Sunday, April 24, 2011

"Kempen : Jom Jadikan Blog Sebagai Medium Dakwah!! ".



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Secebis tulisan ini, moga2 dapat memberi bakti, buat hati-hati yang sedang mencari cinta Ilahi.

Inilah kebusukan dunia, yang mana manusia sentiasa terleka kerananya~

Setengah ulama mengatakan :

“Wahai sekalian manusia, berhati-hatilah, takutlah kepada Allah, jangan terpaut oleh angan-angan yang indah-indah hingga lupa ajal. Jangan kau buru dunia. Ia adalah pengkhianatan dan penipu belaka. Dengan bijaknya ia menipu dan memfitnahmu. Ia bermanis-manis kepada pelamarnya bagai pengantin yang dihias. Mata memandanginya, hati jatuh cinta dan rindu padanya. Betapa ramai yang rindu padanya dibunuh, yang menginginkannya dihina. Pandanglah ia dengan mata hakikat. Ia rumah yang banyak menyimpan kebusukan. Pencintanya akan mati dan kebaikannya akan lenyap”

(Dipetik dari buku PENENANG JIWA,PENGUBATAN DAN RAWATAN-IMAM AL GHAZALI [TERJEMAHAN KITAB MUKASHAFAH AL QULUB])

Sedarkah diri bahawa kita sedang dijajah?? Penjajahan minda ternyata lebih parah dari terjajahnya fizikal. Kerana apa? Kerana kita mungkin tidak menyedari bahwa kita sebenarnya sedang dijajah! Media mengaturkan apa yang perlu kita pakai, apa yang perlu kita makan, apa hiburan yg perlu kita tatap, cara pergaulan yg perlu kita biasakan, sehingga ilmu yg perlu kita pelajari~ semuanya telah dirancang oleh yahudi laknatullah..


Terkadang kita terleka, terkadang kita sedar, namun adakah kita tinggalkan? Mungkin katanya belum cukup kuat. Untuk berhijrah meninggalkan segala yg lagha ni,perlukan lebih pengorbanan. Ya, ianya memerlukan pengorbanan. Tiada yang mudah sebab islam telah terlihat asing di pandangan.


Kita menjadi terlalu ego untuk dikatakan ketinggalan zaman, kuno dan berfikiran sempit. Jika kita perhatikan cara berpakaian golongan muda masa ini yang sangat ‘up to date’, jelas bertentangan dengan Islam.

Firman Allah yg bermaksud:

"Wahai nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar), cara itu lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik), dengan itu mereka tidak diganggu, dan ingatlah Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani" al Ahzab 33: ayat 59

Merungkai permasalahan untuk berhijrah. Telah ramai yang cuba membahaskan namun ana tetap terpanggil untuk menambah inspirasi buat diri-diri yang ingin mengecapi cinta Ilahi. Telah ramai sahabat ana yang meluahkan bahwa mereka ternyata ingin berhijrah. Hijrah dari segi pemakaian yang sekaligus membersihkan hati. Namun kamu belum cukup kuat. Walaupun tong gas bisa kau angkat, tetapi untuk menutup aurat memerlukan kekuatan yang lebih lagi! Ana yakin, khidmat ini masih diperlukan,untuk membantu sahabat yang dicintai.


Perkara pertama yang membelenggu sahabat sekalian telah ana rasainya dulu.


‘apa reaksi kawan-kawan nanti kalau aku berubah?’‘nak pakai ape kalau nak pergi shopping,xkan baju kurung kot?’ ‘mesti susah nak cari baju-baju muslimah ni,dahla xcantik’ ‘komfirm akak aku gelakkan aku nanti’ ‘takutla kalau berubah separuh jalan je’ ‘aku perlukan masa lagi la, lagipun nak berubah msti lah nak yg btol2 punye perubahan,bkn hangat2 tahi ayam je’

Namun sahabat..


Siapa kita untuk bertangguh?? Adakah kita cukup kebal untuk bertangguh dengan api neraka yang menyala-nyala?? Adakah kita tahu sampai bila roh ini masih kekal bersama jasad yg Cuma pinjaman sementara ini? Pabila roh sudah sampai di kerongkongan, barulah terbit rasa menyesal dalam diri. Ajal tidak kenal usia,tidak seperti jauhari mengenal manikam. Beberapa sahabat ana telah dijemput Ilahi dalam usia yg masih muda. Dijemput dengan pelbagai-bagai cara. Kemalangan, sakit, terhidu gas beracun, alahan dan macam2 lagi.


