Wednesday, April 27, 2011

Mutmainnah dan kisah nafsu

Usai maghrib, Mutmainnah mengesat air mata. Betapa deras ia mengalir sementelahan hatinya semakin tegang menghitung khilaf yang dilakukan sehari-hari. Sedar mahupun separa sedar. Bukan dengan Sang Khaliq sahaja, bahkan dengan ciptaan-Nya juga. Bukan dia tidak pernah menyesal suatu ketika dulu. Dia pernah! Tapi, dia tersungkur lagi..

Air jernih menyelusuri pipi. Dibiarkannya sahaja. Perempuan dan air mata ibarat sahabat sejati. Wudhu' itu ikatannya. Itu kata ibu Mutmainnah. Lantas, Mushaf 'Uthmani digapainya. Sudah seminggu dia tidak menyentuh kitab suci itu lantaran telah dilarang oleh Allah kepada kaumnya agar tidak menyentuh dan membaca kalam itu untuk suatu tempoh tertentu. Walaupun pada hakikatnya teman-temannya sering mengingatkan, jangan lupa zikir itu masih ada. Setiap langkah kamu ke dewan kuliah, pulang ke bilik, mahu ke mana-mana sahaja, lidah kamu masih tidak dihijabkan untuk menyebut nama-Nya, puji agung-Nya.

Mutmainnah akui itu semua tetapi tatkala bibir mula bergerak-gerak, pasti Syaitan mula memadam ingatan dan mengalihkan pandangannya.

"Mutmainnah, cuba lihat sana! Baiknya lelaki itu kan? Jalan tak pandang perempuan pun."
"Mutmainnah, tak payah la terkumat-kamit macam tu.. Nanti orang ingat kamu sewel pula"
"Mutmainnah...ini"
"Mutmainnah...itu.."

"Aku memohon ampun dari-Mu ya Allah!" Mukanya diraup entah buat ke berapa kali. Jutaan penyesalan dilontarkan untuk mendambakan keampunan Tuannya.

Tenang, diam, dan dengan perlahan-lahan dia menyelak halaman yang ditanda minggu lepas.

Ayat 125 dari surah al-An'am dibacanya dengan tartil, kemudian disambung pula dengan ayat 126. Dia berhenti seketika, bagaikan ada magnet yang menariknya untuk mentadabbur ayat tersebut. Terjemahan dibuka dan diteliti maknanya..

"Barangsiapa yang Allah menghendaki akan memberikan kepadanya petunjuk, nescaya Dia melapangkan dadanya untuk (memeluk agama) Islam. Dan barangsiapa yang dikehendaki Allah kesesatannya, nescaya Allah menjadikan dadanya sesak lagi sempit, seolah-olah ia sedang mendaki ke langit. Begitulah Allah menimpakan siksa kepada orang-orang yang tidak beriman. Dan inilah jalan Tuhanmu; (jalan) yang lurus. Sesungguhnya Kami telah menjelaskan ayat-ayat (Kami) kepada orang-orang yang mengambil pelajaran."


Air matanya lebat lagi. Tanda kesyukuran kerana tatkala bergelumang dengan karat-karat dunia, dia masih layak untuk dipimpin bagi menerima taufiq-Nya. Dia tidak memandang ke belakang lagi. Dia dahaga! Dia lapar! Dia rakus menyantap hidayah Allah yang mencurah-curah jatuh seolah-olah cuba untuk menyucikan hatinya yang sering berbolak-balik itu.

"Kalau benar aku sentiasa mohon untuk berlindung dengan Allah dari syaitan, kenapalah aku masih terdorong untuk menghampiri lereng-lereng dosa ni?" Mutmainnah terfikir lagi selepas menamatkan bacaannya pada malam itu. Mushaf biru itu disimpan kembali ke tempat asal. Dengan seragam putih yang masih tersarung, dia ingin mengisi malam-malam bercahaya itu dengan muhasabah.

Dia teringat kembali buku yang pernah dibacanya suatu ketika dulu, 'Personaliti Wanita Yang Disayangi Allah & Rasul'. Buku itulah yang menjadi hadiah hari lahirnya yang ke-22 oleh kakaknya, Mardhiyah..

Wanita itu banyaknya nafsu 90 peratus manakala akalnya 10 peratus sahaja. Tetapi berbeza bagi sang laki-laki, 90 peratus itu akalnya tetapi nafsunya 10 peratus sahaja.

Maka beruntunglah bagi si wanita kerana telah dianugerahkan sang laki-laki sebagai pemimpinnya, kerana sang laki-laki itu banyak akalnya yang mampu mendidik dan menunduk nafsu si wanita tersebut.

"Eh.. betul ke wanita ada banyak nafsu. Aku tengok zaman sekarang lelaki yang berlebihan nafsunya dari wanita." Desis hati kecilnya ketika itu.

Lantas, malam khamis tiga minggu lalu yang menjadi kebiasaan untuk Mutmainnah dan akhawat lain untuk menerima tarbiah dari naqibah mereka tidak dipersia-siakannya.

"Kak Aishah, kenapa Allah bagi kaum kita ni banyak nafsu?"

"Oh.. kaya la kita ada banyak nafsu.. hehe" Kak Aishah cuba berseloroh memulakan muqaddimah.

"Ala akak ni.. takkan nak bergelar jutawan nafsu pulak.. mentang-mentang baru balik Seminar Pengurusan Kewangan dan Keusahawanan minggu lepas ye.." Mutmainnah menyakat naqibahnya itu kembali.

Seronok. Antara mereka tiada jurang. Walaupun bergelar seorang naqibah yang sudah berkahwin dan berkerjaya pula sebagai seorang jurutera, Kak Aishah tidak pernah meletakkan jurang yang tinggi antara dia dan mad'unya.. Uslub tarbiyah yang menarik barangkali.

"Begini Ina, sebenarnya dalam dunia ni, nafsu ada tujuh peringkat.. dan bukan semua nafsu yang Allah cipta itu tidak bagus.." Kak Aishah menarik nafas panjang sebelum meneruskan bicaranya...

"Nafsu pertama ialah Ammarah iaitu bagi mereka yang sentiasa menghampiri maksiat, terlalu gembira bila mendapat nikmat, dan terus berputus asa apbila diuji. Mereka tidak sedih dan tidak akan menyesal jika berada di dalam maksiat dan kejahatan."

"Contohnya kak?", sampuk mereka tidak sabar.

"Contohnya?? Emm.. macam ni.. Seorang wanita yang mengaku Islam tetapi bangga apabila tidak menutup aurat. Dia tahu hukum menutup aurat itu wajib tetapi tidak pernah berasa berdosa apabila tidak memakai tudung atau apabila memakai pakaian jarang.."

"Yang kedua, nafsu Lawwamah iaitu bagi mereka yang kadang-kadang terjebak dengan dosa tetapi sering menyesal dengan perbuatannya itu. Dia sentiasa berusaha untuk berubah tetapi kadang-kadang tidak dapat mengelak godaan syaitan. Kadang-kadang, manusia bernafsu Lawwamah ni akan terdetik di dalam hati mereka untuk berasa riya' apabila melakukan sesuatu kebaikan."

"Kak, macam mana nak elak nafsu Lawwamah ni ek?" soal mereka lagi.

"Mujahadatunnafs! Jihad melawan nafsu. Sebenarnya, nafsu jahat dan Iman sering berlumba-lumba untuk memenangi kita. Kita manusia, siap berakal lagi! Maka, pergunakanlah akal pemberian Allah ini dengan cara yang paling waras."

"Terima kasih kak... ok, sila sambung lagi.. ehe".

"Ye baik cik adik... nafsu ketiga ialah Mulhimah. Peringkat ini boleh dicapai apabila manusia tu dapat melawan nafsu Lawwamahnya dengan bersungguh-sungguh untuk menyucikan hati. Biasanya, mereka ini memiliki sifat takut, syukur dan bertawakkal kepada Allah yang sebenar-benar... bukan hanya enak melafazkan kalimah syukur dan tawakkal di mulut sahaja. Taubat mereka pun merupakan sebenar-benar taubat. Bukan on off macam tu je.."

"Martabat seterusnya ialah nafsu Mutmainnah iaitu peringkat nafsu yang pertama yang diredhai Allah s.w.t. dan layak memasuki Syurga-Nya", kak Aishah berhenti seketika.. mengambil nafas barangkali... fikir Mutmainnah yang masih tersengih-sengih tatkala namanya disebut sebagai salah satu peringkat nafsu yang layak ke Syurga.

"Orang yang memiliki nafsu Mutmainnah ni memiliki sifat pemurah yang amat sangat. Wang di tangan mereka tidak pernah lekat kerana kerapnya bersedekah. Mereka juga kuat beribadah dan memiliki taqwa yang sebenar iaitu takut dan harap."

Oh.. sesungguhnya nama tidak dapat mewarisi peringkat nafsu! huhu.. Mutmainnah hanya mampu mendengus di dalam hati. Dia masih ingat lagi kisah 'Takut & Harap Saidina Umar' yang mana apabila ditanyakan oleh Rasulullah s.a.w..

"Hai Umar, apa yang kamu maksudkan dengan TAQWA?"

Jawab Umar "TAKUT dan HARAP... iaitu aku takut jika semua manusia layak ke Syurga kecuali aku dan andaikata jika seorang saja manusia yang layak ke Syurga, aku berharap itulah aku."

"Ok.. nak sambung lagi ke?" Kak Aishah memecahkan kesunyian yang menyelubungi mereka sebentar tadi..

"Nak.. nak.." Nusaibah, sahabat mereka dari Baling, Kedah cepat-cepat menjawab. Fuh, bersemangat.

"Seterusnya ialah nafsu Radhiah. Mereka yang berjaya sampai ke peringkat nafsu ini mempunyai hubungan dengan Allah yang dekat. Mereka mengenali zat-zat Allah dengan kenal yang sebenar-benarnya. Yang paling hebat, mereka tidak pernah takut akan bala dan tidak tahu gembira pada nikmat, yang mereka kenal ialah keampunan dan redha Allah sahaja."

"Oh.. ini macam tahap wali-wali Allah la ni ye kak?"

"Ya.. selain itu wali-wali Allah ini dianugerahkan dengan kelebihan memiliki firasat yang tinggi." Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang mafhumnya :

"Takutilah akan firasat orang mukmin, sesungguhnya mereka melihat dengan nur [petunjuk] Allah s.w.t.. [riwayat At-Termizi]

"oh.. macam tu rupanya.." sampuk Anisa, teman sehalaqah mereka juga.

"Ok.. Akak sambung sikit lagi ye.. Dua saja lagi.. akak cuba ringkaskan. Yang keenam ialah nafsu Mardhiyah, iaitu orang yang memiliki peringkat nafsu ini mempunyai hati dan jiwa yang benar-benar sebati dengan Allah s.w.t. dan yang paling seronok, setiap perbuatan mereka pasti Allah telah redha.. seronok kan?"

"Ha'ah.. seronoknya kalau setiap amal kita confirm and confidence je Allah redha.."

"Conclusion, buat yang Allah suruh, tinggal yang Allah larang! Hoho.. seronok je akak cakap macam ni kan?.. Payah nak buat tu dik, payah..! sebab tu la, kita diberi peluang untuk istighfar. Leka dan terus memohon ampun. It is the best formula!"

"Dan yang last ialah nafsu Kamilah, peringkat yang hanya mampu diperoleh oleh para Rasul, para Nabi dan wali Allah. Betapa hebatnya mereka, setiap detik amal di dalam kehidupan mereka hanya Allah tujuannya. Tiada dunia dan segala isinya. SubhanaLlah!"

"Fuh.. semput akak nak habiskan semua peringkat nafsu tu... ok, semua dapat dan faham?"

"Dapat kak.." jawab mereka serentak.

"Ha.. good girls! Sekarang, akak nak kamu semua nilai balik nafsu masing-masing di peringkat mana. Muhasabah itu mesti! Ingat, penciptaan nafsu oleh Allah s.w.t. itu cantik. Ada nafsu yang baik dan jahat. Jadi, tak boleh nak pertikaikan lagi kenapa wanita tu ada banyak nafsu sebab kalau dia pandai menundukkan nafsunya, insya-Allah akal dan nafsu tu akan berjalan seiring.."

"Lagi satu, walaupun nafsu yang baik tu seolah-olah payah untuk kita nak dapat, tetapi kita tidak boleh putus asa. Contohnya, kalau Ina nak dapatkan peringkat nafsu Mutmainnah tu, kena jihad lebih la ye sayang.."

"Err.. hehe.. InsyaAllah kak!" Tersengih-sengih Mutmainnah. Macam tahu-tahu je aku tengah terfikir tentang tahap nafsu tu.

Kata-kata itu masih terngiang-ngiang sampai malam ini. Ya, mungkin aku terlalu mengikut nafsu yang kurang baik menyebabkan aku terjebak untuk melakukan dosa-dosa kepada Allah. Mungkin bagi mereka di luar sana, khilaf yang dilakukannya itu sekadar dosa-dosa kecil yang boleh diampunkan Allah bila-bila masa. Tetapi tidak bagi Mutmainnah, selagi mana tindakannya itu bakal menghantar kakinya untuk selangkah ke neraka, dia tidak tega untuk terus berasa bersalah!

Hurm.. alhamduliLlah, jiwa aku makin damai sekarang. Aku tahu Allah sayang pada aku. Moga hijrah aku kali ini lebih bererti. Aku yakin dengan izin Allah! Mutmainnah sudah mampu tersenyum. Malam 10 Muharam 1432 hijrah ini amat bermakna baginya. Dia telah menemui erti hijrah yang sebenar-benarnya. Esok, hari asyura..insya-Allah, dia akan berpuasa sebagaimana disunatkan berpuasa. Sabda Rasulullah s.a.w.:

Puasa 'Asyura akan menghapuskan dosa setahun yang lalu. [riwayat Imam Muslim]

Moga Allah terima taubat hamba-hamba yang suka meminta-minta tetapi tidak pernah lupa untuk bersyukur pada-Nya! Ameeenn

http://www.iluvislam.com/iluvislam.com

Sunday, April 24, 2011

"Kempen : Jom Jadikan Blog Sebagai Medium Dakwah!! ".



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Secebis tulisan ini, moga2 dapat memberi bakti, buat hati-hati yang sedang mencari cinta Ilahi.

Inilah kebusukan dunia, yang mana manusia sentiasa terleka kerananya~

Setengah ulama mengatakan :

“Wahai sekalian manusia, berhati-hatilah, takutlah kepada Allah, jangan terpaut oleh angan-angan yang indah-indah hingga lupa ajal. Jangan kau buru dunia. Ia adalah pengkhianatan dan penipu belaka. Dengan bijaknya ia menipu dan memfitnahmu. Ia bermanis-manis kepada pelamarnya bagai pengantin yang dihias. Mata memandanginya, hati jatuh cinta dan rindu padanya. Betapa ramai yang rindu padanya dibunuh, yang menginginkannya dihina. Pandanglah ia dengan mata hakikat. Ia rumah yang banyak menyimpan kebusukan. Pencintanya akan mati dan kebaikannya akan lenyap”

(Dipetik dari buku PENENANG JIWA,PENGUBATAN DAN RAWATAN-IMAM AL GHAZALI [TERJEMAHAN KITAB MUKASHAFAH AL QULUB])

Sedarkah diri bahawa kita sedang dijajah?? Penjajahan minda ternyata lebih parah dari terjajahnya fizikal. Kerana apa? Kerana kita mungkin tidak menyedari bahwa kita sebenarnya sedang dijajah! Media mengaturkan apa yang perlu kita pakai, apa yang perlu kita makan, apa hiburan yg perlu kita tatap, cara pergaulan yg perlu kita biasakan, sehingga ilmu yg perlu kita pelajari~ semuanya telah dirancang oleh yahudi laknatullah..


Terkadang kita terleka, terkadang kita sedar, namun adakah kita tinggalkan? Mungkin katanya belum cukup kuat. Untuk berhijrah meninggalkan segala yg lagha ni,perlukan lebih pengorbanan. Ya, ianya memerlukan pengorbanan. Tiada yang mudah sebab islam telah terlihat asing di pandangan.


Kita menjadi terlalu ego untuk dikatakan ketinggalan zaman, kuno dan berfikiran sempit. Jika kita perhatikan cara berpakaian golongan muda masa ini yang sangat ‘up to date’, jelas bertentangan dengan Islam.

Firman Allah yg bermaksud:

"Wahai nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar), cara itu lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik), dengan itu mereka tidak diganggu, dan ingatlah Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani" al Ahzab 33: ayat 59

Merungkai permasalahan untuk berhijrah. Telah ramai yang cuba membahaskan namun ana tetap terpanggil untuk menambah inspirasi buat diri-diri yang ingin mengecapi cinta Ilahi. Telah ramai sahabat ana yang meluahkan bahwa mereka ternyata ingin berhijrah. Hijrah dari segi pemakaian yang sekaligus membersihkan hati. Namun kamu belum cukup kuat. Walaupun tong gas bisa kau angkat, tetapi untuk menutup aurat memerlukan kekuatan yang lebih lagi! Ana yakin, khidmat ini masih diperlukan,untuk membantu sahabat yang dicintai.


Perkara pertama yang membelenggu sahabat sekalian telah ana rasainya dulu.


‘apa reaksi kawan-kawan nanti kalau aku berubah?’‘nak pakai ape kalau nak pergi shopping,xkan baju kurung kot?’ ‘mesti susah nak cari baju-baju muslimah ni,dahla xcantik’ ‘komfirm akak aku gelakkan aku nanti’ ‘takutla kalau berubah separuh jalan je’ ‘aku perlukan masa lagi la, lagipun nak berubah msti lah nak yg btol2 punye perubahan,bkn hangat2 tahi ayam je’

Namun sahabat..


Siapa kita untuk bertangguh?? Adakah kita cukup kebal untuk bertangguh dengan api neraka yang menyala-nyala?? Adakah kita tahu sampai bila roh ini masih kekal bersama jasad yg Cuma pinjaman sementara ini? Pabila roh sudah sampai di kerongkongan, barulah terbit rasa menyesal dalam diri. Ajal tidak kenal usia,tidak seperti jauhari mengenal manikam. Beberapa sahabat ana telah dijemput Ilahi dalam usia yg masih muda. Dijemput dengan pelbagai-bagai cara. Kemalangan, sakit, terhidu gas beracun, alahan dan macam2 lagi.


Kita tidak akan pernah tahu bagaimana cara kita akan dijemput nanti. Namun, pintaku, moga kita dijemput bersama redha Ilahi terhadap kita. Sebagai hamba, tidak ada yang lebih bermakna melainkan berbahagia tatkala bertemu dengan Pencipta, Kekasih yg Agung.

Duhai sahabat, ana juga seringkali di uji. Semasa baru-baru membuat perubahan dulu itu sudah tentu. Setelah berhijrah juga, ana masih lagi di uji. Bahkan ianya lebih perih. Bila rasa nak pakai jubah pergi shopping ke, adakalanya ada yang bertanya ‘betul ke kau nak pakai jubah ni? Macam xkene je’.. bila pakai baju-baju yang agak longgar dan besar ‘eh,macam bju pregnant lah!’ bila buat aktiviti lasak ‘xkan nak pakai camni kot?’.


Duhai sahabat. Betapa peritnya dalam hati. Betapa besarnya derita yang terpaksa ana galas. Namun ana yakin, maruah wanita itu lebih berharga dan lebih berat untuk digalas berbanding tohmahan kecil sebegitu. Sejujurnya, hati ini sering menangis pabila kata-kata yang berbisa hinggap di relung hati. Daku Cuma mampu berdoa agar Dia kuatkan hati ini, untuk terus teguh dengan apa yg diyakini.


Dalam juraian air mata, tahulah kita bahwa Allah sangat menyayangi kita. insan pilihan Allah akan sentiasa di uji, diberikan ranjau, onak dan duri. Kerana akhirnya nanti di syurga Firdausi,menjadi destinasi abadi. Memang! Ia memerlukan pengorbanan. Namun jika kau telah bersedia untuk berkorban, dikau akan merasa nikmat dalam pengorbanan tersebut.


Setelah berhijrah, ana dapat rasakan ketenangan yang membuak-buak dalam diri ini. Hati lebih terjaga. Diri terasa lebih berharga,tersimpan elok dan terpelihara. Saat tudung dilabuhkan, ia sekaligus menghijab hati dari perkara-perkara keji. Saat2 hidayah dan kasih sayang Allah mencurah-curah, Bahagia yang sebenar-benar bahagia di rasa. Melebihi bumi dan segala isinya. Sekarang, untuk memastikan nikmat hidayah itu terus terjaga, kita harus sentiasa waspada. Pasti ada saja tipudaya syaitan supaya kita kembali pada cara hidup jahiliyah. Jelaslah, perjuangan tidak akan pernah terhenti.


Pengorbanan ditagih setiap hari, air mata kan jatuh tanpa henti, hati akan terus disakiti, iman akan terus di uji. Cukuplah Allah sebagai tempat kita melepaskan segala keluh kesah, tempat melabuhkan segala harapan dan kekuatan. Bertawakkal lah dan ingat lah bahawa~


"Allah lah yang memegang hati itu. Andai hati itu terluka, ingatkan ia tentang Penyembuhnya, agar Dia titipkan penawar bisa. Andai hati itu kecewa, ingatkan ia tentang Pelindungnya, agar Dia usirkan segala duka. Andai hati itu terpalit dosa, ingatkan ia tentang Pengampunnya, agar Dia bersihkan debu noda. Andai hati itu gundah gulana, ingatkan ia tentang Pentadbirnya, agar Dia hembuskan tenang ke dada."


Setiap orang boleh berubah. Sesungguhnya hati ini milik Allah. Mohonlah supaya ditetapkan hati ini pada jalan yang Dia redhoi. Berdoalah dan terus berdoa!


Ana juga insan yang lemah, sungguh masih belum sempurna dan tidak akan lepas dari berbuat salah. Tegurlah dan nasihatilah, insyaAllah, ana akan berlapang dada untuk menerimanya.




Ada Apa Dengan Wanita ~ AADW



Aduhai wanita... sungguh mahal dirimu di mata lelaki, tetapi mengapa masih ada lagi yang tidak menyedari? Dirimu sungguh agung di mata lelaki dan terlalu mulia di sisi Penciptamu. Namun itu semua hanya jika kau tahu mengagungkan dan memuliakan dirimu sendiri.

Menjadi wanita adalah satu anugerah yang paling indah. Seharum mana pun wangian kasturi tidak mampu menandingi wangian budi pekertimu, lembutnya gumpalan kapas masih tewas dek kelembutan tingkahmu. Halusnya butiran pasir yang menjadi peneman setia si pantai masih tidak dapat menandingi halusnya tuturmu.

Duhai wanita... Sebenarnya maruah diri yang kau galas lebih berat daripada bongkah-bongkah batu yang besar. Kau menepis dengan penuh sabar setiap godaan nafsu dunia yang datang bertubi-tubi hingga hampir mengheretmu ke kancah yang penuh onak duri. Percayalah wanita, akan ada bahagia di akhir kesengsaraanmu asal saja kesabaran menjadi bentengmu.

