok dgn u since u sng communicate dgn orang.diet ni kte kene bnyk consult people bout eating habits smua tu besides kene bwat clinical test kt lab" haa..lg2 jawapan yg merujuk kpd....DIETETIC!

setelah dikompilekan semua jwpn,bwat graph utk tau critical limits kat mane utk determine kos ape yg ptt ambek(haha),dietetic n nutrition lh jawapannya.. istikharah tetap xtinggal,even dh mntap dgn kputusan lps dh interview sana sini... tapi,kenapa hati tetap xtenang setelah berkali2 istikharah??? alamatnya,hanya melalui gerak hati yang berkeluh kesah tidak menentu.tidak tahu dimana silapnya..

pikir punye pikir,doa punye doa,lalu ku ubah pilihan yg telah di buat. dan dgree in science(food science n technology) mnjdi pilihan pertama. setelah itu,hati menjadi tenang serta merta. akal bingung,kenapa tibe2 rasa lega?? istikharah lagi..hati menjadi makin mantap dengan pilihan yang dibuat,akal juga telah dapat menerima reasons di sebalik kenapa,kenapa dan kenapa smua ni terjadi.

insyaAllah,menurut perancangan, nak ambek minor islamic food law. nnt kami akn di 'divide' into 2 groups, yg islamic food law dgn yg biasa. yg islamic ni subjek dya mkin bnyakla,blja psl usul fiqh,hadis2 psl mknn ni,halal haram,third languange arab dn sbgainya. senior ckp ustaz ustazah yg ngajor sporting abes. pesan senior trsayang,xrugi dik kita ambik kos ni. lgpn makanan kan jd darah daging. dn mncari mknn halal tu fardu bg kita.

ye memang,skrg n i TERLALU bnyk penyelewengan dlm bab2 mknan. mse blja dlu pun,ade dh skit2 yg dibongkarkan oleh lecturer. premis yg nmpk halal tp still ada bnda2 kotor yg diguna. makanan yg dicmpur alcohol as a preservative n additional flavor. kalau kek tu,cmpur alcohol utk bwat dye lg lembut n thn lama n rsa sjukkk je bile makan. tin2 tomato paste n anything yg acidic akn disalut dgn lemak bab* to prevent tin tu dr berkarat.lg2 product luar negara,harus diteliti tnda halalnya.kalau x,besar kemungkinan adalah lemak bab* tu. in all over the world,bab* yg plg tinggi permintaan,sir food chemistry ckp. dlm hati,ingtkan ayam(smbil membayangkan kelazatan ayam golek)
terkejutkan dgn statement2 panas,ya sgt terkejut!! itu baru sikit..bnyk lg sbenanye..huhuu.. Alhamdulillah dh berpesan2 kt family n kawan2.

jadinya,moral of the story..nampak xhikmah kenapa akhirnya food science yg Allah takdirkan padahal dari kecik lagi nak jd pakar pemakanan (mksdnye kene ambek dietetic la).. xsmua yg kita nak kite dapat. Allah lebih mengetahui apa yg terbaik untuk kita. food scientist pn oke,yg penting isu makanan halal harus diketengahkan!! xboleh lg dipandang enteng!!

"dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu,padahal ia baik bagi kamu. dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu,padahal ia buruk bagi kamu. Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu) sedangkan kamu tidak mengetahuinya" -Al baqarah:216

(semua yg kita hajati pun,xsemestinya kita dapat. biarlah kita mendapat apa yg kita perlu,bukan hanya yang kita mahu. namun berdoalah agar apa yg Allah mahu selari dengan apa yg kita mahu juga.andai takdirnya bukan begitu,Dia lebih tahu)

manela tau suatu hari nanti boleh menyumbang kpd perkembangan makanan halal kt malysia ni. halal yg benar halal,tnpa was2 lg. kesian kt orang awam yg xterdedah dgn benda2 ni smua. mereka xde medium nk dirujuk atau xmeluas lg sbenanye. in food science,blh jgk blaja nutrition sket2 tp dlm dietetic xde blaja isu halal haram ni(smbil tersenyum simpul). ow,ni dya link HALAL HAB MALAYSIA.http://www.halal.gov.my. tgklah ape2 uyg boleh dirujuk. sekian..

salam hikmah dari sy. Assalamualaikum.. (^_*)

Thursday, June 30, 2011

Masih Ada Yang Sayang


Kita sering mendongak ke langit yang tinggi,mengagumi dalam hati seraya berhajat untuk terbang ke sana. dalam hati merintih kenapa masih di bawah,kenapa masih tidak mampu untuk terbang jauh,hingga terkadang terlupa untuk mensyukuri apa yang ada. kenapa tidak ditundukkan kepala,merenung dan melihat kepada yang lebih bawah. apakah kamu atau mereka yang lebih beruntung? usah dibanding dengan mereka yang berada di atas,usah dikeji mereka yang lebih parah,usah dipersoal nasib diri hingga membenarkan hati bertanya kenapa? kenapa? kenapa?

"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?"

Berulang kali Allah tegaskan.. sesungguhnya kita tiada jawapan untuk itu,kerana nikmat Allah tidak terhitung. walau segala pokok menjadi pena,malah seluruh lautan menjadi dakwat,tidak akan habis nikmat Allah untuk ditulis,dicatat.


Aku malu pada Allah jika aku masih tidak mampu melaksanakan tugasku sebagai anak yang soleh. sedangkan mereka yang sudah kehilangan ibu dan ayah,sentiasa berdoa dan berharap untuk diputarkan waktu agar dapat berbakti lagi.

RUMAH PENYAYANG HEMBUSAN KASTURI


disini mereka menumpang kasih


masih ada yang sayang

3 ciptaan Allah yang sangat comel. kak shaa ni sesuai jd kakak angkat dorang (^_*)


lihatlah mereka. apakah mereka atau kita yang lebih beruntung? kita masih mampu tinggal dirumah sendiri,masih punya ibu bapa untuk berkongsi rasa hati,sedangkan mereka?


para mujahidin soleh. Allah menyayangimu dik.. Semoga mereka bakal menarik ibubapa mereka ke syurga. Amin


anak-anak ini perlukan kasih sayang dan belaian dari kita,sebagai kakak dan abang mereka. cuma secebis kasih,mereka tidak meminta lebih,apatah lagi menagih kasih.cukuplah jika kasih sayang itu sama2 diagih.



















Waktu yang tersisa

Luluh hatiku yang sayu
Menatap wajahmu tenang dalam lena
Kasih zahirkan laku
Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya

Dan raut tuamu membekas jiwaku
Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu
Biarpun kuredah seluruh dunia
Mencari gantimu

Betapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanya sekadar
tingkah
Cuma ungkapan kebisuan yang
melindungkan kalimah rahsia

Masih kubiarkan waktu
Melarikan lafaz kasihku padamu

Mengapakah sukar menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar
tingkah
Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia

Apakah yang hilang andai dilisankan
Bait penghargaan penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat cinta yang merona
Jika hanya renungan mata yang bersuara
Bukan tutur kata

Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas di hujung helaan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan
Menggantikan lafaz yang tersimpan





YA ALLAH.. BERIKANLAH AKU WAKTU UNTUK BERBAKTI PADA MEREKA. AKU BELUM LAGI MENJADI ANAK YANG SOLEHAH,MASIH ADA YANG BELUM SEMPURNA.BERIKANKU KESEMPATAN YA ALLAH.SEMOGA MASA YANG TERSISA INI KAU PERKENANKAN AKU UNTUK MEMBAHAGIAKAN MEREKA,SEMAMPUKU.


PINJAMKANLAH MEREKA LEBIH LAMA.AKU MASIH INGIN MENATAP WAJAH TUA MEREKA SAAT TERLENA TIKA MENEMANI AKU. AKU MASIH INGIN MENDENGAR NASIHAT YNG TIDAK PERNAH JEMU MENITIR DIBIBIR KUSAM MEREKA YA RAHIM..AKU MASIH MEMERLUKAN BIMBINGAN MEREKA YA RAHMAN. SUDILAH KIRANYA KAU AMPUNI DOSA2 MEREKA.MEREKA CUMA HAMBAMU YG LEMAH DAN TIDAK BERDAYA.REDHAI MEREKA,TUNTUNLAH MEREKA KEPADA JALAN MENUJU KE SYURGA..


AMIN YA RABB.HANYA KEPADAMU KUSERAH SEGALA..

Wednesday, June 29, 2011

keadaan jadi makin xterkawal-edisi suspek&mangsanya


*SUSPEK KITA MEMAKAI BAJU BIRU + MERAH,BERUMUR 1 TAHUN 1 BULAN
*MODUS OPERANDI= MENGACAU MANGSA BERBAJU HITAM PUTIH


dah lain macam dah bdk ni

sujud gaya baru
keadaan makin xterkawal. suspek didapati ingin mengintip 'mangsa'
dah bwat dh... aucak! (^_*)
haa... ni makan dye! rasakan!
Serangan balas- rasakan penangan kaki ku di muka mu
b4 kene campak. tau takut..
Serangan berjaya dipatahkan-suspek surrender
oke.. brakhir sudah..suspek menjalani program pemulihan akhlak..(kjap je elok bdk kcik tu)


fuhh... pnat nk melayan bdk sorang ni. hyperaktif btol.
(^_*)




Monday, June 27, 2011

Cinta Dalam Diam

Bila belum bersedia melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup cintai ia dalam diam ...
Karena diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya ...
Kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang,
Kau tak mau merosak kesucian dan penjagaan hatinya..
Karena diammu memuliakan kesucian diri dan hatimu..
Menghindarkan dirimu dari hal-hal yang akan merusak izzah dan iffahmu ..
Karena diammu bukti kesetiaanmu padanya ..
Karena mungkin saja orang yang kau cinta adalah juga orang yang telah ALLAH swt pilihkan untukmu ...
Ingatkah kalian tentang kisah Fatimah dan Ali??
Yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan ...
Tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah ....
Karena dalam diammu tersimpan kekuatan ... kekuatan harapan ...
Hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga cintamu yang diam itu dapat berbicara dalam kehidupan nyata ...
Bukankah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap pada-Nya??
Dan jika memang 'Cinta Dalam Diammu' itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata, biarkan ia tetap diam ...
Jika dia memang bukan milikmu, Allah, melalui waktu akan menghapus 'Cinta Dalam Diammu' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang tepat ...

Monday, June 20, 2011

aduh..21 tahun tertipu!!

rancak nampaknya pena menari-nari hari ni.. mungkin penuh prasaan di dada yang nak dihambur keluar,menjadi kepingan kata-kata yang tersemat di kepala..post kali ni agak sempoi dan santai. jadi awas bagi meraka2 yg tidak biasa dgn post2 sempoi,anda dinasihatkan supaya enjoy je baca tanpa cuba membandingkan dengan post2 di blog ni sblum ni.hehe.. xpastilah kali ni ada pengisian ke x cuma penemuan kepada satu terjahan yg begitu menjadi dan diharap membuka mata orang yg membacanya.. (nk bace of kos kene bukak mata)

aduh.. 21 tahun tertipu!!! words of the day ialah 'owh,xsangkanya!!', diulang berkali2 tanpa jemu bersama rasa terkejut dan pelik jugak sbenanye dalam hati. word 'owh xsangkanya' itu di ulang2 setiap kali melihat gamba2 yang terhidang di blog seseorang ni. akhirnya menyebabkan kerja2 kat ofis hari ni agak slow spt siput sedut krana trlalu ralit,khusyk dan 'terpesona' dengan gamba2 tersebut dan skali lg smbil mnyebut 'owh xsangkanya dalam hati hingga akhirnya terkeluar juga dari bibir mlalui gigi2 tanpa berselindung lagi..( tapi nsib baik bos xdengar.hee) . alangkah indahnya kalau solat dengan khusyuk dan tawaduk mcm ni.

yang sebena2nye, entah mcam mane hari ni sy terrrrbukak satu blog kepunyaan seorang make up artis dan utk orang2 'biasa' kt tenet. dia ni boleh dikatakan femes la kot(membuat assumption sndri slpas bce blog dye).. ttbe rasa tergerak jiwa dn raga nak usha la jap blog ni,blum pn hati decide nk tgk ke x tapi tangan dengan pantasnya dah menekan cik tetikus untuk click pd laman sesawang miliknya. (tikus dan sesawang-gandingan ideal)

ditengok, diterjah satu pesatu gambo2 yang ade kat citu smbil berkata (ok2,nak ulang lg ayat same-OWH XSANGKANYA). rupe2nye nilah kerja juru make up.. memang bombastik gedebak gedebom pong pang pong pang efek dye. transform wajah seseorang itu almost 10000%. XSANGKA KAN?? bile tgk muka b4 and after rsa mcm *OWH XSANGKA!!!..

sebelum ni bile tgk tv kan, plakon2 n pnyayi tu sume lawo2 je.. yes,smua lawa n nampak lawa sesangat dlm tv or dlm paper,mjlah dan sbagainya.. rupanya itu setelah di 'transform' hingga seakan akan mnjadi org yg berbeza. ya,sgt3333 berbeza. trus hilang rasa teruja tgk artis2 or mereka2 ni yg 'lawa' sgt ni.. patutla org bli krim tu,krim ni,foundation,blusher,eye liner dan ape2 lagi ntah smua ni utk kelihatan lawa. tapi bg sy,owh knape seakan menipu je. ...????

seorang artis tu b4 make up muka dya sangat lain,mcm kite2 ni je la( oppsss,hrp2 xjd blog gossip artis plak,slh channel ni).. cuma nak bagitau bile dah make up tu wahhh, terkejut mak! cun nya!!! masalahnye ble dah jadi 'cun' tu mula la dedah sana sini.. aduyai artis.. bile dh jadi 'lawa sekejap',itu plak jadinya.. ce tgk gmba2 posing kat paper tu,msti nk dedah sana sini. kalau x,xlaku la mak..... kdg2 sakit hati tengok. xboleh sopan sket ke,smua mau kasi tunjuk olang,apa lg you ada?? sblm ni ingtkan mreka2 tu cantik,padanlah nk tunjuk2. tapi ghopenye idak ler gi tu.. make up je smua tu. sabo je la teman. ikut ati kite bako je!

dalil2 tentang haramnya bersolek (dirujuk dari buku BIMBINGAN UTK WANITA-HUKUM AURAT DAN HIJAB,FATIMAH HJ OMAR)

bab 2: bersolek (tabarruj)

sabda Rasulullah yg bermaksud:
"sesungguhnya wanita itu adalah aurat. maka bila dia keluar dari rumah, maka syaitan sentiasa menunggu-nunggunya"

dalil lain yg menujukkan haram bersolek seperti dalam surah an-nur. firman Allah yg bermaksud: (dirujuk dari buku yg sama)

"dan janganlah mereka mendedahkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya"
an-nur[24]:31

perhiasan terbahagi kpd 3 yakni perhiasan yg indah2, kedua emas,intan payung,berlian dan yg ketiga ialah perhiasan utk menghias muka,kuku,jari,tangan iaitu make-up -nasib baik xtkene penyakit kuku dan mulut! tiga jenis perhiasan d atas itulah diperintahkan kpd kaum wanita supaya tidak diperlihatkan kpd lelaki yg bukan muhrimnya. sebagaimana firman Allah "kecuali yg zahir daripadanya".. oke,ada paham??

bukannya apa,risau la kot2 la yg dok menatap gamba 'fake' mereka tu ahli keluarga kita ke,kawan2 kite ke, or bkl suami kita.. huhu.. xnak lah!!! jaga pandangan plisss... *sbab tu islam menyuruh kita menundukkan pandangan (lower your gaze). ditujukan kpd muslimin dlu,n then muslimat. lgpun yg suke tunjuk2 ni wanita,yg tertariknya lelaki.. so plisss... kpd muslimin2 di luar sana (siapa di luar,aku di dalam-versi ajis pendekar bujang lapok),sila jg pandangan anda. jika sudah tercurah pd wanita yg haram bagimu, maka dgn ini hilanglah keindahan jika melihat yg halal nanti. ye dak??

bab 9: keutamaan dan faedah menundukkan pandangan
Firman Allah dalam surah An-Nur:

"katakanlah (wahai Muhammad) kpd orang lelaki yg beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka, dan memelihara kehormatan mereka. yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui tentang apa yg mereka kerjakan"
an-nur[24]:30

konklusinya, wajah yang telah di make up itu bukan wajah yg natural,yg seindahnya diciptakan Ilahi untuk kita,trutama kaum hawa. jadi para muslimin or guys(since post kali ni agk sempoi), jangan mudah tertipu ye.. owh,tolonglah jangan tertipu dengan keindahan wajah artis2 di kaca tv anda,juga dalam mjalah2.. smua tu hanya coooobaaaan,bukan btol2.