Kita tidak akan pernah tahu bagaimana cara kita akan dijemput nanti. Namun, pintaku, moga kita dijemput bersama redha Ilahi terhadap kita. Sebagai hamba, tidak ada yang lebih bermakna melainkan berbahagia tatkala bertemu dengan Pencipta, Kekasih yg Agung.

Duhai sahabat, ana juga seringkali di uji. Semasa baru-baru membuat perubahan dulu itu sudah tentu. Setelah berhijrah juga, ana masih lagi di uji. Bahkan ianya lebih perih. Bila rasa nak pakai jubah pergi shopping ke, adakalanya ada yang bertanya ‘betul ke kau nak pakai jubah ni? Macam xkene je’.. bila pakai baju-baju yang agak longgar dan besar ‘eh,macam bju pregnant lah!’ bila buat aktiviti lasak ‘xkan nak pakai camni kot?’.


Duhai sahabat. Betapa peritnya dalam hati. Betapa besarnya derita yang terpaksa ana galas. Namun ana yakin, maruah wanita itu lebih berharga dan lebih berat untuk digalas berbanding tohmahan kecil sebegitu. Sejujurnya, hati ini sering menangis pabila kata-kata yang berbisa hinggap di relung hati. Daku Cuma mampu berdoa agar Dia kuatkan hati ini, untuk terus teguh dengan apa yg diyakini.


Dalam juraian air mata, tahulah kita bahwa Allah sangat menyayangi kita. insan pilihan Allah akan sentiasa di uji, diberikan ranjau, onak dan duri. Kerana akhirnya nanti di syurga Firdausi,menjadi destinasi abadi. Memang! Ia memerlukan pengorbanan. Namun jika kau telah bersedia untuk berkorban, dikau akan merasa nikmat dalam pengorbanan tersebut.


Setelah berhijrah, ana dapat rasakan ketenangan yang membuak-buak dalam diri ini. Hati lebih terjaga. Diri terasa lebih berharga,tersimpan elok dan terpelihara. Saat tudung dilabuhkan, ia sekaligus menghijab hati dari perkara-perkara keji. Saat2 hidayah dan kasih sayang Allah mencurah-curah, Bahagia yang sebenar-benar bahagia di rasa. Melebihi bumi dan segala isinya. Sekarang, untuk memastikan nikmat hidayah itu terus terjaga, kita harus sentiasa waspada. Pasti ada saja tipudaya syaitan supaya kita kembali pada cara hidup jahiliyah. Jelaslah, perjuangan tidak akan pernah terhenti.


Pengorbanan ditagih setiap hari, air mata kan jatuh tanpa henti, hati akan terus disakiti, iman akan terus di uji. Cukuplah Allah sebagai tempat kita melepaskan segala keluh kesah, tempat melabuhkan segala harapan dan kekuatan. Bertawakkal lah dan ingat lah bahawa~


"Allah lah yang memegang hati itu. Andai hati itu terluka, ingatkan ia tentang Penyembuhnya, agar Dia titipkan penawar bisa. Andai hati itu kecewa, ingatkan ia tentang Pelindungnya, agar Dia usirkan segala duka. Andai hati itu terpalit dosa, ingatkan ia tentang Pengampunnya, agar Dia bersihkan debu noda. Andai hati itu gundah gulana, ingatkan ia tentang Pentadbirnya, agar Dia hembuskan tenang ke dada."


Setiap orang boleh berubah. Sesungguhnya hati ini milik Allah. Mohonlah supaya ditetapkan hati ini pada jalan yang Dia redhoi. Berdoalah dan terus berdoa!


Ana juga insan yang lemah, sungguh masih belum sempurna dan tidak akan lepas dari berbuat salah. Tegurlah dan nasihatilah, insyaAllah, ana akan berlapang dada untuk menerimanya.




4 comments:

  1. syukran kerana sudi join..semoga usaha para pendakwah tidak sia-sia. keep it up~
    sy dah follow awak :D

    ReplyDelete
  2. syukran jugak ya ukhti sbb anjrkan kempen ni ^_^

    ReplyDelete