Wanita ku... Terima sahaja cemuhan dan makian yang muncul bederu -deru ibarat halilintar yang singgah di cupingmu, terima saja itu dengan senyuman dan ambil saja sebagai halwa telinga yang mengajarkan mu erti kesabaran. Itu sebenarnya dendangan sumbang dari bibir-bibir sumbing yang ingin melihat mu tersungkur. Percayalah akan ada berita manis yang singgah dicupingmu suatu masa nanti asal saja gunung kesabaranmu tidak pernah kau tarah.




Saudara wanitaku, iman mu adalah perisai, agamamu adalah landasanmu di setiap langkah yang kau atur. Jangan sesekali kau biarkan anasir songsang memperkotak-katikkan imanmu apatah lagi agama yang kau kandung hanya kerana nikmat duniawi semata-mata. Jangan kau gadaikan maruahmu yang tidak ada galang gantinya hanya kerana mengejar sesuatu yang tidak mungkin bisa kau kendong.

Andai kata kau tersungkur, segeralah bangkit dan sekiranya kau tersasar jauh dari landasan hidupmu, atur kembali langkahmu bersama titipan iman dan mulakan dengan langkah yang baru. Sedangkan Sang Jentayu yang kepatahan sayapnya masih bisa hidup bertongkat paruh apatah lagi kau yang dianugerahkan akal fikiran. Jangan bersedih wahai wanita, andai apa yang kau ingini tidak kau beroleh di dunia, percayalah syurga itu sentiasa menantimu.

Bulatnya iman dan taqwa Sumaiyah ketika dihunuskan tombak ditubuhnya, demikian jugalah bulat imanmu harus kepada Penciptamu. Peganglah kata kata ini, "Kau sebenarnya tidak akan tersasar seandainya keimananmu kau jadikan sebagai tunjang dalam kehidupan".

Wanita, biar tawadukmu lebih menggungung daripada kejelitaanmu, biar keayuanmu terpancar dek kerana lemah gemalainya perilaku. Biar kebijaksanaanmu terpampang oleh tingginya ilmumu. Jangan sesaat pun kau lupa setianya Masyitah pada Tuhannya, agungnya kasih Khadijah kepada agamanya dan perjuangan srikandi-srikandi agama terdahulu.

Jadikan agamamu sebagai tunjang yang memperkasakan akidahmu.Biar kesabaranmu menjadi benteng perjuanganmu dan lebarkan imanmu dengan sejuta lapis sifat mahmudah. Jadilah kita wanita paling bahagia.

*Artikel iluvislam.com

kari ikan penang maliiii....



ehem2..nmpk sedap kan3? nk tau cane nk bwat??

(actually mmg dh biasa org buat tp saje nk letak jgk kt blog ni,buang tebiat) ^_*


bahan-bahan:

1. ikan tentunya~ (depends nk guna ikan ape pun. plg snang, bukak freezer n rembat je mane yg ade. jgn guna ikan paus plak ye)

2. rempah kari (ingin promote di cni bhwa rempah kari HANG TUAH sgtlah bertuah dan sodaaapp,skali cuba trus addicted)

3. santan( yg pure lg bagus,santan sgera xbest lgsg)

4. cili boh

5. adik badek bawang (merah n putih)

6. daun kari + halba

7. bendi n tomato (utk sodaap kan lg kari tuu)


cara-cara: (ala2 mamak dh ni)

1. tumis bawang hingga kekuningan. kasi bau cikitla macha.

2. tumis cili boh hingga btol2 masak. kasi dya pecah minyak dlu.

3. masukkan rempah kari HANG TUAH bukan hang jebat! tumis lagi kasi lama sikit. bia rempah dan sgala yg ada kt dalam tu masak dgn sempurna. bru ad umphh!

4. tyme tu, boh jgk daun kari dan halba. kompem menusuk hidung tang ni.

5. agak2 dah masak elok, kasi taruk itu santan dan bia dia menggelegak n pecah minyak bukan pecah lemak.hi2

6. masukkan ikan + bendi + tomato.

7. bile ikan dh masak elok, trus letak dalam pinggan okeh.

8. ape tunggu lagi?? makan la. sila2

9. selamat mencuba resipi hang lipo ni ^_*


p/s: sape kate memasak tu susah?? tengah2 online pn blh masak tau. tp hangitla nnt. hee


*mendapat respon yg mnarik dari ayahanda. katanya lagi sedap dri 1st tyme bwat dlu. xingt dh ble 1st bwat. humm.. suatu ketika dlu. mgkn years ago~

Thursday, April 21, 2011

Apple crumble ~ Yummy





bahan-bahan:

4 biji epal hijau/merah
2 sudu teh serbuk kayu manis
4 sudu gula perang
1/3 buku mentega Buttercup
4 cawan tepung gandum
buah beri Kering
buah pic Kering/ apricot
sedikit olive oil



Cara-cara:

1. Kupas dan potong kesemua epal dan apricot.

2. Panaskan kuali,cairkan 3 sudu buttercup dan masukkan buah yang telah dipotong tadi. masukkan juga 2 sudu teh serbuk kayu manis dan 3 sudu gula perang.

(aroma cinnamon sgtlah masyuk!)



3. Sapukan sedikit olive oil dikeliling bekas dan letakkan kesemua bahan tadi didalam bekas kaca tahan panas untuk dimasukkan ke dalam ketuhar.




3. Asingkan tepung dan mentega Buttercup didalam bekas lain serta gaul sehingga sebati.

4. Selepas siap digaul,letakkan di dalam bekas kaca tahan panas yang diisi dengan bahan-bahan diatas tadi.Cucuk dengan garfu supaya bahagian dalam masak dengan sempurna.



5.Bakar didalam ketuhar selama 15 minit menggunakan api atas.

6.Senangkan? selamat mencuba! ^_^

Cadangan hidangan : Boleh juga dimakan bersama dengan aiskrim



SELAMAT MENCUBA!!! (^_*)

10 nasihat berguna untuk orang-orang yang mencari cinta halal


10 Nasihat Untuk Orang Bercinta


Berikut adalah nasihat-nasihat berguna untuk orang-orang yang bercinta:

1. Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan 'si dia'.

2. Bercintalah kau dengan nya dengan sekadarnya. Kelak mungkin 'si dia' mungkin bukan jodoh untukmu.

3. Jika kau ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum kau berhak menjadi milik 'si dia'.

4. Jika engkau menyintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melaggar syariatNYA.

5. Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu, yang hakikinya adalah selepas kau diijabkabulkan.

6. Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik untukmu, maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.

7. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara ber'dating', cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu.

8. Bercintalah untuk mencapai cintaNYA.

9. Jika engkau masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.

10. Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima disisi ALLAH, kelak ALLAH akan tarik kebahagian darimu.

Setiap nasihat ini mungkin tidak relevan kepada seseorang. Mungkin ia juga relevan kepada seseorang yang lain. Semoga bermanfaat!

www.iluvislam.com

Oleh : ibnulatef

Editor : ibnulatef

Friday, April 15, 2011

SubhanALLAH.. Dia sudah berhijrah!

SubhanALLAH.. SubhanALLAH..SubhanALLAH..

Maha Suci Engkau Ya ALLAH....Yang memegang hati-hati ini.. Engkau berkuasa untuk membolak-balikkan hati-hati ini semahu-Mu.. Namun pinta ku Ya Tuhan, tetapkanlah hati-hati kami pada jalan yang Engkau redhai..

SubhanALLAH..SubhanALLAH..SubhanALLAH..

Semalam merupakan hari yg cukup indah buat diri ini. Sebagai pengisian dan muhasabah diri. Walaupun detik pertemuan itu singkat, tapi cukup bermakna! SubhanALLAH.. Semalam waktu tengah excited nak berbasikal kt uitm (rasa mcm atlet komanwel sekejap!).. Tibe2 ada seorang gadis ni mencuri perhatian ana. SubhanALLAH.. manisnya.. (bukan kaki skodeng ye-ditegaskan di sni.hehe)

Kami bertembung, mata kami terpaut. SubhanALLAH.. mimi! (bukan nama sebenar).. SubhanALLAH.. Dah laen sekarang. Manisnya.. kata hati yang dipendam dari tadi akhirnya terluah juga. Busana yang membaluti tubuhnya sudah berubah.. Alhamdulillah..mengikut syariat. Tudung semakin labuh,berbaju kurung. Orangnya yg sudah sedia manis terlihat semakin manis. SubhanALLAH.. cantiknya mimi.. Aku tidak lekang memuji. Bukan pujian yg boleh mlalaikan krana ada kalanya, pujian yg berlebihan itu boleh membawa kpada penyakit bagi hati!

Dia terlihat sedikit malu dengan ana. Mungkin krana malu dengan pujian itu atau mungkin kerana ketika bertemu sebelum ini, pakaiannya cuma biasa2 saja. Tapi sekarang, wah! sahamnya sebagai wanita solehah meningkat naek. Lagi untung dari orang yg tekene spot toto(nombor ekor .hee) SubhanALLAH.. Tanpa diminta dia berkata.. ‘Mungkin berkat dari doa sahabat2’ Alhamdulillah..

Kelihatannya begitu tenang melafazkan bicara..terasa seperti ingin memeluknya erat2 tapi agak canggung sbab kami berdua kat atas jambatan tyme tu,nk mnyeberang ke pusat sukan. (bukan kisah sang kancil menyeberang sungai oke) Hmm.. ditambah dengan orang lalu lalang rasa segan pulak. Lagipun lama xjumpa. Hehe..

Tapi syukurlah, pertemuan yg singkat itu memberi seribu makna dan inspirasi buat diri ini. Mungkin bagi orang lain,biase-biase jer.. Tp bagi ana, itu satu kekuatan. Itu bermakna ana tidak bersendirian! Ya, masih ada yang sama-sama berjihad melawan hawa nafsu walaupun pada zaman yg sangat mencabar ni. Bukan senang. di saat sgala fesyen2 selendang ditayangkan,samada yang singkat mahupun jarang. di saat baju2 'feminin' diperagakan,xkira dah walaupun terbelah smpai blakang. di saat jeans2 dan t-shirt ketat jadi ikutan. hehe.. no offense ya.. itu kan benar! Semuanya memerlukan pengorbanan. Pahit harus ditelan! Kerana syurga itu manis.

SubhanALLAH.. SubhanALLAH.. SubhanALLAH..

Dalam hati aku memuji Tuhan yang memberi hidayah dan petunjuk. Moga2 diteguhkan hati-hati ini dalam naungan Yang Maha Esa.

Sahabatku sayang.. aku mendoakan dirimu diberi kekuatan agar terus istiqamah di atas jalan yang engkau pilih ini. Engkau sebutir permata dicelahan pepasir. Sukar untuk ditemui,namun kilauannya cukup memikat. Cukup menarik hati sesiapa sahaja untuk mendekati. Cubaan dan dugaan sedang menanti untuk meragut keyakinanmu. Namun jangan kau khuatir sayangku.. imanmu tak kan goyah selagi engkau memohon pertolongan dari-Nya.

semoga Doa Rabitah menjadi pengikat hati kita dalam perjuangan yang suci ini. biarlah ianya meresap jauh ke dalam relung jiwamu. bahawa sesungguhnya, engkau tidak bersendiri!


"Dengan nama Allah, yang dengan nama-Nya tidak ada sesuatupun yang boleh memudaratkan di bumi dan di langit, dan Dia Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui"


*Sahabat tu ana kenal sewaktu join kem anjuran islamic society kat uitm. moralnya di sini..bergaullah dengan orang2 yang soleh. insyaAllah,dikau akan mendapat tempiasnya. Tempias yang harumnya melebihi kasturi, dinginnya melebihi mentari pagi. Itulah ukhuwah yang terbina kerana Allah. Itulah ukhuwah fillah.. kemanisannya.. SubhanALLAH........

Monday, April 4, 2011

RencanaNya tiada siapa sangka!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Semoga perkongsian kali ini dapat memberi manfaat buat sahabat-sahabat juga sebagai peringatan untuk diri ini. insyaAllah ,amin…

Disebalik setiap kepahitan itu, pastinya ada kemanisan yang tersembunyi. Ana teringat swaktu kecik2 dlu,kalau demam je, mesti ibu akan paksa makan ubat. Ahh,pahit! Tapi, insyaAllah kalau dh makan,nnt cepat sembuh. Iya kan?
Hmm, mukadimah je dh cite psl ubat, xsyok la. Ni bukan iklan al-jabbar, “ingat hati ingat al-jabbar” hehe..

Baru tadi ana terbaca kartun dalam majalah SOLUSI, bahagian HITAM PUTIH. Best katun2 dalam ni. Yang ana baca ni psl 2 org budak lelaki yang malas nk pegi solat jumaat,sbb masjid jauh. Xde transport nk pg dan hampir2 xnak pegi. Last skali mereka gagahkan jugak diri untuk pergi. Alhamdulillah dengan izin Allah,kebetulan ada kereta tumpangkan diorang sampai ke masjid. SubhanALLAH, indah perancangan-Nya.

Ana teringat kisah yang berlaku pada ana tahun lepas. Ana baru je abes satu program anjuran persatuan kat UITM. Rencananya balik nanti nak balik dengan bas jelah sebab balik rumah kakak ana je, xjauh dari UITM. Tapi kalau dengan bas still la jauh jugak. Dengan beg yang dah macam nak pindah rumah ni,jenuh jgk nak mngangkut. Kakak dgn abg ipr plak ad krsus so xboleh nak datang ambik.

Kebetulan kawan ana nak tumpangkan ana sampai stesen bas. Alhamdulillah. Tapi dye kene balik cepat, abes je perasmian penutup kene siap. Ini bermakna, XSEMPATLA NAK MENJAMU SELERA KHAS UNTUK FASILITATOR. Makanan dah tersedia depan mata,ramai pulak yang xmakan. Membazir je. Ana pun sempat makan ala kadar je sbb kwan dah tunggu ni. (sedih sbb mknn bnyk xhabes or sedih sbb xdpt mkn bnyak??) (^_*)

Tapi Allah punya rencana, beg ana tertinggal dalam dewan dan dewan tu dah berkunci. Kawan ana ni plak tertinggal hamper dye.Pak gad pun xtau kemana,fasi2 lain xde sebab diorang ade hal. Ana buntu sangat waktu tu. Jadi ana suruh dya balik dulu,ana balik dengan bas. Ana kena cari pak gad tu atau tgu fasi2 lain datang nanti. Terkapai-kapai la ana seorang diri. Huhu.. nak jalan dari dewan ke pejabat dahla jauh,bukit2 jugak,panas terik,kebetulan pulak tyme tu lunch hour.

Ana nak kene cari jugak pak gad yang incharge. Pegi pejabat sorang pun xde. Lengang je. Lagipun U dah cuti masa tu,so xramaila yang still keje. Ana cari no. telefon warden yang btugas,xdapat2. Bateri pulak low. So ana round lagi kwasan 2 kot2 jumpe ngan pak gad. Dalam panas terik 2 ana rasa macam nak marah je. Ayat standardla macam dalam skrip "hish,dahla panas ni, dewan terkunci,beg kat dalam tu,pak gad xde,jap lg balik ngan bas pulak,barang dhla bnyak,bateri tefon nyawa2 ikan je ni,kaki pn dah sakit" banyak btol komplen.

Tibe2 ana terdetik, astagfirullah.. xbaik cakap macam tu. Ni semua ujian dari Allah. Ana teringat SURAH ALAM NASYRAH "selepas kesusahan pasti ada kemudahan" .Dua kali Allah tegaskan dalam surah tu. Apa lagi yang nak dirisaukan. Cuma perlu Yakin je. Ana tabahkan hati. Cuba tenangkan diri dan ingat Allah pasti akan membantu.

Xlama lepas tu, ana jumpe dengan pak gad. Alhamdulillah..So dewan pun dah boleh bukak,boleh ambek beg,dan ada 1 lagi hamper kawan ana. Bila ana kol Tanya dia, dia suruh ana yang ambik. Alhamdulillah.. rezeki jangan di tolak. Tiba2 hp yang dah nazak tu bbunyi. Ada kol dari kakak ana. Dya Tanya samada ana dah balik atau belum. Kalau belum, kebetulan dya dah on da way balik dari kursus. Alhamdulillah,xperlulah ana bersusah2 naek bas dengan beg yang xtergalas.

Sementara menunggu,rakan fasi ada yang datang dan ajak ana makan jamuan yang dah disediakan tu. Ada banyak lagi. Alhamdulillah, daripada tadi xsempat nak makan, sekarang ana boleh makan dengan tenang dan berselera-pastinya! Siap boleh bawak bekal balik umah lagi. Alhamdulillah..

Renungan di sini.. kalaulah Allah tak takdirkan pintu dewan tu terkunci:

First, Ana boleh ambek beg ana dan komfem dah boleh tumpang kawan ana ke stesen bas. So,balik dengan bas lah jawabnya.
second, Bila sampai umah komfem dah kelaparan sebab kakak xbalik lagi,makanan pun xde.
third, Kawan ana boleh ambek hamper dya n dialah yang punya.ha3. bukannya nak sgt hamper dya Cuma.. yelah,paham2lah.. hehe
forth, Ana xsempat nak makan juadah2 yang memang masyuuk yang disediakan 2

Bila ana bersabar-cuba bersabar- dengan ujian yang Allah bagi tu, ana rasa best sangat, bahagia sangat bila dah dapat pertolongan dari Allah selepas tu.. rasa macam diriku begitu berharga! Begitu dihargai!