*tetiba tringat pada my beautiful ladies yg menghiasi hidup sy di uitm,korang tersangatlah cantik wlau tanpa make up. natural. tidak di buat2. anggun dan yg penting xmenipu mata2 yg memandang. kecantikan asli tnpa secalit make up pn.

sbab tu lah kalau kita memandang kpd rupa,akhirnya xbermakna pn. yg memang dah cantik tnpa make up,kalau terpikat krn cantiknya dia still xmmbawa manfaat. apetah lg yg cntik krana make up,bile hilang make up...hmm..fikirlah sndiri ye..

islam menetapkan cara memilih calon isteri krn agama sbgai kriteria yg utama tu memang paling1000000xxx terbaik dah. bile yg dalam baik,yg luarannya akan terlihat cantik. cantik dlm pndangan mata hati,bukan hanya mata yg 'rabun' dek keindahan yg fake.

bab 7: mengapa bersolek dan bergaul bebas?

Allah ada menerangkan dalam surah ali imran:
"jangan sekali-kali engkau terpedaya oleh usaha gerakan org yg kafir di dalam negeri (yg mmbawa keuntungan bg mereka). semuanya itu hanyalah kesenangan yg sedikit jua, kemudian tempat kembli mereka ialah neraka jahanam; dan itulah seburuk2 tempat ketetapan"
ali-imran[3]:196-197

tapi buat my ladies yg mmbaca post ni,make up akak ni mmg tip top. ramai pngantin make up ngan dye agr dri 'biasa' jdi 'luar biasa'.. ada yg natural je,just nice.. tabik jugaklah. so,mungkin anda2 nak tgk hasil sentuhan ala2 magic akak ni..silalah klik cik tetikus di sini.. cantik2 smuanya.. dan sy yakin kamu2 pun akan berkata dalam hati 'OWH XSANGKANYA!!' berjuta2 kali..hmm.. asalkan make up utk hari perkahwinan yg once in a life time ni, yg xover dan mlampau2 mcm tabarruj wanita jaman jahilyah sudahlah. biarlah se'natural' yg mungkin. nnt kang mentua cakap stelah habesnya mjlis 'eh,tadi mnantu aku nampak cun melecun, meletopp gitu, kurang sket je dari erra fazira,awat dah cuci muka jdi lagu ni??'' heehee.. (^_*) tapi bg sy,xsalah kite nk blaja make up tp biala utk tatapan suami je. baru ade kelazzzz... xgitu nyah??

sgala persoalan slame ni yg kerap menerjah ke layar minda bhawa 'SMUA ARTIS NI MEMANG KENE CANTIK KE BARU BOLEH JD ARTIS?' dah terjawab dengan jayanya.. hehehe..
***mungkin krana penulis xbiasa tgk psl make up make up ni, 2 yg jadi truja 2. mgkn bg yg dh sedia maklum tdk akn mmbri reaksi sebegini. tp sy yakin,kalau x banyak pun,sikit2 kamu akn bersetuju dgn pndapat sy! selamat menerjah! *dah di edit agr lebih bermanfaat. smoga mndapat manfaat!!

Wednesday, June 15, 2011

HambaMU


Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati

Sekiranya takdir menguji
Cekalkan hasrat dihati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus azam

Usaha dengan doa itu,
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya hati di terang
Tunjukkan jalan
Seandainnya hilang
Tegakkan perjalanan
Yang bakal ditempuh

Tegakkan semangat bila runtuh,
Setibanya disisimu ku berserah,
Terimalah aku
Hamba mu Allah


P/S: Sangat suka tgk video klip lagu ni. (OST imam muda). terbit rasa kagum dalam hati. SubhanAllah.. bagi Engkaulah segala puji-pujian..

ehem2. kasi taruk gambo sket..



(^_*)









suatu saat ku kan kembali

suatu saat ku kan kembali..
sungguh sebelum aku mati..

Thursday, June 9, 2011

Mati di antara dua solat



1. Nabi SAW bersabda:
“bersolatlah kamu dengan solat perpisahan seolah-olah kamu melihat Allah. Jika kamu tidak dapat merasakan yang kamu melihat-Nya, sekurang-kurangnya rasakanlah bahawa Dia melihat kamu”.

2. Kita akan mati di antara dua solat. Tiada jaminan selesai solat Asar, kita sempat sampai ke Maghrib. Justeru setiap solat, lakukanlah ia sebagai solat terbaikmu.

Sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali bagi mereka yang khusyuk.. macam mana nak khusyuk?? haruslah faham makna bacaan dalam solat.. ketika solat,kita berbicara dengan Allah secara langsung.. memuji dan meminta.. dalam surah al-fatihah saja sudah cukup menambah kekuatan iman jika benar2 dihayati maksudnya.. bacaan antara dua sujud juga benar2 membuat kita rasa kebergantungan terhadap Dia.. jika difahami dan dihayati,air mata keinsafan juga pasti mengairi taman-taman hati yg mencari cinta Ilahi..

Fahamilah setiap bacaanmu dalam solat. jaga tama'ninah,jangan solat seperti ayam mematuk padi atau seperti spring! cepat dan semestinya tiada jiwa. biarlah roh dan jasad sama2 bergandingan,mencari ketenangan dalam solat. jangan cuma jasad yg bergerak,ianya pasti lelah! Bagaimana solat sebegitu mampu menolong kita dalam kubur kelak?

Jika kamu ingin berbicara dengan Allah,solat lah.. Jika kamu ingin Allah berbicara dengan kamu, bacalah al-quran..


Wanita itu mahu sentiasa dibelai dengan kata-kata cinta. cukuplah dengan membaca ayat-ayat cinta dari Allah.. pasti hatimu akan tenang dan terbuai dalam keasyikan yang terlalu indah!

Saturday, June 4, 2011

Ber'uzlah melapangkan dada



SubhanAllah.. Alhamdulillah.. Allahu akbar!

Dalam keresahan ana yang tidak menentu,ana tiba2 terpandang akan buku yang sudah lama ana tinggalkan.. LA TAHZAN,karya Dr Aidh Bin Abdullah Al-Qarni.. SubhanAllah.. itu semestinya gerak hati dari Ilahi.. ana membuka buku itu,mata terus melihat akan tajuk 'LAPANGKAN DADA ANDA DENGAN BER'UZLAH'.. begitu Dia memahami hamba-Nya.. mungkin jawapan kepada keresahan ini ada di situ..lalu ku baca dengan teliti..

Ber'uzlah yakni mengasingkan diri dari semua hal yang melalaikan manusia dari kebaikan dan ketaatan, merupakan ubat yg sudah terbukti kemujarabannya oleh para ahli pengubat hati. banyak cara untuk menjauhkan diri dari kejahatan dan permainan sia-sia. Antaranya ialah dengan mengisi waktu yg ada dengan berzikir. hati yg sentiasa mengingati Allah pasti akan tenang. lidah yg sentiasa basah dengan zikir pasti mendamaikan jiwa. masa yg ada haruslah dimanfaatkan dengan menambah ilmu yakni dengan membaca! ya,sudah banyak buku2 yg dibeli tapi belum habis dibaca. terlalu banyak dalam waiting list tp sayangnya masa yg ada sblum ini sering diguna untuk ber'fb'.. lalu alasan yg diberi dengan mengatakan tidak punya masa. ahh,manusia bernama aku.. itu saja alasannya.

Ruginya masa yg ada. dulu ana ingin manfaatkn fb utk berpesan2 kpd kebenaran,tapi ternyata fitnahnya cukup kuat hingga hampir menjerumuskan ana dlm dunia khayalan ciptaan manusia. ana tidak kuat untuk menepis dugaan itu..kerana lemahnya iman.. bagi mereka2 yang telah menggunakan fb utk menyampaikan kata2 hikmah,teruskan! kamu golongan yg kuat,harus membantu golongan yg lemah dan golongan yg tlh menyalah gunakan fb untuk membuka pekung didada,menceritakan keaiban sini sana,mendedahkan aurat sehabis daya,berposing brsama pakwe dgn bangga!
fb masih perlukan insan2 untuk sentiasa mengingatkan golongan yg lalai. masih ada golongan itu. maaf krna ana tidak mampu menyambung tugas itu.

Dgn segala yang berlaku,Dia telah membuka mata ana untuk mengasingkan diri dari dunia sosial itu. hajat yg sudah lama dipendam namun tidak cukup kekuatan. ALhamdulillah,taufik dan hidayah sudah terhidang di depan mata. fb sudah deactivate. pasti santapan rohani yg menanti lebih enak buat hati. insyaAllah,melalui blog ini akan ana manfaatkan untuk berpesan2 kpd kebenaran. semoga blog ini tidak memberi fitnah yg lebih besar buat ana. InsyaAllah..

Ana mengharapkan sahabat2 yg memahami,terus mendoakan ana,agar tetap teguh imannya. sudah sampai masanya untuk mengasingkan diri. insyaAllah inilah cara yg terbaik buat hati. SubhanAllah............. Terima Kasih yg xterhingga buat Dia yg mempermudahkan segala..

Friday, June 3, 2011

jom tadabbur ayat2 Allah

103: katakanlah (Muhammad), " apakah perlu Kami beritahukan kepadamu tentang orang yang paling rugi perbuatannya?"

104: (iaitu) orang yang sia sia perbuatannya dalam kehidupan dunia, sedangkan mereka mengira telah berbuat sebaik baiknya

surah al kahfi

nak tahu siapa mereka yang Allah kata mereka ini syok sendiri? mereka fikir mereka telah berbuat kebaikan, padahal sia sia je amalan diorang?

sila belek ayat 105 al kahfi

Semoga Engkau tidak memesongkan hati kami,setelah Engkau memberi hidayah kepada kami. Amin Ya Rabb..

*cuba perbetulkan niat kita setiap hari..ingat apa tujuan kita dihidupkan di muka bumi.. di neraka manusia di azab fzikal dan emosi.. kita tidak mampu untuk menanggungnya walau sedikit pun. jika difikirkan azab neraka,pasti kita tidak punya masa untuk memikirkan dunia,yg cuma perhentian sementara.. tetapi kita manusia yg sering lupa. jadi,sentiasalah perbaharui niat,agar diikhlaskan kerana Allah semata.dan berdoa supaya Dia membantu kita untuk mencintaiNya seterusnya mendapat keredhaanNya. InsyaAllah.. -renungan utk diri sendiri dn sahabat,krn Allah- insyaAllah..

Saturday, May 28, 2011

.Do Appreciate Us Because We Are Women.

"SOLEHAH women SMILE in trouble, gather STRENGHT from DOA, and grow BRAVE by ISTIGHFAR and SOLAT.."




















.WE ARE STRONG BECAUSE WE ARE WOMEN.








Wednesday, May 25, 2011

Selama mata terbuka...

Mata yang celik tidak semestinya terbuka.. Mata yang terpejam tidak semestinya tertutup.. Begitulah hakikat kita manusia. walaupun mata yang bundar beralis lentik,namun belum tentu dapat melihat keagungan ciptaan Ilahi. kalaupun ia melihat namun tidak terpahat di hati.. begitu juga mata yang terpejam,gelip gelita dari kecantikan dan keindahan duniawi,namun mereka yang memandang dengan mata hakikat, terus celik dan mengagumi indahnya Islam yang begitu suci..

Selama ini, Si Dia sudah seringkali memberikan kita gerak hati nan suci,supaya mendekati Ilahi.. Namun kita sering mengendahkan seruan itu,menanti perubahan pada suatu masa yang masih belum pasti. ungkapan 'aku nak berubah tapi xkuat lagi' sentiasa meniti di bibir hamba, tanpa menyedari bahwa kita sedang bertangguh dengan Pencipta! Allah tidak memberikan hidayah kepada insan yang tidak bersedia. Allah tahu kita mampu, tapi kita tidak percaya diri.. takut untuk mengorbankan keseronokan dunia dari mencari akhirat yang kekal abadi..

Pabila ana melihat dari dimensi yang berbeza dari pandangan yang dahulunya kabur.. ana melihat sungguh banyak pertolongan yang Dia hulurkan.. saat ana hampir terjatuh ke dalam jurang nan berduri,Dialah Allah yang mengangkat ana kembali pada jalan yang Dia redhai. semakin hari kasih sayang itu semakin bercambah,hidup dan mengeluarkan buah-buah iman di dada hamba. Aku syukur pada-Mu Tuhan..

Saat ini,ana merasakan Allah sangat menyayangi ana.. Dia menghadiahkan ana seorang rakan yang solehah di tempat kerja. kami makan bersama,solat berjemaah bersama, dan membincangkan tentang apa sahaja! kisah hidup,cinta dan segalanya~ yang akhirnya membawa kepada rasa kagum dengan kebesaran Allah.. owh,ana suke lah kawan ngan akak ni!! masa tengah buat keje dia akan psg zikir2,bacaan quran n kdg2 khutbah pon ade. solehah kan dia?? ana ada terbaca blog dia.. dia juga menantikan seseorang yang soleh untuk mendampingi dirinya,yang ana rasa selayaknya buat dia. dia pesan pada ana 'macam mana nak bina baitul sakinah kalau jalannya bengkang bengkok' dan dia pun suka baca buku 'PEMILIK CINTAKU SELEPAS ALLAH & RASUL'! kami berkongsi minat yang sama,pendirian yang sama insyaAllah.. moga2 diriku sekuat dirinya..

Tadi dia bercerita tentang cinta yang terpendam! sesungguhnya ia tidak mudah.. lama dia memendam rasa. last2 tahun ni lelaki tu jemput ke majlis pernikahannya.. Ya Allah.. semoga ana tidak di uji sebegitu!! peritnya dan pedihnya hanya Allah yang tahu. hanya pada Allah dia serahkan segalanya.. Tiada sesiapa yang tahu dia memendam rasa. SubhanAllah.. Katanya,mungkin tiada jodoh antara mereka. Bagi ana, Allah mungkin telah ciptakan sesusuk peribadi yang lebih hebat buat dirinya! insyaAllah..

Sebenarnya.. Allah memang sayangkan kita.. setiap hari,setiap masa,setiap ketika, Dialah yang lebih rapat dan paling memahami kita.. tapi sudahkah kita bersedia untuk menerimanya cinta-Nya? dan bersediakah kita untuk membuka mata melihat segala bukti cinta-Nya pada kita? kerana itulah mata yang terbuka belum tentu mampu melihat keagungan cinta-Nya. hidayah Allah perlu dicari,ia tidak datang bergolek. hidayah umpama cahaya, ia tidak masuk ke kamar yang tertutup jendelanya.

Bagaimana caranya untuk mendapatkan hidayah Allah? persiapkan diri untuk berkorban. ianya perlukan pengorbanan,pengorbanan yang pahit pada mulanya namun manis selamanya..tingkat kan ilmu agama.berhijrah tanpa ilmu ibarat musafir tanpa peta. hala tujunya kabur,mungkin tiba ke destinasi tetapi perjalanannya lebih sukar. Untuk memastikan hidayah itu kekal bersama kita, bergaullah dengan insan2 yang soleh dan solehah, hadiri majlis ilmu,agar dikau tidak goyah. selangkah sahaja kita berkorban di jalan Allah, seribu langkah Allah menuju kita,menuntun dan mempermudahkan segala! bukti sudah ada di depan mata. pandanglah dengan mata hakikat. kerana itulah orang buta masih mampu melihat cahaya!

Saturday, May 21, 2011

Batas Pergaulan.. Begitu halus cara Allah mendidik hati..




Hindari Ikhtilat..ianya boleh terjadi melalui pandangan,isyarat dan percakapan.. batas pergaulan di antara kaum Adam dan Hawa. Ianya perlu diperhalusi,perlu dibatasi, kerana Adam sememangnya akan tertarik kepada Hawa, dan Hawa semestinya akan jatuh cinta pada Adam. Ini untuk mengelakkan Adam terjatuh hatinya pada Fatimah, atau Hawa terjatuh hatinya pada Ali. Maksudnya, hatinya tersalah diberikan kepada orang yang bukan berhak untuk mendapatkan hati itu.


Sudah menjadi kebiasaan bagi kita, batasan lelaki dan perempuan hanya dilihat dari sudut pandangan tidak boleh bersentuhan. Itu basic yang dapat dilihat. Tapi ada yang lebih-lebih lagi basic, yakni pandangan mata (tatap menatap,usha mengusha,jeling menjuling) dan juga perhubungan (borak2,lepak2,msg2,koling2 dn sbgnya)


Kadang2 kita merasakan bila orang tu dah rapat dengan kita, atau kita menganggap dia sebagai hanya rakan, kawan sekolah lama atau alah… dengan dia ni,xkan jatuh hati punye! Jadi,kita melayan dia sama seperti kita melayan sahabat2 sejantina dengan kita. Sebenar-benarnya, xkiralah siapapun dia, serapat atau sebaik macam mana pn kita dengan dia, jika kita berlainan jantina, batasan itu harus dijaga!

