Friday, June 3, 2011

jom tadabbur ayat2 Allah

103: katakanlah (Muhammad), " apakah perlu Kami beritahukan kepadamu tentang orang yang paling rugi perbuatannya?"

104: (iaitu) orang yang sia sia perbuatannya dalam kehidupan dunia, sedangkan mereka mengira telah berbuat sebaik baiknya

surah al kahfi

nak tahu siapa mereka yang Allah kata mereka ini syok sendiri? mereka fikir mereka telah berbuat kebaikan, padahal sia sia je amalan diorang?

sila belek ayat 105 al kahfi

Semoga Engkau tidak memesongkan hati kami,setelah Engkau memberi hidayah kepada kami. Amin Ya Rabb..

*cuba perbetulkan niat kita setiap hari..ingat apa tujuan kita dihidupkan di muka bumi.. di neraka manusia di azab fzikal dan emosi.. kita tidak mampu untuk menanggungnya walau sedikit pun. jika difikirkan azab neraka,pasti kita tidak punya masa untuk memikirkan dunia,yg cuma perhentian sementara.. tetapi kita manusia yg sering lupa. jadi,sentiasalah perbaharui niat,agar diikhlaskan kerana Allah semata.dan berdoa supaya Dia membantu kita untuk mencintaiNya seterusnya mendapat keredhaanNya. InsyaAllah.. -renungan utk diri sendiri dn sahabat,krn Allah- insyaAllah..

No comments:

Post a Comment