Banyak plak tu nikmat yang Allah bagi.. dapat makan2 dlu,bawak balik bekal, dapat hamper free2,dapat balik ngan kete. Syukur ya Allah..

konklusinya, bila kita bersabar dan cuba untuk bersabar di atas setiap dugaan dari-Nya, kita akan rasa indahnya kemanisan pertolongan dari Allah setelah kepahitan yang kita lalui. subhanALLAH yang merancang segalanya dengan teliti dan bijaksana.

Renung-renungkan dan selamat beramal! (^_^)

Saturday, April 2, 2011

MENGONGKONG,DIKONGKONG..ADAKAH ITU TANDANYA SAYANG??

Mengongkong atau dikongkong, salah siapa?? Atau tiada yg bersalah?? Ana seringkali sedih, bingung dan kadangkala tertekan dengan tahap ‘penjagaan rapi’ oleh ayahanda ana. Rapinya melebihi TOMAS TAW apabila memperkatakan mngenai penjagaan rambut mnggunakan sunsilk.. ahh.. salahkah dia?? Atau ana kah yang salah?? Atau keadaan yang menampakkan semua ini salah??

Pada suatu hari,sang kancil dan kura2 pergi main bowling, eh bukan.. ini tentang ana,bukan tentang kancil,bukan jua kura2.hehe..

sebenarnya..minggu lalu, ana dan sahabat karib bercadang untuk keluar menghabiskan masa bersama sebelum kami tamat practical training.. perginya bukan Cuma antara sahabat tetapi turut disertai kenalan tempat practical ana yang boleh dikategorikan sbg makcik yang sangat rapat dengan kami. Niatnya Cuma satu, mahu menjadikannya sbg kenangan manis bersama mereka. Maklumlah mnggu seterusnya ana tidak lagi boleh bertemu dan bercanda dengan mereka seperti selalu-owh,sangat menyayangi mereka!

Lalu ana dengan senang hatinya menelefon ayahanda dan bonda untuk meminta izin kerana ketika itu ana berada di rumah sewa. Permintaan ana ditolak mentah2 oleh mereka berdua. bonda yang sedikit garang berbanding ayahanda malah memarahi ana. Jiwa ana yang kecil lagi kerdil dan halus bak Nescafe light foam ini robek bagai ditoreh dgn pisau Rambo.. ahh,pedih. Cukup pedih!

Tanpa dipinta, ana menangis. jika ditadah air mata itu,mungkin dah boleh bwat basuh kuali..nasib baek tyme tu kat dapur n xde org kt citu.. so,ape lg makin kuat tangisannya. Krn apa?? Krn ayahanda pula yang bercakap dgn ana.. dialah kelemahan ana krn sedari kecil, jika ana menangis atau merajuk,dialah yang memujuk. Ahh.. baru je nk mrajuk tp ble ayahanda ckp ‘kan ima nk jd anak soleh,kenela ikut ckap ma’.. huhuhu..

Ya,ana ingin menjadi anak yang soleh,permata hati mereka. Lalu ana harus bagaimana??? Haruslah ikut cakap mereka.. Seusai ana bercakap dengan mereka, rupanya ayahanda lupa utk mnekn butang ‘end call’. Ana terdengar perbualan mereka berdua dari telefon dan ianya kedengaran sangat jelas.. dalam diam ana cuba menangkap apa yang cuba disampaikan mereka..


Ternyata, mereka khuatir jika ana turut keluar bersama-sama lelaki yang sama2 praktikal d tmpat ana,khuatir jika ana pulang lambat,khuatir jika ana pergi ke tempat2 yang tidak selamat,khuatir akan kan turut terjerat dengan aktiviti2 yang tidak sihat.

Konklusinya,mereka khuatir tentang diri ana.. walaupun bonda memarahi ana,ayahanda pula tidak memberi keizinan tapi jelaslah semuanya kerna apa?? Kerna mereka menyayangi ana!

Walaupun pahit yang terpaksa ana telan,namun ana akur, selain diri ini milik Ilahi,ana adalah pinjaman Ilahi buat mereka, ana di bawah tanggungan mereka. Segala yang mereka lakukan, didikan yang agak mengongkong sedari ana kecil lagi,semuanya kerana SAYANG,KASIH. Perkataan yang cukup sempurna,tidak perlu d ulas panjang lebar. KASIH IBUBAPA KEPADA ANAKNYA. Noktah,titik!


Mereka mahukan yang terbaek buat anak-anak mereka. Tambahan pula dalam zaman yang mncabar ini. Ana perlu tahu,ana perlu sedar kerana ana juga bakal menjadi ibu suatu hari nanti,insyaAllah..

Hanya seorang sahaja lelaki yang boleh membawa ana keluar dengan izin ayahanda dan bonda. Owh,siapakah dia?? Dialah yang bakal bergelar suami ana. Ana ingin terbang bebas bersamanya,pergi kemana sahaja. Ayahanda tidak usah khuatir lagi, bonda tidak usah bimbang lagi,anakmu akan selamat bersamanya dan smoga Allah memelihara kami. Akan ku nantikan saat itu dengan segenap hati ku.. moga-moga ketidak bebasan yang ana rasai akan membuahkan rasa cinta yang lebih manis semasa ana menikmati cinta yang halal nanti. insyaAllah..


mohon doanya sahabat.. namun,ibu bapa jangan di lupa. Merekalah yang membesarkan kita,jangan dilupa jasa mereka. Semoga daku memperoleh suami yang turut mencintai ibu bapaku dan ibubapaku mencintai suamiku dan seterusnya. Amin ya rabb.


''Daku sedang menantikan kehadiran dirimu seperti mana juga dikau menantikanku''