Hati ini bukan kita yang mengatur,mahu cinta pada siapa, mahu benci pada siapa. Bahkan hati ini sentiasa diintai oleh syaiton untuk disesatkan. Cara syaiton itu sangat halus,sedikit-sedikit ia merosakkan hati. Kita mungkin tidak sedar,atau kita mungkin memikirkan kita sudah menjaga pergaulan itu sebaiknya tapi kita mungkin sedang atau telah terjerumus dalam tipuan syaiton.



Jika kita tahu,cara Allah itu lebih halus lagi. Allah telah mencegahnya dari akar umbi! Adalah diharamkan bagi muslimin dan muslimat untuk bermesejan (paham2 lah ye) atau koling2 tanpa ada perkara yang benar2 penting atau terdesak. Kenapa terjadinya hal2 seperti kawan jatuh hati pada kawan?? Sebab kita dah rapat sangat,dh biasa msg2,walaupun Cuma kawan, tp xmustahil ada hati yang tertawan.



Bila dah jadi macam tu,mulalah timbul rasa benci atau xsuka atau geli pulak. Yelah,sebab sbelum ni kawan, tetibe c kawan ni luah prasaan pulak. Ini terjadi pada sahabat ana sendiri. Jika enti membacanya, harap enti menemui penyebab dan jalan keluar darinya.



Dalam usaha ingin meminang atau merisik itu sendiri, bonda kita Khadijah telah menunjukkan contoh teladan yang terunggul, yakni dengan menggunakan orang tengah. Tidak secara langsung atau direct kepada si pemilik cinta. Kerana apa?? Kerana ingin menjaga hati dan juga mengelakkan fitnah. Mampukah kita untuk mengelak dari rindu-rinduan terhadap orang yang kita sayang? Kita mungkin belum cukup kuat untuk menghindari semua itu. Justeru, ambillah langkah berjaga-jaga dari awal,dengan tidak saling berhubung. Walaupun untuk bertanya khabar. gunalah orang tengah. insyaAllah dengan cara itu, kasih sayang dan cinta akan makin membara, kerana hati akan terpelihara, dan Allah pasti akan memelihara cinta orang-orang yg saling mencintai kerana Dia. Jika benar saling mencintai kerana-NYa, jagalah batasan ini. tiada cara yang lebih sempurna dari cara yg ditetapkan Ilahi. Yakinlah!



Kita tidak akan resah dalam penantian, atau khuatir si dia dikebas orang. Kita akan lebih tenang dan yakin akan taqdir Tuhan. Hati akan lebih terdidik. Sebelum ini, ana masih belum menjaga batasan ini. Ana juga msg2 dan berkomen2 d fb dgn sahabat2 muslimin yg mrupakan sahabat lama atau baru dgn ‘mesranya’ iaitu dgn ber’smiley’ dan ‘huhu haha hehe’ sbagainya. Ana begitu terpukul pabila seorang sahabat ana di kem hri tu mengatakan, kalau perempuan tu suka msg2 dengan lelaki ditambah dgn smiley, huhuhahahehe dn sbgainya, orang lelaki ni dh boleh agak macam mna peribadi perempuan tu.


Mungkin untuk kelihatan sporting dn peramah oleh kawan2 atau memang sifat penyayang wanita, kita akan terbiasa dgn cara seperti itu. Tapi haruslah dijaga, jangan terlalu mesra dengan kaum muslimin. Panahan syaiton sungguh berbisa,panahan itu tidak bermata, siapa terkena pasti buta! Jangan sampai kita buta untuk mendapatkan cinta Sang Pencipta, yg jauh lebih agung dari cinta manusia.

Seterusnya jarak antara muslimin dan muslimat. Dalam apa2 aktiviti sekalipun.sukan, riadah, presentation, apa2 je lah. Yang ana perhatikan pergaulan dalam persatuan2 yang tidak islamik,sbgai contoh ketika jungle trekking. Sang adam konon berlagak gentlemen dengan mendaki bersama2 sang hawa, tolong pegangkan tangan bile tempat tu licin, jalan dekat2, tolong buang ranting2 yang menghalang laluan. Sang hawa pulak, wahhh suwiiiitnye die….. aduyai.. berbeza dengan persatuan islamik. Bile jungle trekking, muslimin memang sgt gentlemen,dengan menjaga jarak. Mereka jauhhh di depan dan ada sedikit jauhh di belakang. Itu pun sebab nak jaga muslimat jugak. Jaga jarak anda, hati juga pasti terjaga. kalau kereta d jalan raya pun,kene jarak 2 meter dari kereta depan. takut2 xsempat brek. ha tengok! kereta pun jaga jarak tau!


Sebenarnye boleh aje pompuan ni jaga sama2 pompuan. Saje gatai je nak lelaki jugak konon2 concern psl mereka. Sejak bergaul dengan insan2 solehah macam ni lah ana terbuka luas bijik mata. Sebelum ni mungkin belum begitu menjaga. Sebab konon2nya sudah rapat atau biasa dengan mereka. Ha,ini bahaya!!



Antara rakan-rakan universiti, sahabat2 di maktab, kawan2 di poli atau yang sama2 praktikal skali, jangan anggap kita sudah rapat memberi satu lessen untuk kita bergurau seenaknya. Ingat, syaiton tanpa jemu mencucuk racun berbisa dalam hati manusia. Sebab itulah pencegahan itu penting!


