Saturday, May 21, 2011

Batas Pergaulan.. Begitu halus cara Allah mendidik hati..




Hindari Ikhtilat..ianya boleh terjadi melalui pandangan,isyarat dan percakapan.. batas pergaulan di antara kaum Adam dan Hawa. Ianya perlu diperhalusi,perlu dibatasi, kerana Adam sememangnya akan tertarik kepada Hawa, dan Hawa semestinya akan jatuh cinta pada Adam. Ini untuk mengelakkan Adam terjatuh hatinya pada Fatimah, atau Hawa terjatuh hatinya pada Ali. Maksudnya, hatinya tersalah diberikan kepada orang yang bukan berhak untuk mendapatkan hati itu.


Sudah menjadi kebiasaan bagi kita, batasan lelaki dan perempuan hanya dilihat dari sudut pandangan tidak boleh bersentuhan. Itu basic yang dapat dilihat. Tapi ada yang lebih-lebih lagi basic, yakni pandangan mata (tatap menatap,usha mengusha,jeling menjuling) dan juga perhubungan (borak2,lepak2,msg2,koling2 dn sbgnya)


Kadang2 kita merasakan bila orang tu dah rapat dengan kita, atau kita menganggap dia sebagai hanya rakan, kawan sekolah lama atau alah… dengan dia ni,xkan jatuh hati punye! Jadi,kita melayan dia sama seperti kita melayan sahabat2 sejantina dengan kita. Sebenar-benarnya, xkiralah siapapun dia, serapat atau sebaik macam mana pn kita dengan dia, jika kita berlainan jantina, batasan itu harus dijaga!

Hati ini bukan kita yang mengatur,mahu cinta pada siapa, mahu benci pada siapa. Bahkan hati ini sentiasa diintai oleh syaiton untuk disesatkan. Cara syaiton itu sangat halus,sedikit-sedikit ia merosakkan hati. Kita mungkin tidak sedar,atau kita mungkin memikirkan kita sudah menjaga pergaulan itu sebaiknya tapi kita mungkin sedang atau telah terjerumus dalam tipuan syaiton.



Jika kita tahu,cara Allah itu lebih halus lagi. Allah telah mencegahnya dari akar umbi! Adalah diharamkan bagi muslimin dan muslimat untuk bermesejan (paham2 lah ye) atau koling2 tanpa ada perkara yang benar2 penting atau terdesak. Kenapa terjadinya hal2 seperti kawan jatuh hati pada kawan?? Sebab kita dah rapat sangat,dh biasa msg2,walaupun Cuma kawan, tp xmustahil ada hati yang tertawan.



Bila dah jadi macam tu,mulalah timbul rasa benci atau xsuka atau geli pulak. Yelah,sebab sbelum ni kawan, tetibe c kawan ni luah prasaan pulak. Ini terjadi pada sahabat ana sendiri. Jika enti membacanya, harap enti menemui penyebab dan jalan keluar darinya.



Dalam usaha ingin meminang atau merisik itu sendiri, bonda kita Khadijah telah menunjukkan contoh teladan yang terunggul, yakni dengan menggunakan orang tengah. Tidak secara langsung atau direct kepada si pemilik cinta. Kerana apa?? Kerana ingin menjaga hati dan juga mengelakkan fitnah. Mampukah kita untuk mengelak dari rindu-rinduan terhadap orang yang kita sayang? Kita mungkin belum cukup kuat untuk menghindari semua itu. Justeru, ambillah langkah berjaga-jaga dari awal,dengan tidak saling berhubung. Walaupun untuk bertanya khabar. gunalah orang tengah. insyaAllah dengan cara itu, kasih sayang dan cinta akan makin membara, kerana hati akan terpelihara, dan Allah pasti akan memelihara cinta orang-orang yg saling mencintai kerana Dia. Jika benar saling mencintai kerana-NYa, jagalah batasan ini. tiada cara yang lebih sempurna dari cara yg ditetapkan Ilahi. Yakinlah!



Kita tidak akan resah dalam penantian, atau khuatir si dia dikebas orang. Kita akan lebih tenang dan yakin akan taqdir Tuhan. Hati akan lebih terdidik. Sebelum ini, ana masih belum menjaga batasan ini. Ana juga msg2 dan berkomen2 d fb dgn sahabat2 muslimin yg mrupakan sahabat lama atau baru dgn ‘mesranya’ iaitu dgn ber’smiley’ dan ‘huhu haha hehe’ sbagainya. Ana begitu terpukul pabila seorang sahabat ana di kem hri tu mengatakan, kalau perempuan tu suka msg2 dengan lelaki ditambah dgn smiley, huhuhahahehe dn sbgainya, orang lelaki ni dh boleh agak macam mna peribadi perempuan tu.


Mungkin untuk kelihatan sporting dn peramah oleh kawan2 atau memang sifat penyayang wanita, kita akan terbiasa dgn cara seperti itu. Tapi haruslah dijaga, jangan terlalu mesra dengan kaum muslimin. Panahan syaiton sungguh berbisa,panahan itu tidak bermata, siapa terkena pasti buta! Jangan sampai kita buta untuk mendapatkan cinta Sang Pencipta, yg jauh lebih agung dari cinta manusia.

Seterusnya jarak antara muslimin dan muslimat. Dalam apa2 aktiviti sekalipun.sukan, riadah, presentation, apa2 je lah. Yang ana perhatikan pergaulan dalam persatuan2 yang tidak islamik,sbgai contoh ketika jungle trekking. Sang adam konon berlagak gentlemen dengan mendaki bersama2 sang hawa, tolong pegangkan tangan bile tempat tu licin, jalan dekat2, tolong buang ranting2 yang menghalang laluan. Sang hawa pulak, wahhh suwiiiitnye die….. aduyai.. berbeza dengan persatuan islamik. Bile jungle trekking, muslimin memang sgt gentlemen,dengan menjaga jarak. Mereka jauhhh di depan dan ada sedikit jauhh di belakang. Itu pun sebab nak jaga muslimat jugak. Jaga jarak anda, hati juga pasti terjaga. kalau kereta d jalan raya pun,kene jarak 2 meter dari kereta depan. takut2 xsempat brek. ha tengok! kereta pun jaga jarak tau!


Sebenarnye boleh aje pompuan ni jaga sama2 pompuan. Saje gatai je nak lelaki jugak konon2 concern psl mereka. Sejak bergaul dengan insan2 solehah macam ni lah ana terbuka luas bijik mata. Sebelum ni mungkin belum begitu menjaga. Sebab konon2nya sudah rapat atau biasa dengan mereka. Ha,ini bahaya!!



Antara rakan-rakan universiti, sahabat2 di maktab, kawan2 di poli atau yang sama2 praktikal skali, jangan anggap kita sudah rapat memberi satu lessen untuk kita bergurau seenaknya. Ingat, syaiton tanpa jemu mencucuk racun berbisa dalam hati manusia. Sebab itulah pencegahan itu penting!


Ana juga sedang memperbaiki batas pergaulan ana dengan muslimin. Mungkin sebelum ini belum begitu sempurna, insyaAllah Allah telah menunjukkan jalan. Ternyata Allah itu sayang pada kita. sebab tu Dia buat peraturan2 macam ni. Kalaulah semua orang menghindari ikhtilat,pasti xkan ada orang kapel ataupun kes2 buang bayi. Iya kan?? Renungkan akan perintah Tuhan. Kenapa ia perlu dilaksanakan. Fikirkan,tanyalah iman. Sudah terjagakah batas pergaulan kita?

4 comments: