Thursday, June 9, 2011

Mati di antara dua solat



1. Nabi SAW bersabda:
“bersolatlah kamu dengan solat perpisahan seolah-olah kamu melihat Allah. Jika kamu tidak dapat merasakan yang kamu melihat-Nya, sekurang-kurangnya rasakanlah bahawa Dia melihat kamu”.

2. Kita akan mati di antara dua solat. Tiada jaminan selesai solat Asar, kita sempat sampai ke Maghrib. Justeru setiap solat, lakukanlah ia sebagai solat terbaikmu.

Sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali bagi mereka yang khusyuk.. macam mana nak khusyuk?? haruslah faham makna bacaan dalam solat.. ketika solat,kita berbicara dengan Allah secara langsung.. memuji dan meminta.. dalam surah al-fatihah saja sudah cukup menambah kekuatan iman jika benar2 dihayati maksudnya.. bacaan antara dua sujud juga benar2 membuat kita rasa kebergantungan terhadap Dia.. jika difahami dan dihayati,air mata keinsafan juga pasti mengairi taman-taman hati yg mencari cinta Ilahi..

Fahamilah setiap bacaanmu dalam solat. jaga tama'ninah,jangan solat seperti ayam mematuk padi atau seperti spring! cepat dan semestinya tiada jiwa. biarlah roh dan jasad sama2 bergandingan,mencari ketenangan dalam solat. jangan cuma jasad yg bergerak,ianya pasti lelah! Bagaimana solat sebegitu mampu menolong kita dalam kubur kelak?

Jika kamu ingin berbicara dengan Allah,solat lah.. Jika kamu ingin Allah berbicara dengan kamu, bacalah al-quran..


Wanita itu mahu sentiasa dibelai dengan kata-kata cinta. cukuplah dengan membaca ayat-ayat cinta dari Allah.. pasti hatimu akan tenang dan terbuai dalam keasyikan yang terlalu indah!

No comments:

Post a Comment