Ana juga sedang memperbaiki batas pergaulan ana dengan muslimin. Mungkin sebelum ini belum begitu sempurna, insyaAllah Allah telah menunjukkan jalan. Ternyata Allah itu sayang pada kita. sebab tu Dia buat peraturan2 macam ni. Kalaulah semua orang menghindari ikhtilat,pasti xkan ada orang kapel ataupun kes2 buang bayi. Iya kan?? Renungkan akan perintah Tuhan. Kenapa ia perlu dilaksanakan. Fikirkan,tanyalah iman. Sudah terjagakah batas pergaulan kita?

Thursday, May 12, 2011

Setelah Ku Dipaling

Hampir aku hanyut kerana rindu
Pada harta yang pasti reput
Dan lenyap di sini
Hampir aku lupa pada yang Kekal
Kejahilan menyelubungi jiwaku

Sekelipnya mata hilang semua
Yang hanya ku pandang
Yang hanya milik-Mu

Yang hanya ku idam
Di dalam pandangan-Mu
Bersama mereka terdahulu

Sungguh aku cari cahaya itu
Untuk menyuluh kelam ini
Setelah ku dipaling
Sungguh aku hina menagih secebis
Keampunan-Mu setelah aku malu

Sekelipnya mata hilang semua
Yang hanya ku pandang
Yang hanya milik-Mu
Yang hanya ku pinta
Harapan keampunan
Hati ini telah ku lukai

Sebaiknya manusia Kau ciptakan
Hinanya angkara diri sendiri
Sedegup jantung terleka
Dibuai arus dunia
Selangkah kau menghampiri kehancuran

Sungguh aku cari
Cahaya itu
Untuk menyuluh
Setelah ku dipaling



Tahulah aku bahawa tiada satu pun milikku.. semuanya cuma pinjaman sementara dan pasti akan kembali kepada Pemiliknya.. kita ditempatkan di dunia untuk diuji siapa yang paling teguh imannya.. bukan untuk dipertandingkan segala kemewahan, kecantikan dan kekuasaan yang fana..

Monday, May 9, 2011

Wahai Saudariku yg Ku Cintai Kerana-Nya





Untuk Saudariku Yang Ku Cinta KeranaNya..

Saudari, Kalian adalah tulang rusuk yang hilang ,

Jika kalian dalam penantian , maka

Jadikan penantian itu jalan menuju Keberkatan.

Menanti bukan bererti berdiam diri , atau

menunggu tanpa erti.



Kalian adalah bidadari yang di cari.

Sebelum pemilik tulang rusuk datang menjemput ,

Isilah masa penantianmu dengan Taqwa , Sabar , Doa , dan Tawakkal.

Al-Haya’ (malu) yang menjadi perisai bagimu akan membuatmu segan untuk mengungkap perasaan.

Cinta yang tak mampu kau ungkap..

Cinta yang hanya kau dakap dalam diam..

Kerana mungkin kau tak seberani KHADIJAH..



Izinkan saya berdialog dari hati ke hati.

Saudariku, kamu mungkin jauh lebih paham tentang yang ingin saya sampaikan ,

Namun , tiada salahnya jika kita sama-sama mengimbasnya kembali ,

Atau setidaknya, menasihati diri saya sendiri ..



Beberapa tips mengisi penantian dengan proses yang berkat untuk hasil yang berkat :

1) Sentiasa mendekatkan diri kepadaNya.

Taqarub Illalah! Kerana Dialah Sang Pemilik Hati , Yang Menguasai Hati dan Maha Tahu Segala Isi Hati.

2) Persiapkan bekal kerana perjalanan itu jauh.

Tholabul’ilmi never ending!

3) Percantik diri dengan mempercantik lahir dan batinmu.

4) Perbaiki diri kerana InsyaAllah di seberang sana dia pun sedang sibuk memperbaiki dirinya

Yakinlah…!! Bahawa Wanita yang baik hanya untuk Lelaki yang baik pula… …

5) Saudari… Jaga hijabmu agar sentiasa terpelihara..

6) Jaga Izzahmu kerana engkau adalah calon bidadari syurga.




Buatlah syair , puisi , atau surat cinta untuk sang belahan jiwa.

Curahkanlah segala perasaanmu selama dalam

penantian, tentang cinta dan rindu..

meskipun saat ini kau tak tahu untuk siapa suratmu kau tujukan.

Allah sedang merahsiakan…

Tapi , yakinlah.. Sang Sutradara Kehidupan sudah mempersiapkan yang terbaik untukmu..

.

Berikanlah surat itu apabila saat waktunya tiba..

Biarlah waktu yang bicara , kerana waktu tak pernah berdusta.

InsyaAllah, virus Cinta yang mencuba merosak komputer hati kamu semua di masa penantian ,

akan terscan oleh anti virus Iman dan syiar Cinta untuk dinanti..

Dan InsyaAllah pula,, ta’aruf kedua , ketiga , keempat dan ta’aruf – ta’aruf berikutnya di mahligai rumah tangga ,

akan semakin berbunga dengan adanya syiar-syiar indah perekat Cinta…

Jangan buat penantianmu sia-sia.

Bersegera, namun jangan tergesa-gesa,

.

Sebelum ijab Qabul keluar dari Lisan ”Si Pemilik Cinta”‘ ,

hati-hatilah menempatkan perasaanmu,

kerana boleh jadi, Cintamu Salah Kau Alamatkan..!

.

Bila yakin telah tiba , teguhkan didalam jiwa,

Kesabaran menjadi bunga,

Sementara waktu berlalu,

Penantian tidak berakhir sia-sia…



Saat Perjalanan adalah pencarian diri,

Laksana Zulaikha menjalani hari,

Sabar menanti Yusuf sang tambatan Hati,

Di penantian Mencari diri,

Bermohonkan ampunan,

Di pertemukan…



Sumber: Wahai Saudariku Yang Ku Cinta KeranaNya Paradigma MUKMIN